May 13, 2021

SELAMAT HARIRAYA MAAF ZAHIR BATIN 2021

Selamat hariraya 2021
Selamat hariraya maaf zahir batin dari penulis yg jauh dimata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 12, 2021

KEDAI ACEH SERI ALAM

Kedai runcit aka kedai Aceh during hariraya eve @2021


Esok sudah raya.
Pagi2 sudah berlarian ke kedai acheh berdekatan rumah hinggap sahaja.
Sebab penulis pun masih sibuk dengan tugasan memotong rumput.

Movie lalat. A Good Woman Is Hard To Find 2019.
2. Trapped 2016 (Hindi).
3. Crossroads One Two Jaga 2018 (Melayu).
4. Silenced 2011 (Korean: 도가니).

Blog bukanlah hakmilik kekal

May 11, 2021

AN UNKNOWN TOWN CALLED KELAPA SAWIT (OIL PALM)

Kelapa Sawit is a town between Kulai and Simpang Renggam Johor @2021.


Petang usai mesyuarat tingkap yg lamanya hampir 2 jam.
Penulis pun berlarian merentas negeri.

Limpas pekan kecil bernama Kelapa Sawit.

Movie lalat. 15 Minutes of War, 2019 (French: L'intervention).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 10, 2021

HEAVY RAINS, THUNDERSTORM IN THE EVENING

Hot wheather now, but there will be heavy rains, thunderstorm soon later.


Sekarang cuaca agak panas di waktu pagi dan tengahari.
Tetapi disebelah petang pula akan turun hujan lebat dan ribut.

Cerita lain.
Tulat sudah raya.
Seperti tahun lepas, kuih raya juga tidak banyak dibeli.
Itupun untuk makan sendiri.

Movie lalat. Dangal 2016.


Sinopsis -seorang bekas penggusti negara idamkan anak lelaki utk mewarisi bakat sbg penggusti dan meraih pingat emas utk negara. Pelbagai cara untuk membuat anak lelaki, ie atas bawah kiri kanan depan belakang semua. Tapi malangnya kesemua anak2nya yg lahir adalah perempuan. Jadi kebetulan disebabkan satu peristiwa beliau nampak ada kebolehan pada 2 org anak pompuan yg dewasa. Jadi dia pun melatih mereka bermatian.
Komen lalat - mmg cerita drama, skrip, sinematografi yg terbaik. Aamir Khan sbg penerbit & pelakon utama juga terbaik - dari muda berbadan sado hingga ke tua perot buncit. Meleleh airmata penulis sepanjang durasi filem hampir 3 jam. Aduhai. Jap, penulis nak ambil tisu.
Sape penah layan filem Aamir Khan yg lain spt 3 Idiots dll?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pineapple tart home cookies
Various raya cookies @2021

May 9, 2021

SEMUA AKTIVITI RENTAS NEGERI & DAERAH TIDAK DIBENARKAN TANPA SURAT POLIS TAPI

This is a new instruction.
The followings are not required to have police permit to cross state/district during this raya festival.


Tengahari tadi penulis sudah berlarian ke balai polis berdekatan.
Untuk rentas negeri sebelum raya.
Alhamdulillah urusan dipermudahkan seperti biasa.

Movie lalat. Bugsy 1991.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 8, 2021

ANOTHER RETAIL APOCALYPSE - WINNIE PLACE

An abandoned shopping mall, Winnie Place, Jalan Sungai Chuah, Kajang @2021


Hari ini sepatut penulis merentas negeri lagi.
Tapi kerja memotong rumput harus didahulukan.

Pasal gambar pusat beli-belah Winnie Place tinggalan diatas.
Ekonomi negara sedang teruk sekarang.
Bersyukurlah pada sesiapa yg masih punya rumput untuk dipotong.

Dan kes baharu wabak covid-19 mencecah angka tertinggi (4498) hari ini.

Movie lalat. Spotlight 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 7, 2021

VIRAL PANTUN CINCAU MALAM JUMAAT DAN USTAD SOMAD KAHWIN LAGI

sumber: internet
Penulis pun terjebak dengan pantun cincau ini.
Kecoh sehari dua ini pasal cincau sehingga dibuat pantun oleh netizen. Sebenarnya inilah asal usul fenomena cincau ini bermula dan atas sebab apa.
Sila baca hingga habis.  

Ketika sesi soal jawab bersama Menteri Keselamatan, seorang wartawan (gambar dari internet diatas) telah menarik perhatian orang ramai apabila membangkitkan isu rentas negeri oleh golongan tertentu. Jelasnya kerajaan harus lebih tegas mengenai isu ini.

"Kita tak mahu lagi rentas negeri melibatkan orang kenamaan, orang terkenal bagi alasan tidak munasabah. Contohnya ke Melaka membeli cincau misalnya. Nak ke Pulau Pinang membeli pasembur misalnya. Mungkin Datuk Seri boleh bagi jaminan dan penjelasan yang tegas kepada semua rakyat Malaysia supaya patuh pada SOP dan tiada sesiapa diberi kebenaran untuk rentas negeri."


Ini videonya:


Kenapa cincau? Betul kah ada orang jual cincau di Melaka? Orang Melaka sendiri pun tidak pasti. Macamlah tiada cincau terbaik di bukit belacan kann.
Sebab itulah alasan membeli cincau di Melaka tidak masuk akal. Lainlah kalau meLangkawi batas atau meNilai karpet kann.  Makcikkiah khannns. 

Pergi ke cincau membeli kedai,
Membeli cincau pergi ke kedai,
Kedai membeli cincau ke pergi, 
Pergi ke membeli cincau kedai, 
Ke pergi kedai cincau membeli,
Cincau membeli pergi ke kedai.

Ehh. Dah jadi entri merapu lah pula. ;p

VIRAL LAIN: USTAD SOMAD KAHWIN LAGI
Ramai sudah tahu ustad somad sudah bernikah baharu.
Isteri muda gadis jeliter umur 19 tahun.
Kalau ustad pun nak pilih gadis muda, habis yg umur 40an tu saper pula yg nak uools.
Tetapi tidak ramai yg tahu pasal mantan isteri ustad somad.
Mereka sudah bercerai pada 3 Disember 2019.
Itu sahaja penulis melaporkan.
Harak maklong.
ps. Tapi ada je orang tak  kenal siapa Ustad Somad. Hawauuu.
Atau buat2 tak tau? Jeless lettewww., 

sumber: internet

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...