![]() |
| Cyberjaya @2023 MKN Techzone Embassy |
Isnin, 7 Ogos 2023.
Hari ini berlarian ke kantor potong rumput Cyberjaya.
Hafazan lalat.
Surah Al-Jumu'ah, 62 ayat 9-11.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Pasar Borong Kuala Lumpur @2023 |
Ahad, 6 Ogos 2023.
Dapat mesej dari Celcom.
Urusan tukar jaringan sedang dibuat.
Tiba2 tidak boleh capai internet.
Terpaksa guna titikpanas (hotspot) orang lain.
Wak cuba masukkan kad sim Tune Talk yg baharu.
Tapi tidak berjaya.
Cuba hubungi Celcom.
Dan diberitahu urusan tukar jaringan berjaya.
Wak pun cuba sekali lagi tujar kad sim Tune Talk yg baharu.
Dan akhirnya berjaya guna jaringan Tune Talk.
Wak tambah nilai pulsa rm100.
Pilih pakej Bebas 55 prabayar rm68 untuk sebulan.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Wanning Gibbous moon this morning @2023 |
Jumaat, 4 Ogos 2023.
Sejak kebelakangan ini.
Wak rasa biasa2 sahaja guna talian Celcom.
Tapi kelmarin rakan sekerja, bro RAZ beritahu dia sudah guna talian Tune Talk.
Unlimited internet, sebulan cuma bayar rm55 sahaja.
Walawehh .. membuatkan wak teruja mahu tukar sampan.
Sekarang ini, talian Celcom:
Bulanan = rm104.75
Ada kontrak sehingga 12 Mei 2024 = 10 bulan lagi.
Denda tamatkan kontrak = rm229.17.
Petang tadi sudah berlarian ke Celcom Cube Alamanda.
Cik penyambut tetamu beritahu kalau mahu tamatkan kontrak.
Wak harus bayar rm350 gitu.
Dan kiosk Tune Talk berdekatan ada di D'Pulze mall.
Movie lalat.
The Firm 1993 (Tom Cruise)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid Raja Fi Sabilillah Cyberjaya @2023 |
![]() |
| Alamanda Shopping Center @2023 |
![]() |
| Entering D'Pulze Mall @2023 Cyberjaya |
Rabu, 2 Ogos 2023.
Hari ini berlarian ke kantor potong rumput.
Hingga ke petang.
Sore pula singgah di D'Pulze mall.
Beli kasut ganti kasut lama yg sudah rosak.
Biasa wak beli sepatu Kalenji saiz 42.
Tapi kali ini macam sempit pula.
Movie lalat.
Salt 2010.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Buying the right walking shoe at Decathlon @2023 |
![]() |
| Pekan Masai @2023 |
Selasa, 1 Ogos 2023.
Sepatutnya wak naik bas ekspres semalam petang jam 4.30pm.
Tapi kerana desakan kerja potong rumput. Terpaksa ditunda ke malam pula.
Sampai di TBS pun sudah jam 3.25am pagi.
Tiba2 susah mahu pesan Grabcar.
Tidak boleh bayar tunai.
Tidak boleh transaksi kad bank atau Maybank2u.
Aiyah.
Pasang apps Airasia Go pun sama.
Terpusing2 logonya.
Akhirnya kena pasang semula apps Indriver (ID).
Senang sahaja.
Ooh.
Pagi tadi juga sempat ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak pesan nasi lemak kerang seperti biasa kalau kemari.
Sambil layan dengar borak2 pakcik2 geng surau.
Pasal tanah lot.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Near Ulu Padang Keladi, Kesang Melaka @2023 |
![]() |
| Fullmoon on the Plus highway @2023 |
![]() |
| Ayer Panas Melaka @2023 Rnr Kampung Bemban |
![]() |
| From left: Grabcar, Airasia Go, InDriver apps @2023 |
![]() |
| Nasi lemak kerang, Itik Salai Masthar @2023 Bangi |
Selasa, 1 Ogos 2023.
Selepas setahun bertugas potong rumput di negara jiran, Indonesia.
Terimakasih kepada rakan2 yg sering mengikuti blog merapu wak ini.
Sampai disini sahaja cerita wak.
Semoga berjumpa di lain masa dan ketika.
Harap2 bukan dilain blog. Hehe.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| This is The End @2023 |
![]() |
| Jalan Permas 1/1 @2023 |
Ahad, 30 Julai 2023.
Tengahari cuaca agak panas berdeting
Cuma sempat berlarian ke Permas Jaya.
Beli 2 keping martabak manis (apam balik). RM4 x 2
Dulu sekeping RM3.50.
Dari zaman rm1.50 sekeping 20 tahun yg lampau.
Dan sempat cuci cik maibee, luar dan dalam.
Harga cucian snow wash ialah RM12.
Wak pernah cuba martabak manis di Jakarta.
Tebal dan manis sangat.
Sembang lalat.
Wak: Dah lama ke pakcik jualan kt sini?
Pakcik apam balik: Dah lebih 30 tahun wak..
Pakcik apam balik: sejak kedai eskem Magnum dari balik nun disana sampai naik keatas nih.
Movie lalat.
365 Days 2020 (18SX)
A Man Called Otto 2022
War of the Worlds 2005
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| This is Apam Balik Malaysia @2023 |
![]() |
| Laundry Taman Cendana @2023 Pasir Gudang, Johor |
Sabtu, 29 Julai 2023.
Sememangnya tiada swalayan laundry di Indonesia, yakni di Jakarta atau di Batam.
Jadi pagi tadi wak sudah berlarian ke kedai laundry Taman Cendana.
Basuh baju2 dan celana2 kotor.
Tukar duit siling. RM20
Beli sabun pencuci. RM1.50
Beli pewangi dan pelembut Softlan. RM1.50
Masukkan pakaian kotor ke dalam mesin pencuci 9kg.
Tuang sabun pencuci.
Tuang pewangi dan pelembut.
Masukkan rm5.
Tunggu 24 minit.
Sempat ke kedai mamak Nur Azwa.
Makan roti telur kuah kari.
Tukar pakaian yg sudah dicuci.
Ke mesin pengering pula.
Masukkan rm4.
Tunggu 24 minit lagi.
Movie lalat.
Blackberry 2023.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Jalan Masai Lama @2023 |