|
Next to Mekdi Desa Pandan Kuala Lumpur @2019 |
Sudah lama sarung kunci kereta (baca, carkey cover) cikputih penulis itu rosak.
Pernah penulis banyak kali ke kedai kunci.
Kesemua mereka memberikan harga dua hatus lapan poh hinggit utk sarung kunci itu. Mahal sungguh.
Jadi bulan lepas penulis sudah beli di Lazada.
Cuma dua poh sembilan hinggit saja satu.
Diulangi, dua poh sembilan hinggit.
Tengahari tadi, selepas hantar kereta anak lanang kekedai accessories untuk pasang dashcam dan sebelum solat jumat, penulis pun berlarian ke kedai kunci Desa Pandan.
Calvin bukan nama sebenar tiada dikedai.
Bila dihubungi, Calvin bukan nama sebenar tiba dalamasa 5 minit.
Calvin bukan nama sebenar gelakkan penulis kerana tidak pernah pelanggan beliau datang hanya untuk menukar sarung kunci kereta sahaja.
Dipendekkan cerita, Calvin bukan nama sebenar buka dan koyakkan sarung yg lama. Ludah sana ludah sini. 7 minit siap sambil tersengih saja.
Bila ditanya upah, Calvin bukan nama sebenar geleng2 kepala. "Sukati wak lah," katanya. Bila belek dalam dompet penulis tenok ada wang kertas rm1 dengan rm20 sahaja. Yg lain duit kertas rm50 ada
200 keping. Penulis tunjuk pada Calvin bukan nama sebenar untuk pilih. Dia tersengih lagi. Lalu penulis berikan saja duit kertas rm20. Calvin bukan nama sebenar ambil duit. Tapi penulis tidak sangka, Calvin akan pulangkan rm10 pula.
Baik sungguh hati Calvin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
Just because of the logo... |