Mar 23, 2019

SUKE



Dibawah lebuhraya bertingkat SUKE yg masih dalam pembinaan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 22, 2019

YES TO DRUGS

Bukit Jelutong sunrise this morning @2019


Blog bukanlah hakmilik kekal.

Yes To Drugs
Hello To Death campaign
- Petronas MSA Melaka Refining Company Sdn Bhd

Mar 21, 2019

SELANDIA BARU

Shell Melaka @2019

Orang Indon bilang Selandia Baru untuk New Zealand.
Di dalam negara pun ada Felda New Zealand.

Sekarang ini sedang berlangsung peraduan minyak di Shell seluruh negara.
Pilihan utama penulis ialah Itali. Amin.

Tengahari tadi sebelum penulis beradu di bilik motel di pejabat, penulis tertancap pada video terbaru di parlimen New Zealand yg dimulai dengan bacaan alQuran. Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Mar 20, 2019

DESICCANT




Masa pulang dari memotong rumput semalam, penulis ternampak satu kertas putih yg berlipat.
Surat ucapan kepada rakan yg bersara selepas 60 tahun bertugas.

Bahan pengering (baca, desiccant) dalam bungkusan jajan Wang Wang (baca, rice biscuits).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 19, 2019

NORMAL BLOOD PRESSURE READING



Kelmarin bacaan tekanan dara (baca, blood pressure) masih normal.
Alhamdulillah.

Penulis kena juga periksa kadar kolesterol dalam badan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 18, 2019

Mar 17, 2019

HENTIAN SEBELAH YONG PENG

Sunset view at Hentian Sebelah Yong Peng heading north @2019

Semalam mata penulis tertancap pada mesin vending penjual nasi lemak, mee goreng dan nasi goreng.
Pertama kali penulis melihatnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A gazebo at Yong Peng rest area @2019

A nasi goreng and food vending machine at Yong Peng rest area @2019

Mar 16, 2019

12 YEAR OLD BOY



Kelmarin, 14 Mac 2019 (Khamis) adalah hari ulangtahun ke 12 anak lanang bocah cilik itu.

Hajat hari ini (Sabtu) untuk membuat Mykad baru untuk anak lanang itu.
Dan membuat paspot baharu untuk anak wedok yg baharu lepas terima keputusan SPM cemerlang beliau.
Cikgu anak wedok sudah merancang mengajak ke seberang tambak.

Pagi tadi usai sarapan di Masai, kami sudah ke UTC Pasir Gudang, JPN tutup tapi.
Kaunter Kastam dibuka, tapi tiada perkhidmatan fotostat pula.

Petang pula, kami berkejaran ke UTC Kotaraya pula.
Kaunter Kastam tidak melayan kerana waktu sudah lewat.
Kastam tutup jam 5 petang.
Jadi, urusan membuat mykad anak lanang sahaja berjalan dengan lancar.

Malam, penulis beli beg sekolah anak lanang.
Juga, penulis beli dua helai seluar jeans untuk diri sendiri.
Beli di kedai murahan di Today's Market sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 15, 2019

CHRISTCHURCH SHOOTING MASSACRE

Cendol before the friday prayer today at Masjid Pengkalan Terbang Subang @2019.

Tengahari tadi penulis terima berita insiden tembakan rambang ketika solat Jumaat di Christchurch, New Zealand.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 14, 2019

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DI MASAI PASIR GUDANG

My house is on the map today @2019.

Sudah seminggu kes pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Kota Masai, Pasir Gudang berlarutan.
Sekolah anak lanang pun sudah ditutup sementara.
Semoga semua dibawah lindungan Illahi.
Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 13, 2019

CAFFEINE INTOLERANCE

The Coffee Bean & Tea Leaf, Suria KLCC @2019.

Semalam penulis sudah singgah di Suria KLCC.
Minum kopi sudah.
Tapi bila balik ke rumah, kepala rasa pening.
Perut rasa loya.
Tapi tidaklah keterlaluan teruknya.

Yang penulis akui memang tidak boleh minum air kopi di restoran McDonalds.
Nampaknya kena kurangkan lagi peminuman kopi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.