Jan 30, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 8

Sunrise view this morning @2022

Sabtu.
Doha, Qatar.

Hari ini hari ke delapan wak di tengah lautan tanpa tepian.
Sudah seminggu di sini.

WORK WORK WORK
Pagi tadi matsallleh mr JOH ajak wak ke pelantar.
Untuk tunjukkan pipa yg harus ditukar cara pemasangannya.
Selepas itu kena hadiri mesyuarat tingkap dengan klien.

MEETING RAKAN SEKAMPUNG
Semalam di bilik mesyuarat yg sama.
RIS, mamat PTW menyapa wak.
Walaupun selama ini cuma kenal di layar kayangan sahaja.
Dan pagi tadi kenal dengan rakan RIS, si ZAL pula.
Tidak ramai pekerja2 Malaysia terutamanya Melayu di sini.
Pekerja2 Indon ramailah sini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Morning view @2022
Later this evening watching sunset @2022
Later this evening watching sunset @2022
The Flare @2022

Jan 29, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 7

Non-rice breakfast this morning @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Pagi tadi patut jumpa mas ADI.
Tapi beliau ada meeting pula.

CONTROL YOUR DIET
Pasal diet makan.
Wak rasa kena control makan pagi dan malam.
Tengahari sahaja makan nasi.
Pagi dan malam jangan makan nasi.
Kalau tidak mahu berat badan naik lagi 4 kilo seperti sebelum datang ke negeri pasir berdengung ini.

Pasal makan tengahari hari Jumaat.
Ada menu istimewa.
Ada nasi beriyani.
Dan aiskrim ceduk sendiri.

SLEEP WITH SNORER
Seperti biasa wak tidur awal malam tadi, yakni jam 9pm.
Sebelum tengah malam wak terdengar si SAU akhirnya masuk bilik sudah.
Sebenarnya semalam tidak terdengar lagi suara uncle India di bilik sebelah.
Hari ini pun tiada.
Bunyi katak (dengkuran) dikala hujan pun tidak kedengaran.
Tapi bila si SAU masuk ke bilik, bunyi katak pun bermula.
Tak tahulah kalau2 masa wak tidur wak pun mendengkur sama. Huhu.

Movie lalat.
A Beautiful Mind 2001
16 Blocks 2006

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A big yellow structure by the sea @2022
A white sunyolk this evening @2022
Viewing the flare @2022
Too many bathting soaps to play play @2022

Jan 28, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 6

Short video tonight @2022

Khamis.
Doha, Qatar.

Tiada yg menarik hari ini.
Pagi2 tadi pun orang sudah bekejar2an.
Sibuk potong rumput.

GRANDCHILD NUMBER TWO
Semalam wak terima berita dari anak lanang di Sarawak.
Kata cucu wak yg kedua selamat melahirkan diri.
Lahir cara operasi sesar (caesar), yakni proses melahirkan bayi yang dilakukan dengan cara menyayat bahagian perut hingga rahim ibu.  
"Berat baby 2.285kg, baby girl," katanya.
Alhamdulillah.

Movie lalat.
Tankers (Russia) 2018.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Today's lunch at the canteen @2022

Jan 26, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 5

Sunrise this morning @2022

Rabu.
Doha, Qatar.

LAUNDRY CHUTE
Semalam petang sebelum turun ke kantin.
Wak ada tanya mamat India cleaner itu.
Cara dan waktu mahu campak laundry (spender kotor) guna Laundry Chute.

Mamat India cleaner itu pun tunjuklah caranya.
"Kalau wak hantar masa itu (jam 5 petang), tengah malam nanti boleh dapat siap," katanya.

Pagi2 tadi dalam pukul 2am, seperti biasa.
Terbangun untuk solat malam.
Sebelum ke tandas, wak jenguk juga keluar kamar.
Tiada pun pakaian laundry yg dipulangkan seperti mamat India cleaner itu bilang.

Tapi masa solat, wak perasanlah juga ada orang campakkan sesuatu diluar.
Bila wak periksa selepas solat, nampaklah pakaian yg sudah diletakkan di luar.
Di luar kamar orang lain pun sama.

UNSEEN ROOMMATE
Mamat India yg duduk sekamar dengan wak masih tidak kelihatan dari semalam.
Mungkin dia kerja shift malam di platform agaknya.
Wak jenguk2 juga dalam locker dia.
Tapi mungkin juga dia sudah balik ke tanah besar?

Dan pagi tadi usai solat.
Terkebil2 mata wak agak lama - tidak boleh ditidur.
Terkenang2 orang jauh dimata agaknya.
Wak bangun sambung buat kerja potong rumput yg berlambak itu.

COVERALL NOT ALLOWED
Pagi tadi wak sudah hantar lagi pakaian kotor.
Sekali dengan satu2nya seluar panjang yg ada.
Tapi bila mahu ke kantin ada masalah lain pula.
Terpaksa pakai coverall.
Tapi sudah ditegur puak2 chef tadi.
Sebab wak tidak pakai mask.
Dan dihalau keluar kerana pakai coverall.
Tiada pilihan, wak jadikan coverall buka bahagian atas.
Tapi ada matsalleh tegur juga.
Nasiblah labu.

A POTENTIAL ROOMMATE
Pagi tadi bila wak cerita pasal roommate wak yg entah ada atau tidak.
Cleaner itu suruh check dengan radio room.
Bila tanya dengan mamat India radio room.
Memang confirm wak tinggal seorang sekarang.
Jadi kemudian cleaner pun kemas katil dalam bilik.
Kemudian si SAU mamat India logistik itu nak masuk bilik.
Sebab si SAU sekarang tinggal dalam kabin 4 orang.

STAYING FOREVER
Tujuan wak pindah ke platform C ini.
Sebab gantikan sementara si ASM dan si ROH yg pulang kampung.
Si ASM balik hanimun di London jumpa bini baharu.
Lagipun atas arahan bosskur.
Bosskur suruh wak tunggu sini sampai next week -  boleh caya ke?
Bila tanya dengan si ASM, dia pun tak tahu bila nak datang sini lagi.
Si ASM pun tidak pasti samada si ROH bila akan balik sini juga.
Sebab si ROH sedang tunggu bini bersalin di KL.
Aduhai.
Nampaknya kena kelentong dgn bosskur.

Movie lalat.
Budak Kelantan 2008.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 25, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 4

Sunrise this morning @2022

 Selasa.
Doha, Qatar.

WAITING FOR NOTHING
Pagi tadi bangun jam 5.15am.
Rakan sebilik, uncle India AJU yg bagi kain pelikat wak tuari pun sudah bangun.

Usai solat subuh, wak terus pergi kantin, makan breakfast.
DI kantin, jumpa ISH suruh wak sedia jam 6am.
Aiyah.

Wak pun bergegas packing barang2.
Ada beberapa pakaian dan coverall wak tinggal dalam locker kamar.

Jam 6.15am sudah berada di bilik HSE bawah helideck.
ISH suruh tunggu, kata jam 7 pula.

Jam 7am tiada bayang apa2.
Sampai lah jam 9am.

Sebab bot Bourbon SAM sedang naikkan barang2 dan orang2 dari bot ke barge.

Pukul 9.40am baru wak diturunkan ke dalam bot Indon itu.

Perjalananan hampir sejam.
Dalam bot SAM itu kesemuanya pekerja Indon.
TV pun memanjang karaoke dangdut.
Itupun lambat mendekati platform.

Mula2 hantar pekerja ke barge END.
Pastu barulah ke barge FRO.

Pukul 1.15pm juga barulah wak dinaikkan atas barge FRO.

Keadaan sistem atas barge FRO lebih kurang sama dengan barge BUR.
Cuma wak kena hantar pakaian kotor ke Laundry Chute.
Roommate pun orang India.

DONT ASK ABOUT MY WEIGHT
Tadi semasa boring tunggu bot.
Wak try test cuba main2 atas penimbang barang itu.
Wah, berat wak sudah turun 4 kilo dalamasa 4 bulan di Qatar ini.
Berkat makan roti arab seriyal pagi dan petang.
Dan kena demam selesema dua minggu lamanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


I have lost 4 kilo after 4 months living in Qatar @2022
Bukan buat mainan @2022

Jan 24, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 3

This morning dawn @2022

 Isnin.
Doha, Qatar.

Tiada yg menarik hari ini.
Sibuk kerja potong rumput matcham biasa.
Sepatutnya wak kena pindah ke platform C.
Kena tunggu bot pula.

Tadi malam sudah pesan dengan roommate uncle India itu.
Wak nak tinggalkan sedikit barang.
Dia memang tak kisah.

Tapi tadi mamat Logistik, ISH pula kata tidak boleh.
Nampaknya wak kena bawa semua barangan wak ke sana.

Ooh. 
Tadi wak sudah pulangkan laptop kepunyaan klien kepada Ung, mamat Vietnam PTW itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 23, 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 2

Somewhere between Iran and Arab Peninsular this morning @2022

Pagi tadi (5.15am) sarapan awal di kantin.

Banyak kerja harus dibuat hari ini.

Pukul 7.15am ada induction course lagi.
Kali ini AWI yg bagi ceramah pasal keselamatan.

Dalam jam 10am, matsalleh ARL ajak ke platform G.
Sebab nak periksa bumper yg akan di buang.

Pukul 11 lebih makan tengahari.

Pukul 1 lebih wak kena noon nap.
Kalau AWI tahu mesti kena perli nih.

Tapi esok wak kena pergi ke lokasi C pula.
Kena naik bot.
Bosskur sudah bising.
Sepatutnya wak masa sampai terus ke lokasi C.

Ooh. 
Tadi wak dah sound mamat India cleaner itu.
Sebab masuk bilik orang tidak mengetuk pintu.
Dia geleng2 kepala tanda setuju.
Tapi sebelum itu wak ada minta tisu jamban dan tisu kotak.
Dengan segera dia pun membawa tisu datang ke kamar.

Cerita lalat lain.
Sekarang wak kongsi kamar ini dengan uncle dari India beragama Hindu.
Wak tahu sebab ternampak kalendar gambar dewa berkepala gajah tergantung dialmarinya.
Semalam dia benarkan wak guna satu2nya meja dalam kamar.
Sebab kerja dia di pelantar sahaja.
Wak ada beritahu tadi.
Esok wak akan ke lokasi C.
Wak beritahu juga nak tinggalkan beberapa barang.
Dia tak kisah.
Lepas ngobrol2 tadi, tiba2 dia hadiahkan wak kain pelikat India.
"Wak boleh pakai kain ini untuk solat," katanya sambil geleng2 kepala juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

OFFSHORE LIFE 2022 – DAY 1

Pull To Inflate, Heliport Doha @2022

Sabtu.
Doha, Qatar (Offshore).

Maaf ya kawan2 blogger wak yg canggih2 semuanya.
Masih entri 10 hari terkebelakang ya.

Setelah genap 4 bulan memerap didalam apartment sahaja.
Akhirnya hari yg ditunggu2 sudah tiba.
Alon2 angger kelakon.
(Lambat2 asalkan berjaya.)

Pagi wak sudah packing.
Sebab tadi malam, EPH (mamat India Logistik) itu sudah telefon.
Suruh wak bersiap pagi ini jam 10.00am untuk ke offshore.

Sempat lagi wak keluar pergi ke City Center Mall.
Masuk Carrefour beli sabun mandi (rasa menyesal pula beli ikut ckp AWI sebab sudah disediakan.)
Dan beli beberapa helai baju t-shirt souvenir.

Pukul 9.45am, wak sudah hantar beg besar ke tingkat atas.
Beg besar untuk ditinggalkan sementara dalam ofis syarikat.

Wak cuma bawa 2 beg galas (backpack).
Dan 1 beg plastik isi helmet dan baju coverall (rasa menyesal, inipun ikut ckp AWI).

Driver NIS tiba jam 10.25am.
Dia sudah tunggu di receptionist.

Wak sempat serahkan duit sedekah subuh pada mamat Afrika penyambut tetamu dipintu masuk keluar itu.
Sebenarnya wak cari juga pekerja2 buruh diluar masa pergi ke Carrefourtadi.
Tadi tak berjumpa yg berkenan.

Jam 11.00am tiba di Heliport Doha.
Kena buat saringan PCR test dulu.
Keputusan negatif – alhamdulillah.

Jam 12.00am baru masuk dalam balai berlepas heliport.
Sangking ketatnya pemeriksaan keselamatan.
Seperti dalam airport biasa.
Berat beg galas yg dibenarkan pun hanya 15kilo.

Beg plastik yg wak bawa tadi pun tidak dibenarkan.
Nasib baik ada mamat Indon (UDI) baik hati nak tumpangkan helmet dan seluar jeans wak.

Dalam helikopter ini.
Selain wak dengan UDI berdua.
Ada 4 lagi pekerja dari Vietnam.

Sepatutnya naik helikopter jam 1.00pm.
Tapi tangguh 20minit.

Ini adalah pertama kali wak naik helikopter ke offshore.
Rasa teruja juga.
Memang mulus dan tenang sahaja.
Walaupun nampak air laut bergelora.
Lebih nyaman berbanding naik belon (pesawat kapalterbang).

Tiba di pelantar minyak 40minit kemudian.
Ada Safety Induction course.
2 orang mamat Filipin, yakni Safety Officer.
Nasib baik wak sorang sahaja yg ada ambil gambar borang swab test tadi.
Kalau tidak, memang kami kena swab test sekali lagi dgn mamat medic Filipin itu.

Kemudian masalah paling besar berlaku juga.
Wak tidak dapat kecapaian wifi seperti yg disangka.
Mula2 jumpa ISH, dia terus set password wifi.
Tak boleh connect pula.
AWI yg duduk sebelah pun tidak mahu pinjamkan hotspot dia. Huhu.
Siap dia perli, "ooredo wifi aku lagi laju dari ofis punye."
Tapi master LIM sudah melakukan satu tindakan yg diluar kotak.
Master LIM minta alamat address emel wak dan Da Vinci ID.
Secepat kilat wak dapatkan Da Vinci ID dari ISH yg terkial2 tadi.
Dan segera wak serahkan kepada master LIM.
Tak sampai sejam, wak pun sudah boleh guna wifi dengan jayanya.

Blog bukanlahh hakmilik kekal.

Jan 21, 2022

SOLAT JUMAAT KE 14

Mesjid akhaleel Ibraheem @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Rasa sunyi pula bila ramai rakan2 senegara sudah ke tengah lautan.
Yg makin ramai sekarang adalah pekerja2 Indon.

Semalam wak ada telefon EPH (mamat India Logistik) itu.
Dia kata, "tunggu helikopter yg akan datang."

Tadi sebelum pergi ke mesjid untuk solat jemuah.
Wak periksa suhu di luar ialah 16°C, yakni suhu makin sejuk di tengahari.
Angin pun amatlah kuat bertiup, yakni kuat dan kencang.

Dengan keadaan cuaca sebegini.
Mungkin naik bot adalah lebih praktikal.

Nota lalat.
Ini adalah solat jemuah wak terakhir sebelum ke offshore.
Jumpa kawan2 disana. Di sana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 20, 2022

LUSAIL MARINA NEW TRAM

Doha City Center during dawn this morning @2022

Khamis.
Doha, Qatar.

Pagi tadi wak sudah berlarian ke Lusail Marina.
Nak tengok sunrise di menara tanduk Lusail Katara Twin Towers.
Sambil nak try naik tram yg baru dibuka pada 1hb Januari.

Dulu wak pernah jalan kaki dari stesen Legtaifiya ini ke Lusail Marina.

Dari stesen metro DECC, wak turun di stesen Legtaifiya.
Di stesen Legtaifiya ini wak sudah kena buli dengan pakguard Afrika itu.
Sebenarnya boleh sahaja wak keluar dan masuk guna palang exit yg sama.
Disuruhnya wak turun, kemudian naik dan masuk semula di sebelah sana.
Sampai wak tanya mamat India yg jaga stesen dibawah.
Mamat India bawa wak ke tempat pakguard Afrika tadi.
Di suruhnya juga naik dan masuk balik di sebelah sana.
Muka mamat India pekerja stesen itu pun rasa bengang sahaja.
Tidak mengapalah - pertama kali memang selalu kena buli.

Nasib baik naik tram yg baharu ini tidak dikenakan tambang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.