Nov 21, 2020

ONO PREKARA SENG SAMPEYAN ORA PERLU NGERTENI


Di terminal bas tadi.
Bila penulis mahu masuk ke kaunter tiket.
"Surat ofis wak ni takde cop polis," cik adek dipintu utama beritahu.
Lepas cik adek bertanya rakan2 di 2 3 kaunter tiket. "Kami boleh lepaskan wak masuk bas, tapi kalo kena terajang tahan polis kami tak tangungjwb," katanya lagi.

Lepas berfikir beberapa minit.
Penulis pun setuju ambil risiko sendiri.

Alhamdulillah.
Penulis tiba di bukit belacan dgn selamat.

Ehh. Pasal tajuk, terjemahan bahasa Jerman.
There are things you do not need to know.

Updated lalat. PKPB di negeri Johor & Melaka berakhir awal hari ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 20, 2020

CUTTLEFISH

Yeo's cuttlefish
Siapa suka makan sardin sotong dalam tin?
Ini hanyalah kenangan makanan kegemaran penulis semasa kecil2 dahulu semasa bonda masih ada.
Sekarang pun teringin juga.

Movie lalat. Free Fire 2016 (kali kedua).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 19, 2020

TAFSIR MIMPI HILANG DUIT

Salam kawan2 penulis semua2 lah.
Siapa pernah hilang duit?
Mungkin ramai yg pernah.
Namun, pernah hilang duit dalam mimpi?

Mimpi hilang duit memanglah tidak menyenangkan hati.
Seringkali juga kita jadi panik kerana memikirkan hal tersebut terus menerus.

Mungkin ramai orang anggap mimpi hanyalah mainan tidur semata-mata.

Malam tadi penulis bermimpi.
Entah macamana jadi gelabah juga.
Duit hasil memotong rumput dan wallet hilang entah kemana.
Tapi tiba2 ada orang pulangkan kad2 sahaja termasuk lesen dan mykad.

Bangun tidur jadi panik sekejap.
Termenung beberapa minit.
Kata orang, mungkin akan terima rezeki lumayan.
Verangan itu free gratis dan percuma. Kann?

Movie lalat. Lone Star 1996.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 18, 2020

TAHAN PANAS

 


Pagi tadi penulis sudah berlarian mencari sarapan.

Jalan kaki sejauh satu kilometer pun sudah merembes peluh, atas dan bawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

In de beningging. In the biningin. In the evening... Ehh terbabas ngomong Jerman pulak.

Nov 17, 2020

OPTIMAL BLOOD PRESSURE

Sesekali penulis periksa tahap tekanan dara.
Alhamdulillah. Setakat ini bacaan masih dibawah normal.

Tapi tiba2 penulis terasa mahu makan ayam cincang (baca, chicken chop) pula.
Village Grill Chicken Chop, Bukit Serindit.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 16, 2020

HARUM MANIS KEMBOJA

 


Isteri penulis (yg itu) teringin hendak makan mangga harum manis.
Tahun lepas (May 2019) penulis pernah beli harum manis perlis.
Harga rm31 sekilo, pesanan atas talian tapi stokis menghantar ke stadium Shah Alam.
Tapi harum manis perlis belum bermusim sekarang.

Beberapa bulan lepas (Jun 2020) penulis jumpa mangga harum manis kemboja di Jalan Sungai Merab.
Harga rm9 sekilo.
Tapi sekejap saja pun.
Sudah lebih 5 bulan penjual tidak menjualnya lagi ditepian longkang.

Semalam penulis sudah beli harum manis kemboja di Jalan Klebang Besar.
Harga rm10 sekilo, tapi kalau 3 kilo ialah rm25.
Tapi ahkak penjual itu lebihkan timbangan sedikit untuk cukupkan 10 biji.

Movie lalat. The Dawn Wall 2017.
2. The Pool (Siam) 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 15, 2020

KALAU ROBOH KOTA MELAKA

Malam sudah berlarian ke masjid selat.
Dan juga meninjau pintu gerbang kubu portugis - A Famosa, Porta De Santiago.
Tiada satu kelibat orang pun disana.

Movie lalat. The Conversation 1974.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 14, 2020

TRUE WIRELESS EARBUDS

TWS earbuds

 

Penulis pernah beli alat pendengaran lekap telinga tiga bulan yg lepas.

Tetapi isteri penulis (yg itu) mengambilnya.
Kerana masalah henfonnya tidak dapat menggunakan alat pendengaran yg guna tali wayar kabel.
Yo wes.

Jadi, kelmarin penulis sudah beli yg baharu di Shopee (RM29.00).

Movie lalat. Samsara 2011.
2. Swades (Shah Rukh Khan) 2004.

Updated tahun 2023.
Setelah 3 tahun, earbuds untuk isteri wak itu sudah tak berfungsi. Tapi earbuds hitam ini yg wak beli hampir sama waktunya masih berfungsi.
   
Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 13, 2020

LAICIKANG SEJUK

Salaam Jumaat.

Sekarang kan semua masjid ditutup.
Penulis minum laicikang sejuk di medan selera Tesco Cheng sudah.

Movie lalat. Enemy 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 12, 2020

BAS / ESP / ABS WARNING LIGHTS STAY ON

 

 

Tengahari tadi penulis pun diberitahu cikputih telah diperbaiki talipinggangnya.
Dan juga diganti dengan aircond compressor yg direcond.

Tapi dalam berlarian di lebuhraya Plus, tiba2 ada masalah lain pula.
Penulis pun berhenti berlarian di hentian sebelah.
Penulis matikan enjin cikputih.
Bila penulis hidupkan enjin kembali, nampak tiada masalah.
Diharapkan berlarian cikputih tidak meragam lagi.

Error lalat.
ESP - Electronic Stability Program
BAS - Brake Assist System
ABS - Anti-Lock Braking System

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nov 11, 2020

MELANTAK

Pantai Kundor @2020
Petang tadi usai mesyuarat tingkap, penulis pun berlarian ke tefian fantai Kundor.

Tapi apakan daya, matahari sudah berada dipenghujung ufuk barat.
Dan dilindungi awan tebal.
Yo wes.

Dari pantai penulis terus berlarian untuk meratah daging pula.
Stik daging angus ribeye sudah.
Di restoran bernama melantak steak hub.
Stail masakan serupa restoran Me'nate.

MAKSUD MELANTAK.
Kasar kan bahasa orang Melaka.
[lan.ta/] | لنتق
Definisi : ; melantak 1 memukul kuat-kuat; menghentam: Pak Ahmad ~ batang besi itu ke dlm tanah. 2 bk membuat sesuatu (makan, minum, berbelanja dsb) sesuka hati atau sepuas hati. pelantak besi penghentak peluru (pd senapang, meriam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Melantak Steak House @2020
Melantak Steak House @2020
Melantak Steak House @2020
Melantak Steak House @2020
Melantak Steak House @2020
Melantak Steak House @2020
Ooh. Pasal gambiran orang berumur diatas ini. Sebenarnya, penulis nampak ada satu keluarga bersama 2 orang anak meminta pelayan perempuan mengambil gambiran mereka. Jadi, selepas berfikir panjang dan takut menyesal, kemudian selepas membayar bil penulis pun meminta pelayan perempuan yg sama mengambil gambiran penulis pula. Pelayan perempuan layan saja. Penulis pun bergumbira sebab dapat bergambiran kenang2an disitu. Penulis ucapkan terimakasih. Dan pelayan senyum sahaja.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.