Sep 22, 2023

WAJARKAH HUTANG RM42 PUN KENA SENARAI CTOS

Greens @2023

 

Jumaat, 22 September 2023.

Jam 10 pagi sudah berlarian ke warung Zarahman.
Hari istimewa untuk memesan nasi beriani.
Dan ada temujanji dengan mgr AYU pasal sisa2 kerja.

Tengahari pergi ke masjid untuk solat jumaat berjemaah.
Dengan anak lanang seng ragil.

Usai solat jumaat, terus berlarian ke kedai telco Maxis.
Kerana permohonan untuk tukar telco dari Tunetalk ke TM Unifi ditolak.
Kebetulan kedai telco Maxis bersebelahan dgn TM Unifi.
Dan wak diberitahu ada tunggakan tak berbayar. RM262

Sebenarnya sudah bertahun2 wak tukar telco Maxis.
Ke telco Celcom dan sekarang ke Tunetalk.
Selama ini tiada masalah pun.

Tengah malam pula menonton wayang.
Filem tempatan Malbatt: Misi Bakara 2023. RM20 tiket

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Malbatt Misi Bakara @2023 TGV Toppen

Sep 21, 2023

FOR SOME PEOPLE MONEY IS LIKE FOREIGN FILM WITHOUT SUBTITLES

 

Tasek Curry House @2023

Khamis, 21 September 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke restoran McD depan Lotus's itu.

Pulangnya wak cuba singgah di kedai mamak Tasek Curry House pula.
Terkejut juga bila tengok sudah ada lilitan tali kuning.
Tidak boleh masuk, kata misi di poliklinik Rozikin disebelahnya.
Rupa2nya kedai mamak sudah terbakar semalam.

Tapi jangan risau.
Bukan itu satu2nya kedai mamak disitu.

Movie lalat.
24hours - One Team. One Target. 2011
Matchstick Men 2003 (Dialog: For some people, money is like foreign film without subtitles).
The Trust 2016

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 20, 2023

CARA TUKAR TELCO TAPI KEKALKAN NOMBOR LAMA

Masai sunrise this morning @2023

 

Rabu, 20 September 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Makan lontong kegemaran seperti biasa.

Tengahari berlarian pula ke kedai TM Unifi.
Mahu tukar kad sim Tunetalk yg wak guna sekarang.
Baru sahaja guna sebulan lebih.
TM ada tawaran untuk tukar simkad dgn pakej yg lebih berbaloi.

Kemudian beli piza.

Movie lalat.
Siberian Sniper 2021.
Windtalker 2002.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 19, 2023

BILAKAH MASA YG BETUL UNTUK MINUM AIR TEH BOH KOSONG

Boh Tea (Teh Tawar) @2023

 

Selasa, 19 September 2023.

Tengahari ke Johor Jaya dan Permas Jaya.

Movie lalat.
The Equalizer 3 2023.
Monsters Of Man 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 18, 2023

LONTONG MASAI EARLY IN THE MORNING AND LOOKING FOR SLINGSHOT FOR SCHOOL PROJECT

Masai town this morning @2023

 

Isnin, 18 September 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke warung lontong.
Wak makan lontong seperti biasa.

Malam pula berlarian ke Today's Market.
Mencari lastik (slingshot) di kedai barang2 logam (hardware).
Sebab baru petang tadi anak lanang mahu bawa ke sekolahnya.

Movie lalat.
Alice, Darling 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Lontong Masai, Zarahman @2023
After buying a slingshot and having dinner at EZ Seafood @2023

Sep 17, 2023

NIK MATI RASA UNIK

 

Tea Boba Taufa at Mydin Taman Rinting @2023 Masai

Ahad, 17 September 2023.

Hari ini agak keletihan.
Tidur dan menonton filem sahaja sepanjang hari.

Petang berlarian mahu makan mee rebus Haji Wahid.
Tapi restoran baru sahaja ditutup pintunya.
Jadi wak singgah di medan selera Mydin sahaja.
Wak pesan mee goreng mamak.

Movie lalat.
2001: A Space Odyssey (1968)
2010: The Year We Make Contact (1984)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 16, 2023

BERAPAKAH HARGA KOS RAWATAN EECP

Oakwood Hotel Jalan Ampang @2023

 

Sabtu, 16 September 2023.

Beberapa hari lepas wak dapat panggilan yg tidak dikenali.
Biasalah, panggilan pemeriksaan kesihatan dari klinik swasta.

Mula2 agak cuak juga sebab pemeriksaan percuma.
Mungkin ada udang disebalik mee.

Wak pun layan.

Maksud rawatan EECP.
Apakah itu rawatan EECP? .
EECP Enhanced External Counter Pulsation. .
Merupakan kaedah moden untuk rawatan jantung secara bebas surgeri (Non Invasive) yang berupaya merawat masalah Coronary Artery Disease (Penyumbatan salurah darah di jantung). .
Ia mendapat kelulusan FDA dan MDA (KKM).

Kebaikan EECP. Apakah itu rawatan EECP? . EECP Enhanced External Counter Pulsation. . Merupakan kaedah moden untuk rawatan jantung secara bebas surgeri (Non Invasive) yang berupaya merawat masalah Coronary Artery Disease (Penyumbatan salurah darah di jantung). . Ia mendapat kelulusan FDA dan MDA (KKM).

Kebaikan Heart Bit EECP. 
Membantu mengurangkan simptom Angina dan Sakit Dada.
Menguatkan otot jantung.
Meningkatkan toleransi tenaga semasa berjalan dan bersenam.
Meningkatkan kecerdasan fungsi otak.
Mengurangkan tekanan darah.
EECP meningkatkan pengaliran darah dalam zakar. 

Dipendek cerita.
Pagi tadi wak berlarian ke hotel Oakwood Jalan Ampang.
Daftar dan diberikan ceramah oleh doktor bertugas.
Kemudian diperiksa jari telunjuk dibawah alat mikroskop.
Diberi penerangan tentang penyakit yg dialami.

Petang sudah berlarian ke selatan tanahair.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Traveling from Kg Baru to Kajang @2023
Oakwood Hotel Jalan Ampang @2023
LRT Kampung Baru @2023
RnR Tol Senai @2023

Sep 15, 2023

CARA BETUL RESTORAN NASI AYAM MAFIA BERNIAGA

Nasi Ayam Mafia @2023

 

Jumaat, 15 September 2023.

Tengahari sudah berlarian ke pekan Nilai.
Solat jumaat berjemaah di masjid pekan.
Terlelap di pojok masjid selepas solat.

Kemudian singgah ke restoran ditengah jalan.
Wak pesan nasi ayam penyet dan cendol.
Air suam gratis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi Ayam Mafia @2023
Nasi Ayam Mafia @2023

Sep 14, 2023

WOULD YOU RATHER DRIVING THE FAST ROUTE AND PAY TOLLS

MKN Techzone Embassy @2023

 

Khamis, 14 September 2023.

Hari ini ke kantor potong rumput seperti semalam.
Hari terakhir bertugas kalau mengikut kontrak.

Tengahari keluar bersama bro ASY.
Teringin wak mahu menjamah nasi dagang disitu.
Yakni nasi dagang di restoran Makang.
Tapi kecewa tiada parkir.
Setelah tiga kali terpusing2.

Langsung terus ke mall D'Pulze.
Mgr AYU sertai kami kemudian.
Lepak di Sepiring.

Petang wak berlarian ke mall Wangsa Walk pula.

Balik ikut lebuhraya SUKE dan DUKE.
Tiga kali kanna tol di SUKE highway yg baharu itu.
Menyesal pula tidak ikut lebuhraya MRR2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sepiring at D'Pulze @2023
Sepiring at D'Pulze @2023
MEX highway
SUKE highway @2023
SUKE highway @2023
SUKE highway @2023

Sep 13, 2023

MENCUBA NASI LEMAK MYVI MERAH CYBERJAYA YG BIASA2 AJE

Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023

 

Rabu, 13 September 2023.

Pagi tadi ke kantor potong rumput.
Esok adalah hari terakhir ke kantor mengikut kontrak yg ada.
Sebab hari Jumaat (15hb) adalah hari cuti ganti.
Sempena hari Malaysia yg jatuh pada hari Sabtu.

Sebelum ke kantor singgah mencari nasi lemak viral.
Nasi lemak Myvi Merah di Cyberjaya.
Wak cuba pesan nasi lemak rendang kerang.
Dan juga mee goreng telur goreng.

Bila wak makan di kantor.
Rasanya nasi lemak MakLong di Itik Salai Masthar Bangi itu lebih mancongkam.

Petang hantar cikputih cuci bodi dulu.
Harga masih murah berbanding di pekan Masai atau di pekan Dengkil.

Ooh.
Berita terkini dari Batam.
Ada rusuhan orang2 Melayu. 
Punca dari penjualan tanah orang2 kampung di pulau Rempang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023
Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023
Jalan Aman Car Wash @2023

Sep 12, 2023

I WANT TO BE KILLED BY A HIGH SCHOOL GIRL

 Selasa, 12 September 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak makan nasi lemak sotong.

Movie lalat.
Run All Night 2015.
I Want to Be Killed by a High School Girl 2022.
Headhunters (Norwegian: Hodejegerne)2011.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.