Nov 1, 2025

ALLAH TERUSKAN UNTUK ILHAMKAN BARANG TU BERADA BILA HATI DAH TENANG


This is a macro photograph of a grasshopper, likely a nymph, or a juvenile grasshopper. @2025


Jumaat, 31 Oktober 2025.
Entri kelam kabut.

Pagi tadi agak panik.
Sebab terlupa dimana wak letak kunci cikputih.
Walaupun cikputih makin sakit sekarang

Cari disetiap penjuru kamar hotel.
Tidak berjumpa.

Tergesa2 turun ke kedai mamak di sebelah hotel.
Sebab semalam wak ada lepak mengeteh disitu sebentar.
Sampai tanya mamat indon yg kerja disitu.
Rupanya dia shift pagi.
Rakan sekerja shift malam sudah pulang.
Tiada tanda2 mereka tinggalkan kunci yg tertinggal.

Beritahu bro Wan.
Sebelum tumpang motorsikal ke tempat kerja.
Tercari2 lagi dipadang penuh belalang.
Masih tidak berjumpa.

Naik motorsikal bro Wan.
Singgah di tempat sarapan yg biasa.
Di tepi masjid Teluk Muroh.

Tiba2 baru wak teringat.
Biasa wak selitkan ditepi beg belakang yg wak sedang galas ini.

Bila wak tengok – memang ada.
Alhamdulillah.
Tidak sempat baca yasin ayat 9.

Kadang2 barang hilang bukan kerana tiada.
Tapi sebab kita dalam keadaan tergesa dan fikiran berserabut.

Kalau berlaku lagi nanti.
Tarik nafas dulu, jangan panik.
Memang otak manusia bila gelabah.
Memori jangka pendek akan “blur” sekejap.

Malam sudah naik bas.
Pulang ke selatan tanahair.

Movie lalat. The Killing of the Sacred Deer 2017

Blog bukanlah hakmilik kekal.


A tawny coster (left) & a lady beetle (right) @2025


My cikputih key making a drama this morning @2025




A half moon this evening @2025



6 comments:

  1. Alhamdulillah bolehlah balik ke Selatan dgn jiwa yang tenang kan Wak :D

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah jumpa.

    kalau saya pula, biasanya hilang kerana saya tak simpan ditempat yang kebiasaan saya simpan

    ReplyDelete
  3. Fuhh...mujurlah wak ingat dan ada kuncinya tepi beg tu. Risau kita kalau kunci kete hilang.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

DALAM DEMAM KU GAGAHI KE PANTAI REMIS, PANTAI SEGARI DAN TELUK SENANGIN

  A hawksbill sea turtle (Eretmochelys imbricata). Pusat Konservasi Penyu Segari, Lumut Perak @2025 Sabtu 6 Disember 2025. Part II. Pagi tad...