Apr 13, 2019

SENAI AIRPORT SUNRISE



Eh, bukan penulis mahu terbang kemana-mana ya.

Movie lalat.
1. Unfriended
2. Unfriended: Dark Web
3. Before I Fall

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 11, 2019

RETAIL APOCALYPSE: SPACE U8 MALL BERHANTU

Space U8 Mall Bukit Jelutong  @2019


Tajuk entri yg menyeramkan. Kan?
Sebenarnya penulis telah singgah menjenguk pusat belibelah Space U8 yg berdekatan tempat penulis memotong rumput ini.

Tinggal beberapa penyewa kedai sahaja yg tinggal.
Pawagam MBO, MR DIY, restoran Subway dan kedai mamak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


















Apr 10, 2019

PENGALAMAN TERTUKAR KAD TOUCHNGO DI LEBUHRAYA PLUS



Ini adalah kisah penulis tertukar kad touchngo untuk kali kedua.

Pagi kelmarin penulis guna kad touchngo semasa masuk lebuhraya Plus di Simpang Ampat.
Di Pentronas hentian Rehat & Rawat Seremban, penulis tambah nilai kad lama sebanyak rm100.
Tetapi semasa keluar di Plaza Tol Shah Alam, penulis tertukar kad touchngo pula. Demm.

Penulis pun telefon khidmat pelanggan Touchngo 03-27148888.
Operator perempuan suruh penulis ke pejabat Touchngo berdekatan untuk dapatkan rebet segera.
Jika operator perempuan itu buat urusan mengambil masa 30 hari.

Penulis pun berlarian ke Plaza Tol Damansara.
Penulis isi borang.
Penulis pun terima kembali perbezaan harga tol.

Movie lalat.
1. Happy Death Day
2. Happy Death Day 2u
3. The Foreigner
4. Bumblebee
5. The Meg
6. The Conjuring

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 8, 2019

THINGS I DONT LIKE TO EAT




Dalam usia sebegini, penulis tidak suka makan lobak dan sosej.

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Apr 7, 2019

PLUMBER TUKANG PAIP BUKIT RAMBAI



Senarai tukang paip sekitar Bukit Rambai Melaka 2019.
1. Apek Lim - tiada wasap, lokasi guna mulut. Upah servis, buka tutup kumbahan dalam rumah rm150. Upah bersihkan kesumbatan dalam rm800! No hp 012 6028355.
2. Haji Mat - paling popular. Tapi berkesempatan datang tengok pada hari Selasa, 4 hari lagi! Anggaran upah rm250-450. No telefon 06 335 4845.
3. Hafiz Wadah Menang - perkhidmatan lebih profesional. Datang keesokan harinya kalau tidak sibuk. Anggaran upah rm150-250. No hp 012 6230657. Kemaskini: upah selesai kerja ialah rm250.
4. Indah Water IWK Melaka tidak dapat dihubungi macam haramJ.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Apr 4, 2019

BENTO NASI LEMAK



Nasi lemak bungkus dengan sebutir karipap dan air kotak soya.
Bajet ialah lima hinggit.

Tengahari tidak makan nasi.

Nota lalat. Peraduan shell di stesen minyak Kinrara itu sudah kehabisan borang pula. Yo wes.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 1, 2019

BUKIT JELUTONG MENJERIT



Pagi tadi penulis singgah lagi di stesen minyak Petronas selepas keluar dari plaza tol Bukit Jelutong.

Masa mengambil parkir, tiba-tiba ada van sekuriti bagi signal untuk masuk parkir tempat yang sama. Manalah penulis perasan. Tapi bila penulis tanya samada beliau hendak parkir, dia gelengkan kepala pula.

Nota movie lalat. Yg sempat penulis tonton wayang Iko Uwais full movie online:
1. The Raid 2 (2014)
2. Merantau (2009)
3. Triple Threat (2019)
4. The Night Comes For Us (2018)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 30, 2019

HOW TO TRANSFER CONTACTS FROM ANDROID TO IPHONE




THE PROBLEM
Data Celcom dalam iphone penulis tiba-tiba dimakan begitu laju.
Setelah 2 kali diratah 4GB (RM40), maka penulis berhajat untuk format iphone.
Sebelum itu, penulis simpan segala contacts dalam itunes.

THE FORMAT
Bila penulis format iphone, penulis tidak dapat masuk ke itunes pula.
Penulis lupa password itunes. Demm.

AFTER 2 DAYS
Selepas 2 hari 2 malam tidak dapat masuk itunes, penulis kuchiva.
Nasib baik penulis dapat masuk icloud.
Pelik ya sebab password untuk icloud dan itunes itu berbeza.

ICLOUD THE SAVER
Di icloud, penulis dapat import contact sebagai vcard format.
Kemudian penulis emel vcard ke gmail.
Dari iphone, penulis buka gmail, dan buka vcard.
Voila.

CONTACTS FROM ANDROID TO IPHONE
Di samsung J1 mini prime, penulis export contacts sebagai vcard.
Kemudian penulis guna shareIt apps untuk pindahkan vcard itu ke pc dan hantar ke gmail.
Dari iphone, penulis buka gmail, dan buka vcard dan cantumkan segala contacts dalam iphone.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 28, 2019

JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS UAI APRIL 2019 BULAN 4


Setiap bulan Ustaz Azhar Idrus penceramah bebas Malaysia akan mengadakan kuliah / ceramah di pelbagai lokasi, ini adalah jadual penuh untuk bulan April 2019 (Bulan 4).

Berikut adalah jadual kuliah atau ceramah ustaz azhar idrus (uai) bagi bulan 4 tahun 2019 ini, setiap bulan uai akan mengemaskini lokasi berserta tarikh kuliahnya di laman sesawang facebook miliknya (Ustaz Azhar Idrus (Original).

Mengikut apa yang diberi lokasi kuliyah bulan April ini tertumpu hanya kepada negeri Terengganu, Kelantan, Selangor, dan selatan Siam.

Untuk anda yang nak datang bolehlah menggunakan jadual ini sebagai panduan dan semoga ianya bermanfaat.

Mar 25, 2019

BIG SCREEN ERROR



Berakit-rakit ke hulu.
Lama-lama penat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Mar 23, 2019

SUKE



Dibawah lebuhraya bertingkat SUKE yg masih dalam pembinaan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.