Aug 11, 2023

JALAN2 PUSING KLCC DAN PINTASAN SALOMA DI WAKTU SENJA

Greens on the way to KLCC @2023


Jumaat, 11 Ogos 2023.

Petang sudah berlarian ke KLCC.
Mula2 naik monorel dari stesen Raja Chulan depan Wisma Genting.
Wak pernah kerja potong rumput disini 22 tahun yg lampau.
Link: Alstom Powers 2002

Turun di stesen Titiwangsa.
Jalan kaki ke stesen bas pekeliling.
Naik bas GoKL laluan hijau tambang gratis (percuma).
Tapi pak supir garang nak mam*pos. 
"Pompuan naik depan sini, laki2 naik belakang!" pekiknya.
Turun selepas Hotel Concorde.
Jalan kaki ke Petronas Twin Towers. 

Lepak2 di dataran Suria KLCC yg ada pancuran berirama.
Kemudian keluar ke kedai mamak NZ Curry House.
Sebelah menara Public Bank.
Makan mee goreng mamak. 
Sambil bunuh masa (kill time) gitu. Haha.

Kemudian bila sudah mula senja baru bergerak ke jambatan Pintasan Saloma. 

Kemudian jalan kaki menyusuri terowong dari KLCC ke Convention Center.
Dan melalui jambatan pejalan kaki ke Bukit Bintang. 
Nyaman dan aman.
Dalam hati siapa yg tahu. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 


TBS (Terminal Bersepadu Selatan) @2023
TBS (Terminal Bersepadu Selatan) @2023
Fountains at KLCC @2023
Around KLCC @2023
Graveyard at KLCC @2023
Petronas Twin Towers view from Pintasan Saloma @2023
Pintasan Saloma @2023
Petronas Twin Towers view from Pintasan Saloma @2023
Graveyard of P Ramlee and Saloma at KLCC @2023
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see ahmoii or not.


Entrance to Petronas Twin Towers @2023

Aug 10, 2023

TANPA SOSMED ORANG TIDAK PERCAYA KITA BERADA DI LUAR NEGERI

Nasi Lemak Mak Long Itik Salai Masthar @2023

 

Khamis, 10 Ogos 2023.

Pagi tadi sebelum ke kantor potong rumput.
Wak berlarian ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak pesan nasi lemak sambal kerang.

Petang tadi berkenalan pula dengan pelawat dari Korea. WDa
Ibu tunggal (janda) anak 3.
Hidup ini memang rumit.
"rasanya, sy ada (lah) perempuan paling setia yg bodoh 😄" gelaknya dalam taipan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

================================================================

Aug 9, 2023

WHY DO PEOPLE ASK FOR BAD NEWS FIRST

 Rabu, 9 Ogos 2023.

Berita buruk.
Kontrak kerja potong rumput tidak akan disambung selepas hujung bulan ini.

Berita baik.
Mungkin akan ke Batam atau Jakarta beberapa hari lagi.

Movie lalat.
Look Both Ways 2022

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 8, 2023

WHY DONT EMPLOYERS RENEW FIXED TERM CONTRACT

Sunrise this morning @2023

 

Selasa, 8 Ogos 2023.

Perjalanan ke kantor potong rumput pagi tadi.
Agak awal sedikit dari kebiasaan.
Dan menyertai kesesakan yg agak panjang dan lama.

Ooh.
Baru dapat emel pemberitahuan dari HR.
Kontrak wak tidak diperbaharui selepas hujung bulan ini.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Joining the traffic jam @2023

Aug 7, 2023

THE LADS HAVING BREAKFAST UNDER THE CANOPY

Cyberjaya @2023
MKN Techzone Embassy

 

Isnin, 7 Ogos 2023.

Hari ini berlarian ke kantor potong rumput Cyberjaya.

Hafazan lalat.
Surah Al-Jumu'ah, 62 ayat 9-11.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 6, 2023

DILEMMA TO CHANGE TELECOMMUNICATION LINE FROM CELCOM: PART 3

Pasar Borong Kuala Lumpur @2023

Ahad, 6 Ogos 2023.

Dapat mesej dari Celcom.
Urusan tukar jaringan sedang dibuat.

Tiba2 tidak boleh capai internet.
Terpaksa guna titikpanas (hotspot) orang lain.

Wak cuba masukkan kad sim Tune Talk yg baharu.
Tapi tidak berjaya.

Cuba hubungi Celcom.
Dan diberitahu urusan tukar jaringan berjaya.
Wak pun cuba sekali lagi tujar kad sim Tune Talk yg baharu.
Dan akhirnya berjaya guna jaringan Tune Talk.
Wak tambah nilai pulsa rm100.
Pilih pakej Bebas 55 prabayar rm68 untuk sebulan.


Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Aug 5, 2023

DILEMMA TO CHANGE TELECOMMUNICATION LINE FROM CELCOM: PART 2

Jalan Bellamy @2023

 

Sabtu, 5 Ogos 2023.

Malam, sudah berlarian ke Alamanda.
Beri arahan Celcom Bluecube potong kontrak = rm229.17 + rm104.75
Kemudian berlarian ke D'Pulze, mohon talian baharu dari Tune Talk.

Bayar rm15.
Kena ikut arahan sms dari Celcom.
Sebelum tukar kad sim yg baharu dari Tune Talk.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The latest smartphone from Huawei P60 Pro @2023

Aug 4, 2023

DILEMMA TO CHANGE TELECOMMUNICATION LINE FROM CELCOM: PART 1

Wanning Gibbous moon this morning @2023

 

Jumaat, 4 Ogos 2023.

Sejak kebelakangan ini.
Wak rasa biasa2 sahaja guna talian Celcom.

Tapi kelmarin rakan sekerja, bro RAZ beritahu dia sudah guna talian Tune Talk.
Unlimited internet, sebulan cuma bayar rm55 sahaja.
Walawehh .. membuatkan wak teruja mahu tukar sampan.

Sekarang ini, talian Celcom:

Bulanan = rm104.75
Ada kontrak sehingga 12 Mei 2024 = 10 bulan lagi.
Denda tamatkan kontrak = rm229.17.

Petang tadi sudah berlarian ke Celcom Cube Alamanda.
Cik penyambut tetamu beritahu kalau mahu tamatkan kontrak.
Wak harus bayar rm350 gitu.

Dan kiosk Tune Talk berdekatan ada di D'Pulze mall.


Movie lalat.
The Firm 1993 (Tom Cruise)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya @2023
Alamanda Shopping Center @2023

Aug 3, 2023

AIR BUAH TUNJUK LANGIT SKYFRUIT HANYA DIJUAL DI KEDAI TERPILIH

Keep It Cool @2023
Air Tin Geng Skyfruit

 

Khamis malam Jumaat, 3 Ogos 2023.

Hari ini wak berlarian ke kantor potong rumput.
Oleh kerana hala tujuan perusahaan masih tidak menentu.
Maka banyak aktiviti yg terbantut sehingga minggu depan.

Tapi hidup harus diteruskan. 
Kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Heavy breakfast (nasi lemak, meggie goreng, sambal sardin, telur rebus) @2023

Aug 2, 2023

FIND THE RIGHT SHOE SIZE 42 FOR YOU

Entering D'Pulze Mall @2023 Cyberjaya

 

Rabu, 2 Ogos 2023.

Hari ini berlarian ke kantor potong rumput.
Hingga ke petang.

Sore pula singgah di D'Pulze mall.
Beli kasut ganti kasut lama yg sudah rosak.

Biasa wak beli sepatu Kalenji saiz 42.
Tapi kali ini macam sempit pula.

Movie lalat.
Salt 2010.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Buying the right walking shoe at Decathlon @2023

Aug 1, 2023

TRAVELLING INTERSTATES AT MIDNIGHT UNDER THE FULL MOON

Pekan Masai @2023


Selasa, 1 Ogos 2023.

Sepatutnya wak naik bas ekspres semalam petang jam 4.30pm.
Tapi kerana desakan kerja potong rumput. Terpaksa ditunda ke malam pula.

Sampai di TBS pun sudah jam 3.25am pagi.
Tiba2 susah mahu pesan Grabcar.
Tidak boleh bayar tunai.
Tidak boleh transaksi kad bank atau Maybank2u.
Aiyah.

Pasang apps Airasia Go pun sama.
Terpusing2 logonya.

Akhirnya kena pasang semula apps Indriver (ID).
Senang sahaja.

Ooh.
Pagi tadi juga sempat ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak pesan nasi lemak kerang seperti biasa kalau kemari.
Sambil layan dengar borak2 pakcik2 geng surau.
Pasal tanah lot.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Near Ulu Padang Keladi, Kesang Melaka @2023
Fullmoon on the Plus highway @2023
Ayer Panas Melaka @2023
Rnr Kampung Bemban
From left: Grabcar, Airasia Go, InDriver apps @2023
Nasi lemak kerang, Itik Salai Masthar @2023 Bangi

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.