Rabu, 26 November 2025. Part II.
Sebenarnya sudah lama wak mahu kongsi.
Pasal harga parking dan tiket feri ke Pulau Pangkor.
Samada ikut Jeti Lumut atau Jeti Marina Island.
Jika korang hendak bercuti ke Pulau Pangkor.
Korang kena baca ni untuk perjalanan korang ke sana.
Untuk ke Pulau Pangkor, korang boleh pergi dengan menggunakan pengangkutan air sahaja.
Sebelum ini ada penerbangan ke sana.
Tapi sekarang ni sudah tidak ada.
Airport sahaja yg ada.
Ada 2 Jeti Feri untuk ke Pulau Pangkor.
Jeti Pekan Lumut & Jeti Marina Island di Teluk Muroh.
Jika korang ingin cepat sampai ke Jeti Pulau Pangkor.
Wak sarankan naik feri dari Terminal Feri Marina Island.
Tapi ada pengerasnya.
Jika korang tidak kisah dengan kekangan masa & ingin santai2 di atas feri.
Korang boleh naik feri di Pekan Lumut.
Masa perjalanan menaiki feri dari Marina Island hanya 10 - 15 minit sahaja.
Manakala dari Jeti Lumut lebih kurang 40 - 45 minit.
Jika korang menaiki feri dari Pekan Lumut
Korang akan melalui Jeti TLDM.
Boleh ler nampak kapal2 perang yg wak tengah repair disitu.
Jika korang naik dari Marina Island.
Dari situ korang sudah boleh nampak Pulau Pangkor di depan mata.
Sebab itulah perjalanannya singkat.
Harga tiket feri hanya rm10 untuk dewasa & rm5.50 untuk kanak2.
Harga di kedua-dua jeti sama sahaja.
Tiket ni perjalanan untuk pergi dan balik.
Boleh beli secara online atau di loket (kaunter).
Jaga tiket tu elok-elok.
Jangan kasi hilang tau!
Nanti tidak pasal-pasal kena beli tiket lagi masa nak balik.
Parking kereta ada banyak di kedua2 lokasi jeti.
Anda tak perlu risau tentang ketiadaan tempat untuk letak kereta anda.
Cuma anda kena lebihkan duit sedikit untuk parking di Marina sebab kawasan ini adalah "private" & dikawal pihak pengurusan Marina Island.
Harga parking di Marina adalah rm23 sehari.
Manakala parking di Lumut adalah rm15 sehari.
Parking di Jeti Lumut adalah terbuka.
Sama ada ruang parking petak tepi jalan.
Kupon harian boleh didapati di kedai cenderahati di Lumut.
Atau guna apps parking.
Dan juga parking bertingkat MPM (berbumbung).
Hati-hati parking di tepi Jalan. Sebab tiada free parking pada hari cuti.
Yang bestnya kalau naik di Jeti Pekan Lumut tu.
Kalau terlepas nak beli souvenir atau ikan bilis.
Boleh jer beli di depan Terminal Jeti Lumut tu.
Ada bazar untuk beli hasil laut dari Pangkor kat situ.
Nak beli t-shirt Pangkor pun boleh.
Di Terminal Feri Marina Island ada juga kedai souvenir.
Tapi di Pekan Lumut lagi meriah & ada banyak kedai & pilihan.
Satu lagi, pasal cukai, yakni tax free hanya dpt kelepasan selepas 24 jam menetap dalam pulau. Kalau balik hari yg sama, kena tax 10%.
Wak harap tips ini boleh membantu serba sedikit perancangan korang untuk bercuti ke Pulau Pangkor
Majulah Sukan untuk Negara.


Terima kasih wak share infonya. Senang nak rancang bercuti ke sana. Belum pernah jejak lagi Pulau Pangkor ni. Naik dari Marina tu macam best sebab tak lama. cepat sikit sampai cuma kosnya lah lebih sikit. Syok wak dok sini banyak dapat ambil gambar cantik-cantik.
ReplyDeleteterima kasih wak...lama tak ke pangkor, last tahun 2014... linda tak tahu pun ada perkhidmatan kapal terbang ke Pangkor..
ReplyDeletekalau pergi hari cuti, jenuh musing cari parkir dekat Pekan Lumut tu
Lengkap infonya, terima kasih wak
ReplyDeleteWaaah makasih infonya Wak. Memang teringin ke pulau pangkor, sering baca ttg pulau ini. Jadi airport ya masih ada, tp maskapai dah tak ada terbang kesana yaaa.
ReplyDeleteTapi kalau naik Ferry pun menarik juga. Bisa lihat laut selama perjalanan