Jan 19, 2019

SAMSUNG GALAXY J1 MINI PRIME 2019

 



19 Januari 2019.

Letak gambar Samsung Glaxy J1 mini prime disini untuk kenangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 16, 2019

BUKIT JELUTONG TO BUKIT BELACAN

Standstill traffic on DUKE highway exiting to MRR2 (heading south).

Kalau hendak cepat, penulis pulang dari pejabat terus ke rumah akan ikut lebuhraya NKVE dan Duke dan terjebak ke lebuhraya MRR2 yang sedang dinaiktaraf. Macet yang amat.

Tapi kalau hendak perjalanan pulang tanpa tol, penulis akan ikut Lebuhraya Persekutuan hingga ke Pekeliling tanpa naik ke lebuhraya AKLEH. Tapi itu cerita lain.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 12, 2019

SOFEA JANE AS A TRINITY (3W)



[+ insert Perempuan, Isteri dan ... ]

Semalam penulis telah tonton filem lama bertajuk Perempuan, Isteri dan ... (Jalang). Atau dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan sebagai A Woman, A Wife and A Whore (3W). Filem tahun 1993 lakonan Sofea Jane, Nasir Bilal Khan, Zaidi Omar dll. Penulis tonton youtube atas talian secara percuma sudah.

Ringkasan. Zaleha akan berkahwin dengan Amir tetapi melarikan diri ke selatan Thailand untuk berkahwin dengan orang lain. Amir marah menjejaki pasangan itu, membunuh suami Zaleha dan menjual Zaleha kepada seorang bapak ayam di Siam. Enam bulan kemudian, Amir membawa pulang Zaleha. Zaleha menipu Amir untuk berkahwin dengannya sehingga mereka di tangkap basah. Tetapi enam bulan Zaleha menghabiskan sebagai pelacur telah mengubahnya, dan dia kini mahu membalas dendam.

Komen lalat. Sebenarnya penulis bukanlah peminat filem Melayu. Sebagai ulasan, filem klasik ini memang membuka minda penulis serba sedikit bagaimana filem Melayu dipaparkan. Lakonan Nasir yang mantap dengan sifat pemarah dan sakit hatinya. Manakala lakonan Sofea Jane pula agak sopan sebagai bekas seorang pelacur. Penulis jangkakan lakonan Sofea yang lebih ganas, gitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kejam kan? Tengah2 malam buta pun disuruhnya beli garam!
ps. Saperla yg tulis subtitle kat bawah mcm haramjadah tuh?? Lajiao lah.

Jan 10, 2019

DOUBLE DECKER BUNK BEDS

[+ insert: double decker bunk beds]

Di pejabat penulis ini ada satu bilik simpanan, aka motel, yg ada 4 katil bertingkat. Siap dengan tilam yang empuk.

Jadi, setiap tengahari penulis tidak lagi ke luar mencari warung untuk makan tengahari. Malas rasanya sebab kedai yang agak jauh.

Jadi, penulis pun tidur sahaja lah di salah satu katil yang disediakan disitu.

Kadang-kadang sampai sejam penulis tidur. Selesa dan nyaman.

Kadang-kadang sahaja penulis solat di bilik ini.
Penulis lebih selesa bersolat di surau di tingkat 2 sebab tempat mengambil wudhuk yang lebih selesa. Berapa punya banyak "selesa" dah.

Cerita lalat lain. Kelmarin penulis sudah wasap blogger abangtam, artis pencen fofuler itu. Sebab hajat penulis hendak mengeteh bila beliau datang ke Key Ell hujung minggu ini. Belum sempat penulis tanya, abangtam dah bertanya dahulu, "kalau aku soal, boleh jawab?" Hahaha. Tapi sampai sekarang (ketika entri ini dikemaskini, sudah 4 hari 4 malam), beliau belum tanya apa-apa soalan lagi. Saiko sahaja kann. Bangtam kannns?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 9, 2019

ONE MONTH IN BUKIT JELUTONG

[+ insert: Hibiscus rosa-sinensis]

Sudah satu purnama penulis bertugas di Bukit Jelutong ini.

Gaji pertama pun sudah dapat.
Tolak KWSP dan tolak PERKESO.
Dan baki gaji pun sudah dilangsaikan secepat kilat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 7, 2019

TENGGAYUN LAND DEALS

[+ insert: Tenggayun junction, on the Pontian - Kukup roads]

Kelmarin penulis sudah berjumpa dengan bapa AZZ berkenaan jual beli tanah di Kampung Jambi itu. AZZ (tentera MINDEF) tidak dapat bertemu kerana tiba-tiba sahaja ada urusan kerja di KL. Yo wes. Pertemuan kami akan dijadualkan semula dua minggu lagi bersama peguam untuk tandatangan perjanjian jual beli tanah.

Dan penulis sempat juga berjumpa dengan SUU (pegawai daerah Pontian) yang beriya-iya sangat nak membeli tanah kebun di Kampung KMM pula. Penulis memohon maaf kerana membatalkan perjanjian mulut. Dan penulis kembalikan wang cengkeram beserta duit cukai tanah yang beliau bayarkan dahulu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 6, 2019

AQUAMAN



Tadi malam penulis sudah tenok filem Aquaman Home Is Calling (2018).

Usai tenok filem, penulis pun ajukan soalan pada is3 penulis (yg itu).

AQ: Kenapa masa dorg ondway ke Trench World, dorg nek bot? Bukanke mudah dorg berenang lagi cepat?
mQ: Kan hero tengah sakit cedera tuh, pastu dorg pun berenang lah...
AQ: Ooo oke

mQ: Kanda tau tak director James Wan tuh orang Iban Sarawak?
AQ: Ooo iyeke? Ooo oke

Cerita hayalan yang biasa-biasa sahaja, plot seperti Black Panther. Cuma tayangan selama dua setengah jam agak terlalu panjang. Walaupun tak terasa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 5, 2019

PINEAPPLE TOWN

Pekan Nenas's pineapple icon.

Tengahari tadi penulis sudah bekejaran ke rumah adik lanang penulis yg sedang uzur di kampung itu.

Sebelum itu, penulis sudah belikan beberapa barang keperluan dapur. Beli di Tesco Kulai sudah.

Penulis juga sudah memberitahu berkenaan tanah kebun penulis di hadapan kebun pusaka itu tidak jadi dijual. Sebab sudah pun menjual tanah kebun di Jambi Darat terlebih dahulu.

Dalam perjalanan pulang, penulis singgah di KFC Pekan Nenas. Isteri penulis hendak makan nasi katanya. Walaupun pagi tadi (dalam jam 9 lebih), beliau sudah menjamah kueyteow sup di kopitiam Cawan Mas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pekan Nenas traffic light junction view from KFC restaurant.

Citer lain lalat. Pagi-pagi tadi penulis sudah daftarkan anak wedok yg sedang menunggu keputusan SPM untuk belajar memandu kereta manual.


Jan 3, 2019

KESALAHAN MUSHAF QURAN MAJID

Ketika saya susah, saya selalu dengar surah al-Waqiah ini.

Sebenarnya sudah berpekan-pekan penulis mencari quran versi tulisan lama, aka Mushaf Quran Majid.
Mushaf Quran Majid inilah yang penulis belajar membaca muqaddam, kemudian alQuran dari zaman kecil.

Tidak banyak kedai buku yang menjualnya.
Kebanyakan menjual quran versi tulisan Rasm Uthmani.
Kalau ada pun yang saiz besar dan kecil sahaja.
Penulis mencari saiz yang sederhana sebab senang diletak dalam kereta.

Dan bila ditanya, penjual menyatakan Mushaf Quran Majid telah diharamkan oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri).

Maka secepat kilat penulis pun membuat semakan pada wak googol.
Ternyata memang benarlah.
Banyak kesalahan dan kesilapan mushaf Quran Majid.
Rujukan: Mushaf Imla'i dan Implikasinya dalam Pembacaan Al-Quran.

Juga alQuran Mumayyaz (teks al Quran dalam bentuk rumi) dan Syaamil (alQuran terjemah perkata dari Indon) adalah diharamkan oleh KDN.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 2, 2019

BERGADANG DI TAHUN BAHARU



Malam tadi penulis sudah berkejaran ke Menara Berkembar KLCC.
Hajat untuk menonton pancutan bunga api. Tapi ...
Kerana terlalu ramai orang dan penulis tidak periksa dimana akan berlakunya pancutan bungapi itu.
Sebenarnya tidak tahu. Tidak ada maklumat pun.

Yang penulis tunggu di depan.
Bungapi yang memancut dibelakang, dikawasan pancuran air berirama itu.

Penulis pun pulang dengan kuchiva.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 31, 2018

A GENTLEMEN'S AGREEMENT

Ini entri hujung tahun.
Entri pertama untuk blog yang ini.
Blog yang asal ada disono.

Pagi tadi (Isnin, 31/12/18) penulis sudah memberitahu ejen hartanah status jual beli tanah Jambi penulis.

Mula-mula penulis ingatkan ejen hartanah cuma ambil 3% (standard ialah 2%) dari harga jualan tanah tersebut. Kadar 3% yang dipinta oleh ejen pada fikiran penulis bukanlah masalah besar. Tapi ejen itu kata pula bahawa seperti diperjanjikan sebelum ini melalui WA bahawa penulis sudah setuju untuk naikkan (markup) harga tanah dari harga asal. Jadi penulis kena juga bayar perbezaan harga tersebut, bukan 3%. Oleh kerana itu, penulis tidaklah berkeras lagi, penulis pun bersetuju membayar perbezaan harga (7%). Perjanjian lelaki budiman, tamak harta hanyalah dunia sahaja.

Tapi penulis minta untuk membayar sebahagian dahulu, iaitu selepas perjanjian jual beli (S&P) diperolehi. Bakinya penulis akan jelaskan selepas semuanya selesai. InsyaAllah. Ejen belum balas apa-apa sebab ketika entri ini dikemaskini kerana beliau sedang berurusan di KLIA.

Cerita lalat lain. Pasal kenderaan sekolah untuk anak lanang bocah cilik penulis yang itu. Ahkak pemandu van, cik SAA, yang menghantar bocah cilik bertahun-tahun selama ini telah beritahu bahawa beliau tidak dapat lagi berkhidmat untuk penghantaran kesekolah. Jadi sudah berminggu-minggu isteri penulis (yang itu) tercari-cari pemandu van sekolah yang lain. Sehingga pagi tadi masih belum ketemuan. Jadi isteri penulis (yang itu) menyuruh penulis pulang ke gagang esok. Esok 1hb Jan adalah hari cuti umum bagi semua negeri selain negara J, dan sekolah juga akan bermula di negara J itu.

Mula-mula penulis letak status di FB komuniti Kota Masai, "perlukan van sekolah." Dan sambil itu juga penulis melihat status oranglain. Dan penulis pun bertanya juga (melalui WA) dengan dua tiga orang yg meletakkan nombor WA masing-masing. Tapi jawaban yg diterima adalah mengkuchivakan.

Kemudian penulis teringat imam masjid, pak RAA, yang pernah bawa van sekolah juga. Pak RAA kata dia sudah tidak memandu lagi, dan menyerahkan telefon kepada anaknya. Anaknya memberitahu beliau memang memandu van sekolah tapi di kawasan lain, tidak limpas sekolah cina bocah cilik penulis itu. Beliau juga sedar bahawa pemandu van sekolah, cik SAA itu sudah berhenti. Penulis tanya kalau beliau kenal pemandu van yang lain. Beliau berikan nombor telefon cik ZUU. Sepantas kilat penulis WA cik ZUU dan mendapat jawaban yang positif.

Ya, cik ZUU bersetuju mengambil bocah cilik seperti cik SAA sebelum ini. Penulis pun menyuruh isteri penulis (yang itu) menghubungi cik ZUU untuk kepastian. Jadi, penulis tidak perllu pulang ke gagang esok ya.

Cerita lain lalat. Semalam ada jemputan rakan satu sekolah di luar negara. Rakan yang pernah meminjam duit dua poh dollar beberapa bulan sebelum pulang ke tanahair. Penulis tidak sanggup datang kerana kemaluan yang agak besar.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.