Jun 4, 2022

STUCK IN TOLL PLAZA AND SHE IS 21 NOW

Please proceed to booth no. 14 @2022

 Jumaat, 3 Jun 2022.

Pagi2 sudah berlarian ke Kampung Datuk Keramat.
Ambil anak wedok di rumah sewanya.
Dan terus pulang ke gagang.

Kejadian tidak diingini berlaku juga.
Bila tiba di plaza tol Skudai.
Terhalang kerana kurang baki dalam kad Touch N Go.

Petang berlarian ke restoran sushi di Permas Jaya.
Meraikan harijadi anak wedok.
Restoran sushi yg kekandanya bekerja sekarang.

Masa pembayaran keluar, kekanda berikan diskaun 30 peratus.

Movie lalat.
RRR (Telugu, 2022)
Oscar Nominated Short Films Animation (2022)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 3, 2022

THE MYSTERY OF THE BROKEN BRIDGE

Monorail Suspension Bridge sunset @2022

 Jumaat, 3 Jun 2022.

Petang semalam wak sudah berlarian lagi ke Putrajaya.
Kali terakhir ke jambatan gantung ini tahun lepas.
Beberapa hari sebelum berlepas ke Doha - PAUTAN.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 2, 2022

TOP GUN MAVERICK 2022

GSC Cinema at Alamanda @2022

 Khamis, 2 Jun 2022.

Malam tadi wak sudah berlarian ke Alamanda.
Mahu tonton wayang Tom Cruise.
Sudah lama bebienor tak masuk panggung wayang.

Orang pun tidak ramai.
Bolehlah pilih kerusi dikedudukan yg wak mahu.
Pilih ditepian kaki lima.
Mudah kalau mahu ke bilik air.

Kenangan Top Gun 1986.
Kebetulan wak sedang belajar di amerika.
Wak masih muda belia.
Banyak sangat kebodohan dan kesilapan masa silam.
Jangan dikenang - luka lama berdara kembali.
Luka yg baharu nak letak dimana uoools.

Top Gun Maverick 2022 - selepas 36 tahun.
Movie ditonton dengan puas hati.
Tengah2 movie, sempat juga bersolat maghrib di surau.
Itu yg paling utama sekarang.

Nota lalat.
Tiket wayang untuk dewasa ialah rm12 sahaja.
Berbanding kalau tenok movie di Doha yg mahal 4 kali ganda.
Walaupun harga minyak ron95 kurang lebih sama harganya disana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 1, 2022

JAGUNG REBUS RM2.70

Jagung Bakar rm2.70 @2022

 Rabu, 1 Jun 2022.
Hari Gawai.

Pagi2 wak sudah berlarian mencari nasi lemak Mak Long.
Orang panggil nasi lemak beratur.
Di medan selera Itik Salai Mashtar.
Enak juga.

Kemudian berlarian ke bandar koboi Dengkil.

Ooh.
Semalam petang wak ternampak makcik jual jagung bakar.
Wak beli jagung rebus sapu marjerin.
Sedap juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 31, 2022

CLEAR BLUE SKY THIS MORNING

A clear blue sky in Bandar Baru Ampang @2022

Selasa, 31 Mei 2022.

Cuaca agak nyaman dan cerah pagi ini.
Harap panas hingga ke petang.

Movie lalat.
Father Stu (2022)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 30, 2022

JIKA MENDONGAK BINTANG DI LANGIT, JANGAN LUPA RUMPUT DI BUMI

Nasi Kandar Pelita @2022

 Isnin, 30 Mei 2022.
Lagi 2 hari kontrak bekerja wak di Doha akan tamat.
Harap² disambung sampai hujung bulan Juni, janji Mgr pak DDI. 

Malam tadi wak ada temuduga.
Di restoran nasi kandar Pelita sebelah KLCC sahaja.

Sudah  beberapa kali temuduga dibatalkan.
Jadi, bila sebut ada pertemuan di KLCC wak jadi fobia pula.

"Parkir free wak," kata ejen itu dengan yakin tahap kayangan.

ANTARA ANYER DAN JAKARTA

Kami bincang pasal gaji.
Pasal hardware dan software dan lesen.
Juga pasal lokasi pejabat.
"Wak mukin kena station kat Indon pasni," ejen itu menerangkan.
"Balik Masai tiap 3 purnama," terangnya lagi.
Aduhai.
"Tapi kalo wak nak balik tiap2 pekan pon boleh naik sampan," guraunya juga.
"Company tak bayar, tapii," gelaknya.

Movie lalat.
In The Name of the Father (1993)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 29, 2022

YES, IT GETS CROWDED ON WEEKENDS

Queuing Up Under the sun's heat @2022

 Ahad, 29 Mei 2022.

Tengahari tadi wak sudah berlarian lagi ladang nanas ke Sungai Merab.
Kelmarin wak sampai tapi tidak menjamu selera.

Hari ini, wak pesan lempeng kelapa, telur setengah masak.
Dan teh o panas satu.
Tiada gambiran makanan ya kali ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saudagar Nanas Punya Kebun @2022
Closed on Friday @2022

May 28, 2022

HARAPAN SENTIASA ADA

On the way to MRR2  @2022

 Sabtu, 28 Mei 2022.

Masuk kebun binatang (baca, zoo negara).
Ambil 2 3 gambiran haiwan sudah.

KEMALUAN JUGA AKHIRNYA

Petang sempat wak berlarian  dan limpas pekan Batang Berjuntai.
Teringat kisah benar dulu2.
Ada kawan (perempuan) yg mahu pulang ke kampung.
Dari KL dihantar ke Batang Kali.
"Kedepan lagi," katanya.
Berapa banyak kedepan lah agaknya.
Rupa2nya rumah di Batang Berjuntai.
Harap sekarang kawan (perempuan) itu boleh menyebut nama kampung dengan yakin tanpa kemaluan lagi.
Sebab sudah ditukar nama ke nama yg baharu dan berdaya saing.

Kamus lalat.
Sentiasa - [sen.tia.sa] | سنتياس
Definisi : sepanjang masa, selalu; senantiasa. 

Di Kampung Hulu banyak temu,
     Tumbuh bersepah merata-rata;
Adakah tahu nasib temanmu,
     Sentiasa berendam airnya mata.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid India Muslim Batang Berjuntai (Bestari Jaya) @2022
Burger Stop Sungai Panjang Sungai Besar @2022

May 27, 2022

SCAN JE WAVE JE SELAMAT

Stesen Minyak Petronas Taman Dagang @2022

 Jumaat, 27 Mei 2022.

Hari ini cadang mahu berpuasa ganti.
Sudah bersahur nasi goreng di awal pagi.
Tapi disebabkan kepenatan dan kecelaruan minda.
Sejam lagi waktu maghrib.
Wak terlupa pula sehingga terminum air yakult yg segar dalam peti sejuk.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 26, 2022

UNFINISHED BUSINESS

At the Weld @2022

 Khamis, 26 Mei  2022.

Sebenarnya tugasan kerja potong rumput wak masih belum selesai.
Mgr pak DDI asyik panggil² dari tengah lautan.
Terpaksalah wak cari pelabuhan (baca, port) untuk selesaikan kerja² itu.
Mahu lepak² staycation pun tidak selesa. 

Kamus lalat.
Unfinished business - sesuatu yang perlu ditangani atau diusahakan oleh seseorang; sesuatu yang belum dilakukan, ditangani atau diselesaikan. Contoh ayat: anda dan saya masih mempunyai beberapa urusan yang belum selesai bersama.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 25, 2022

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: BUKIT CEYLON

Reception before 2.40pm @2022

 Rabu,  25  Mei 2022.

Weekday staycation di Kuala Lumpur. 

Kebosanan mencipta kelainan.
Wak mencari-cari penginapan untuk istirehat dari kerja yg tegang lah sangat.
Ceylonz Suites di Bukit Ceylon bersebelahan Bukit Bintang.
Penginapan 4.5 bintang di ibukota. 
Layannnnz.

Apartmen Ceylonz Suites Klcc By G Suites terletak di daerah Bukit Bintang di Kuala Lumpur, 16 km dari lapangan terbang Subang (SZB-Sultan Abdul Aziz Shah).

Kawasan ini terletak 3.4 km dari Taman Tasik Titiwangsa. Penginapan ini berada 1.4 km dari Aquaria KLCC. Ia mengambil masa kira-kira 5 minit berjalan kaki untuk sampai ke Atmosphere 360 ​​Revolving Restaurant dan Pampas Reserve Steakhouse. Kuil Sin Sze Si Ya dan Muzium Negara Malaysia juga boleh dikunjungi dengan pantas dan tuntas.

Semua bilik dilengkapi dengan keselesaan, seperti Wi-Fi percuma, televisyen satelit dan penghawa dingin. Apartmen ini mempunyai dapur mini berserta dengan bantal bulu kapas dan linen yang disediakan di dalam bilik tidur. Untuk keselesaan anda, anda akan mendapati pengering rambut, bidet dan cadar mandi.

Ia menawarkan dapur dengan microwave, cerek elektrik dan mesin cuci pinggan mangkuk. Ia terletak hampir 10 minit berjalan kaki dari stesen bawah tanah Pasar Seni. Iya lah tuh.

Tarikan  utama wak pilih hotel ini adalah kerana untuk mengambil gambar KL Tower dan Petronas Tower dengan berlatar depan swimming pool. Boleh kannnz.

IT'S NOT A HOLIDAY AFTER ALL

Wak belum sempat lagi check-in.
Mgr Pak Didi dari offshore sudah panggil2 suruh buat kerja potong rumput.
"Urgent wak, hari ini harus di bikin," arahnya.

Juga tengahari tadi.
Mgr cik IEN suruh masuk mesyuarat tingkap dengan vendor.
Wak layan sahaja.

Dalam kesibukan tugasan diatas.
Sempat jugalah wak berlarian ke tingkat atasan.
Untuk ambil 2 3 kepingan gambiran sudah.
Walaupun cuaca mendung dan berawan tebal.

Kamus lalat.
Staycation - percutian yang dihabiskan di negara sendiri dan bukannya di luar negara atau di Qatar, atau percutian di rumah dan melibatkan lawatan sehari ke kawasan menarik tempatan. #Harak maklong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

In the morning ...

RUMAH BAHARU BERBALOI TANPA DEPOSIT DI KULAI JOHOR 2025

  Terokai Kulai - Baharu Rumah Teres Setingkat Menarik Betul Harga Bermula Dari RM288K TERES 1 TINGKAT 3 Bilik & 2 Bilik Air Keluasa...