May 28, 2019

CARA ORDER MANGGA HARUMANIS DARI PERLIS DI KL SEBELUM KE JB UNTUK DI EKSPORT KE SARAWAK DALAM MASA SEHARI



[+ insert mangga harumanis]

Semalam (Ahad), isteri penulis (yg itu) telah berguling-guling kata hendak makan mangga harumanis yg sedang viral di KL ini. Manalah penulis tahu. Wehh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada kann? Kanns.

Jadi aktiviti mencari maklumat pun bermula.

DARI PERLIS KE KL
Untuk pesanan, penulis terjumpa fesbuk harumanisdeliveryKL. Tidak perlu membuat pesanan dari perlis.
Dipendek cerita, penghantaran percuma dalam KL sahaja.
Tiada penghantaran ke luar negeri.
Wasap pun bermula.
Petang Isnin ini, brader harumanisdeliveryKL hantar sekotak ke pejabat tempat penulis memotong rumput di Bukit Jelutong ini.
Penulis mahukan 2 kotak, tapi hanya sekotak sahaja yg tinggal.
Pesanan lain kanna tunggu hari Jumaat pula.
Sekotak rm100 (3kg 7 biji) tidak termasuk caj penghantaran (luar KL) sebanyak rm10 sahaja.

DARI KL KE JB
Naik bas ekspres (Kwok Ping) dari terminal stadium Shah Alam.
Upah rm30 sahaja.
Sampai ke terminal bas Kompleks Pasir Gudang pun sudah tengah malam.
Pemandu bas kata akan sampai di Pasir Gudang pada jam 12.30am.
Penulis agak akan sampai jam 1 pagi.
Tapi jam 11.20pm, pemandu bas buat panggilan tersesat (baca, missed call) kata sudah sampai awal.
Tapi anak lanang itu sudah siap siaga setia menunggu.

DARI JB KE SARAWAK
Isteri penulis (yg itu) uruskan. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 24, 2019

AN IFTAR

They served an empty plate too late at Mandarin Oriental @2019

Hari ini penulis menghadiri jamuan iftar berbuka puasa di hotel 5 bintang itu.
Jumpa rakan-rakan tugasan memotong rumput yg lama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nyum nyum at Mandarin Oriental @2019

Fauzi, me and Izani @2019

With Fadhlan @2019

Nothing is free @2019

May 23, 2019

A PROPERTY STORY

Unrelated story, only on chinese newspaper @2019

TANAH
Pagi tadi penulis sudah mengwasap AZM (bukan nama sebenar) berkenaan permohonan penolakan sekatan.
AZM kata dia sudah terima surat kelulusan dari peguam 2 minggu lepas.
Tapi peguam tidak pula menelefon penulis.
Tapi tidak mengapa.
Sebab AZM boleh teruskan urusan permohonan pinjaman kerajaan dia.

KONDOMINIUM
Pagi tadi juga penulis sudah mengwasap miss Leeeee berkenaan rumah kondomium di Bukit Belacan itu.
Ms Leeee membalas wasap dengan menyatakan bahawa sekarang sedang menunggu urusan bank pula.

MATRIKULASI
Dua minggu lagi akan cuti sekolah dan cuti panjang sempena hari lebaran aidilfitri.
Anak wedok di matrikulasi Kuala Pilah kata akan pulang pada petang Jumaat.
Anak lanang di UniKL masih sibuk dan tidak pasti akan pulang beraya ataupun tidak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 22, 2019

NUZUL QURAN

This is how I memorize surah yasin @2019.
Hari ini hari cuti umum bagi negeri Selangor sempena Nuzul Quran.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada nabi Muhammad saw hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan nabi Muhammad saw ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar nabi Muhammad saw maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Semalam, sultan Pahang (ayahnda DYMM Agong 2019) mangkat.

Bagi penulis pula, alhamdulillah sudah berjaya menghafal dua surah panjang (al Waqi'ah dan al Mulk). InsyaAllah semoga penulis dapat mempertahankan hafalan surah-surah ini seperti memegang tali unta hingga akhir hayat.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنِّمَا مَثَلُ صَاحِبِ الْقُرْآنِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْإِبِلِ الْمُعَقَّلَةِ إِنْ عاهَدَهاَ عَلَيْهَا أَمْسَكَهَا وَ إِنْ أَطْلَقَهَا ذَهَبَتْ -البخاري

Ertinya: Rasulullah saw bersabda,”Sesungguhnya perumpamaan shahib Al Qur`an seperti pemilik unta yang bertali kekang. Jika ia terus-menerus menjaganya (tali) atasnya (unta) ia menahannya dan jika ia melepasnya (tali) maka ia (unta) pergi”. (Riwayat Al Bukhari)

Wallahualam.

Projek hafalan lalat alquran sekarang sudah mencapai 40 ayat (drpd 83 ayat) surah Yasin. InsyaAllah amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 21, 2019

THE REPLACEMENT CARD




Semalam penulis telah ke Maybank itu.
Tujuan untuk tukar kad debit yg sudah patah dalam dompet.
Urusan penggantian berjalan lancar selama sejam.

Juga, penulis bertanya pasal duit sehinggit yg baharu.
Tujuan untuk dibuat duit raya tahun ini.
Kerani kaunter bilang duit baharu dikeluarkan isnin hadapan.
Tapi penulis ambil sahaja duit sehinggit2 kitar semula dahulu.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 20, 2019

ROSMAHAL | MENARA TM | TWIN TOWERS

Rosmahal Tower @2019

Hujung minggu diibu kota yg biasa-biasa sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Menara TM Tower @2019

Petronas Twin Towers @2019

May 14, 2019

UNLIKE YESTERDAY



Pemandangan lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) dari susur keluar hotel Sheraton Petaling Jaya petang tadi.

Bandingkan dengan keadaan lebuhraya diwaktu yg sama semalam: Federal Highway.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 13, 2019

LOOKING FOR GREENER PASTURE AGAIN

A company to built machine for paint and ink industry, Kampung Subang @2019.

Tengahari tadi semasa penulis hendak temuduga di kilang itu, jurutera FAZ (bukan nama sebenar) tiba-tiba hendak menyuruh penulis membantunya membuat kerja. Aiyah.

Masa temuduga sedang berjalan pun, jurutera FAZ menelefon penulis.
Penulis serahkan pada rakan penulis, ASY (juga bukan nama sebenar) untuk membantu.

Juga, bos penulis itu sudah mengejar-ngejar bertanya samada penulis sudi ke majlis berbuka puasa yg dibuat oleh syarikat lain di hotel di KL minggu hadapan.

Nota lalat. Minggu lepas HR kilang itu sudah menelefon penulis yg mendapat maklumat dari Jobstreet. Tapi informasi penulis dalam Jobstreet yg tidak dikemaskini sejak 3 tahun yg lampau! Penulis cuma kemaskini maklumat dalam Linkedin sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Joining the traffic jam on Federal Highway this evening from Sheraton Hotel PJ @2019.

May 12, 2019

DENDA MAKAN DAN MINUM DALAM BULAN RAMADHAN



Alhamdulillah.
Urusan pendaftaran anak wedok di kolej matrikulasi telah selamat hari ini.
Babai Bo dan selamat berjaya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







PIZZA KUALA PILAH

Fish pond, Melang Inn, Kuala Pilah @2019

Hujung minggu ini penulis berlarian menghantar anak wedok ke kolej matrikulasi Negeri Sembilan.

Nota hafalan quran lalat. Cabaran menghafal surah al-Mulk 30 ayat pada bulan puasa masih berjalan. Hari ini baharu hari keenam berpuasa di bulan ramadhan. Penulis sudah dapat menghafal sehingga ayat ke 20 daripada 30 ayat al-Mulk. Semoga dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pizza Station, Western Kuala Pilah @2019

Festival pizza box from Pizza Hut, Kuala Pilah @2019

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.