Mar 15, 2019

CHRISTCHURCH SHOOTING MASSACRE

Cendol before the friday prayer today at Masjid Pengkalan Terbang Subang @2019.

Tengahari tadi penulis terima berita insiden tembakan rambang ketika solat Jumaat di Christchurch, New Zealand.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 14, 2019

PENCEMARAN BAHAN KIMIA DI MASAI PASIR GUDANG

My house is on the map today @2019.

Sudah seminggu kes pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, Kota Masai, Pasir Gudang berlarutan.
Sekolah anak lanang pun sudah ditutup sementara.
Semoga semua dibawah lindungan Illahi.
Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 13, 2019

CAFFEINE INTOLERANCE

The Coffee Bean & Tea Leaf, Suria KLCC @2019.

Semalam penulis sudah singgah di Suria KLCC.
Minum kopi sudah.
Tapi bila balik ke rumah, kepala rasa pening.
Perut rasa loya.
Tapi tidaklah keterlaluan teruknya.

Yang penulis akui memang tidak boleh minum air kopi di restoran McDonalds.
Nampaknya kena kurangkan lagi peminuman kopi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 12, 2019

HOW MUCH DOES IT COST TO HIRE A TREE SERVICE?



Kelmarin penulis sudah perasan isteri penulis (yg itu) telah menyuruh anak lanang seng tuwek membeli mesin gergaji.
Hendak memotong pokok mangga yg besar di hadapan rumah.

Penulis pun sudah bertanya beberapa orang pemotong pokok.
Harga dari rm600 hinggalah rm3200.
Mahal gila.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 10, 2019

GUE JADI JANDA GARA GARA JANDA

Charging the old Canon DSLR at MCD @2019.

Jadi kelmarin penulis sudah bertandang ke pejabat peguam untuk urusan permohonan pelepasan sekatan. Tapi ejen broker itu tidak memberitahu bahawa pembeli juga harus hadir untuk menandatangani borang tersebut. Jadi kena tunggu lagi seminggu.

Juga berhenti melepak di restoran McD untuk mengecas bateri kamera DSLR penulis yg sudah lama dibiarkan.

Nota lalat. Gue jadi janda gara-gara janda [+ youtube] di tiktok. Mega Salsabila di Suca.
https://www.youtube.com/watch?v=IqrkcrQQJtc

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 8, 2019

CARA KELUARKAN DUIT ASB SECARA ONLINE 2018



Semalam penulis sempat ke cawangan Maybank TTDI Jaya untuk daftarkan akaun ASB atas talian.
Sekarang kan tidak guna buku biru lagi.

Pagi tadi sudah boleh masuk dalam akaun ASNB.
Tapi penulis kuchiva lah juga.
Semuanya boleh dibuat secara online KECUALI pengeluaran wang.
Demm.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 7, 2019

NO FREE LUNCH

Nasi lemak biasa in the evening at nearby kedai mamak, Bukit Jelutong @2019.

Tengahari tadi, usai tidur di hostel lima bintang itu.
Pengurus (baca, ladyboss) tanya penulis makan dimana.
Penulis bilang, tengahari biasa tak makan.
Pengurus pelik, "serius?"
Penulis kata biasa penulis makan biskut dan cecah teh kosong sahaja, sebab pagi sudah bersarapan berat (baca, heavy breakfast). Gitu.
"Patutlah bodi u fit," katanya lagi.
Takdelah, penulis balas.
Kalau nak terai setakat 33 minit tiada masa-elah - tapi penulis sebut dalam hati sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 6, 2019

AN INTERVIEW WITH A STRUGGLING SINGLE MOTHER

A technical test with an old timer @2019.

Sudah beberapa hari penulis menemuduga (baca, interview) beberapa orang calon untuk projek yg bakal bermula bulan hadapan.

Kebetulan juga, tidak disangka, rakan lama, datang untuk mencuba nasib bekerja di syarikat.

Makcik ITT diberi gelaran.
Bukan nama sebenar.

Sudah 6 bulan tidak bekerja. Menganggur katanya.
Bila ditanya pasal suami. Single mom katanya.
Anak 3 orang masih belajar. Satu di universiti. Satu hendak ambil peperiksaan SPM. Dan satu lagi di tingkatan 2.

Manalah ada perempuan sanggup berbahagi suami kan.

Cerita lalat lain. Dalam pejabat tadi ada rakan jurutera yg baru usai mesyuarat diantara mereka.
Jurutera (L): Jangan lupa esok korang kena balik malam ya.
Jurutera (P): Oke je.
Jurutera (L): Taklah malam sgt.
Jurutera (P): Esok khamis. Koranglah rugi.
Semua orang gelak sinis.

Jurutera (L) ialah lelaki berkeluarga.
Jurutera (P) ialah anak dara gadis belum berumahtangga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A PROMISED MADE IS A DEBT UNPAID



Semalam, penulis sudah hubungi 2 orang.
Kes hartanah penulis yang masih dilambung-lambungan.

JANJI 1
Ejen tanah gambut di Sungai Kluang janji hendak uruskan serahkan dokumen di pejabat Tanah Rengit.
Tapi bila penulis cuba hubungi di sebelah malam tiada jawapan.
Telefon tidak dijawab.
Wasap juga tidak dibalas.

JANJI 2
Peguam jual beli rumah di Bukit Belacan janji hendak telefon semula di sebelah petang.
Tapi sehingga tengah malam pun tiada jawapan.

NOTE. When you make a promise to someone, it is as if you take a debt from them. The 'debt' you owe to the person is not paid until the promise is fulfilled.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 5, 2019

RUMAH UYA

Ayfa menuduh istrinya tidak dapat memberi kepuasan keturunan - Rumah Uya @2019

Petang tadi semasa penulis makan malam di restoran Nasi Ayam Penyet TTDI Jaya.
Mata penulis tertancap dan tertenok tv indon yg ditayangkan dipenjuru kedai.

Mula-mula penulis ingatkan drama sinetron indon.
Atau kisah nyata.

Tapi bukan.
Ternyata slot Rumah Uya, satu tayangan nyata (baca, reality show).

Gila. Kisah cinta segi tiga ditayangkan secara langsung.
Macam tidak percaya.
Bertengkar secara langsung.
Dari tepi jalan hingga ke dalam studio.
Penonton pun ramai dalam studio.

Memang tidak percaya.
Tapi bila penulis tanya pakcik google.
Semuanya itu pun lakonan juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHY PH REALLY LOST IN SEMENYIH

MTC Ledang mini model @2019

Semalam penulis telah menghantar barang-barang kepunyaan anak lanang ke rumah sewanya di Kampung Baru.

Dari rumah merpati.
Penulis terserempak dengan jiran yang sudah lama tidak bersua.

Jiran bertanya kenapa sudah lama penulis tidak kemaskini blog (yg itu) dengan gambar fotografi seperti dahulu?
Penulis katalah penulis sedang sibuk (lah sangat) sekarang.
Dan kamera pun sudah lama berkulat.
Jiran memberitahu, sekarang sudah ada bangunan TRX yang tinggi dari KLCC.
Ah, penulis kata, itu bangunan Rosmahal.
Jiran tampak terkejuk, "ah? rosmah mahal?" tapi kemudian dia gelak.

Jiran bertanya kemudian tentang keputusan pilihanraya kecil Semenyih kelmarin.

Penulis bilang yang rakyat sudah kuchiva dengan kerajaan sekarang.
Rakyat tidak mempunyai orang lain untuk mengadu.
Harapkan pagar, pagar pun tidak boleh diharap.
Semudah itu rakyat berpaling.
Ini undi bantahan terhadap PH.
Tetapi tidak semestinya sokongan semula yang jelas dan tegas terhadap Umno dan PAS.

Cerita lain lalat. Pagi, pengurus sudah memerintah penulis untuk mengambil gambar WA model kapal. Siap sekali dengan ukurannya. Untuk dipamerkan di LIMA 2019 nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MTC Ledang mini model @2019

KLCC view from Omar Ali Villa, Kampung Baru @2019. Credit from aQi's iphone camera.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.