PLEASE BE CONSIDERATE Pasal roommate baru ni yg buat wak bengang. Pasal mendengkur tu memang masalah antarabangsa kann. Satu lagi pasal si SAU set alarm clock dia jam 4.00am. Tapi masalahnya problem sebab bukan dia bangun pun. Wak pula yg jadi terkebil2 takleh tidur. Nantilah wak sound dia.
FAST ONLINE DELIVERY Kelmarin, yakni 2 hari lepas. Wak ada pesan henfon murahan atas talian (shopee). Bila sudah buat bayaran, ada pemberitahuan henfon akan dihantar bermula 10hb Februari. Lebih kurang 2 minggu lama juga, tapi mungkin disebabkan raya cina. Wak tidak kisah pun. Tapi pagi2 tadi, ada panggilan yg tidak dikenali masuk. Kebetulan henfon cap aiyam wak ini dalam mod senyap. Nasib baik juga wak terbangun tadi gara2 bunyi alarm clock si SAU. Kali kedua panggilan baru wak angkat. Sekarang ini wak tak angkat kalau panggilan dari Malaysia. Sebab kasihan dengan sipemanggil yg dikenakan caj mahal. Bila wak angkat, budak GDEX yg panggil. Katanya ada penghantaran. Wak suruh tinggalkan sahaja di pondok pakguard didepan itu. Tapi budak GDEX bilang dia tak berani sebab sebuah henfon (walaupun murahan.) Wahh, baik hati dan amanah juga budak GDEX ini ya.
Movie lalat (tak sepenuhnya, sebab dari OSN movies dalam kabin). Jobs 2013 Titanic 1997
Hari ini hari ke delapan wak di tengah lautan tanpa tepian. Sudah seminggu di sini.
WORK WORK WORK Pagi tadi matsallleh mr JOH ajak wak ke pelantar. Untuk tunjukkan pipa yg harus ditukar cara pemasangannya. Selepas itu kena hadiri mesyuarat tingkap dengan klien.
MEETING RAKAN SEKAMPUNG Semalam di bilik mesyuarat yg sama. RIS, mamat PTW menyapa wak. Walaupun selama ini cuma kenal di layar kayangan sahaja. Dan pagi tadi kenal dengan rakan RIS, si ZAL pula. Tidak ramai pekerja2 Malaysia terutamanya Melayu di sini. Pekerja2 Indon ramailah sini.
Pagi tadi patut jumpa mas ADI. Tapi beliau ada meeting pula.
CONTROL YOUR DIET Pasal diet makan. Wak rasa kena control makan pagi dan malam. Tengahari sahaja makan nasi. Pagi dan malam jangan makan nasi. Kalau tidak mahu berat badan naik lagi 4 kilo seperti sebelum datang ke negeri pasir berdengung ini.
Pasal makan tengahari hari Jumaat. Ada menu istimewa. Ada nasi beriyani. Dan aiskrim ceduk sendiri.
SLEEP WITH SNORER Seperti biasa wak tidur awal malam tadi, yakni jam 9pm. Sebelum tengah malam wak terdengar si SAU akhirnya masuk bilik sudah. Sebenarnya semalam tidak terdengar lagi suara uncle India di bilik sebelah. Hari ini pun tiada. Bunyi katak (dengkuran) dikala hujan pun tidak kedengaran. Tapi bila si SAU masuk ke bilik, bunyi katak pun bermula. Tak tahulah kalau2 masa wak tidur wak pun mendengkur sama. Huhu.
Tiada yg menarik hari ini. Pagi2 tadi pun orang sudah bekejar2an. Sibuk potong rumput.
GRANDCHILD NUMBER TWO Semalam wak terima berita dari anak lanang di Sarawak. Kata cucu wak yg kedua selamat melahirkan diri. Lahir cara operasi sesar (caesar), yakni proses melahirkan bayi yang dilakukan dengan cara menyayat bahagian perut hingga rahim ibu. "Berat baby 2.285kg, baby girl," katanya. Alhamdulillah.
LAUNDRY CHUTE Semalam petang sebelum turun ke kantin. Wak ada tanya mamat India cleaner itu. Cara dan waktu mahu campak laundry (spender kotor) guna Laundry Chute.
WAITING FOR NOTHING Pagi tadi bangun jam 5.15am. Rakan sebilik, uncle India AJU yg bagi kain pelikat wak tuari pun sudah bangun.
Usai solat subuh, wak terus pergi kantin, makan breakfast. DI kantin, jumpa ISH suruh wak sedia jam 6am. Aiyah.
Wak pun bergegas packing barang2. Ada beberapa pakaian dan coverall wak tinggal dalam locker kamar.
Jam 6.15am sudah berada di bilik HSE bawah helideck. ISH suruh tunggu, kata jam 7 pula.
Jam 7am tiada bayang apa2. Sampai lah jam 9am.
Sebab bot Bourbon SAM sedang naikkan barang2 dan orang2 dari bot ke barge.
Pukul 9.40am baru wak diturunkan ke dalam bot Indon itu.
Perjalananan hampir sejam. Dalam bot SAM itu kesemuanya pekerja Indon. TV pun memanjang karaoke dangdut. Itupun lambat mendekati platform.
Mula2 hantar pekerja ke barge END. Pastu barulah ke barge FRO.
Pukul 1.15pm juga barulah wak dinaikkan atas barge FRO.
Keadaan sistem atas barge FRO lebih kurang sama dengan barge BUR. Cuma wak kena hantar pakaian kotor ke Laundry Chute. Roommate pun orang India.
DONT ASK ABOUT MY WEIGHT Tadi semasa boring tunggu bot. Wak try test cuba main2 atas penimbang barang itu. Wah, berat wak sudah turun 4 kilo dalamasa 4 bulan di Qatar ini. Berkat makan roti arab seriyal pagi dan petang. Dan kena demam selesema dua minggu lamanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
I have lost 4 kilo after 4 months living in Qatar @2022
Maaf ya kawan2 blogger wak yg canggih2 semuanya. Masih entri 10 hari terkebelakang ya.
Setelah genap 4 bulan memerap didalam apartment sahaja. Akhirnya hari yg ditunggu2 sudah tiba. Alon2 angger kelakon. (Lambat2 asalkan berjaya.)
Pagi wak sudah packing. Sebab tadi malam, EPH (mamat India Logistik) itu sudah telefon. Suruh wak bersiap pagi ini jam 10.00am untuk ke offshore.
Sempat lagi wak keluar pergi ke City Center Mall. Masuk Carrefour beli sabun mandi (rasa menyesal pula beli ikut ckp AWI sebab sudah disediakan.) Dan beli beberapa helai baju t-shirt souvenir.
Pukul 9.45am, wak sudah hantar beg besar ke tingkat atas. Beg besar untuk ditinggalkan sementara dalam ofis syarikat.
Wak cuma bawa 2 beg galas (backpack). Dan 1 beg plastik isi helmet dan baju coverall (rasa menyesal, inipun ikut ckp AWI).
Driver NIS tiba jam 10.25am. Dia sudah tunggu di receptionist.
Wak sempat serahkan duit sedekah subuh pada mamat Afrika penyambut tetamu dipintu masuk keluar itu. Sebenarnya wak cari juga pekerja2 buruh diluar masa pergi ke Carrefourtadi. Tadi tak berjumpa yg berkenan.
Jam 11.00am tiba di Heliport Doha. Kena buat saringan PCR test dulu. Keputusan negatif – alhamdulillah.
Jam 12.00am baru masuk dalam balai berlepas heliport. Sangking ketatnya pemeriksaan keselamatan. Seperti dalam airport biasa. Berat beg galas yg dibenarkan pun hanya 15kilo.
Beg plastik yg wak bawa tadi pun tidak dibenarkan. Nasib baik ada mamat Indon (UDI) baik hati nak tumpangkan helmet dan seluar jeans wak.
Dalam helikopter ini. Selain wak dengan UDI berdua. Ada 4 lagi pekerja dari Vietnam.
Sepatutnya naik helikopter jam 1.00pm. Tapi tangguh 20minit.
Ini adalah pertama kali wak naik helikopter ke offshore. Rasa teruja juga. Memang mulus dan tenang sahaja. Walaupun nampak air laut bergelora. Lebih nyaman berbanding naik belon (pesawat kapalterbang).
Tiba di pelantar minyak 40minit kemudian. Ada Safety Induction course. 2 orang mamat Filipin, yakni Safety Officer. Nasib baik wak sorang sahaja yg ada ambil gambar borang swab test tadi. Kalau tidak, memang kami kena swab test sekali lagi dgn mamat medic Filipin itu.
Kemudian masalah paling besar berlaku juga. Wak tidak dapat kecapaian wifi seperti yg disangka. Mula2 jumpa ISH, dia terus set password wifi. Tak boleh connect pula. AWI yg duduk sebelah pun tidak mahu pinjamkan hotspot dia. Huhu. Siap dia perli, "ooredo wifi aku lagi laju dari ofis punye." Tapi master LIM sudah melakukan satu tindakan yg diluar kotak. Master LIM minta alamat address emel wak dan Da Vinci ID. Secepat kilat wak dapatkan Da Vinci ID dari ISH yg terkial2 tadi. Dan segera wak serahkan kepada master LIM. Tak sampai sejam, wak pun sudah boleh guna wifi dengan jayanya.
Rasa sunyi pula bila ramai rakan2 senegara sudah ke tengah lautan. Yg makin ramai sekarang adalah pekerja2 Indon.
Semalam wak ada telefon EPH (mamat India Logistik) itu. Dia kata, "tunggu helikopter yg akan datang."
Tadi sebelum pergi ke mesjid untuk solat jemuah. Wak periksa suhu di luar ialah 16°C, yakni suhu makin sejuk di tengahari. Angin pun amatlah kuat bertiup, yakni kuat dan kencang.
Dengan keadaan cuaca sebegini. Mungkin naik bot adalah lebih praktikal.
Nota lalat. Ini adalah solat jemuah wak terakhir sebelum ke offshore. Jumpa kawan2 disana. Di sana.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke Lusail Marina. Nak tengok sunrise di menara tanduk Lusail Katara Twin Towers. Sambil nak try naik tram yg baru dibuka pada 1hb Januari.
Pagi tadi wak berlarian ke City Center Mall. Beli muffin sausage with eggs di Mekdi.
Selepas itu, wak masuk ke Carrefour yg baru dibuka. Beli 2 botol besar air mineral, buah limau dan pisang. Dan roti arab seriyal (5 keping). Susu (low fat) dan air tin Mountain Dew.
Ooh. Terlupa hari ini hari Rabu. Hari awek2 Filipin masuk cuci dan kemas bilik apartment.
Ini adalah entri 10 hari terkebelakang ya kawan2. Jangan cakap wak TAK bagitau.
Semalam wak sudah tanya pada EPH si mamat India Logistik itu. Samada wak boleh berangkat ke offshore esok, yakni hari ini. Sampai sekarang (sudah 24 jam) pun EPH masih senyap. Yo wes lah.
Ooh. Tadi wak order nasi goreng ayam. Tidaklah sesedap mana. Seperti biasa makan separuh untuk esok. Disebabkan itu, tiba2 wak teringin nak makan nasi goreng kampung pula.
Cerita lalat lain. Pasal RFID dan kad Touch and Go yg sedang heboh sekarang di tanahair. Ada rakan FB update status dia, begini.
RFID vs T&G Semalam driving di KL mengunakan RFIDyg aku dah guna di JB selama hampir 2 tahun memang mantap dan selamat. Tiada kes tersangkut dan tak perlu beratur panjang...Aku dulu beli di Petron Pasir Gudang dan pasang sendiri di cermin depan sebab malas nak beratur guna T&G di Tol Desaru dan bersaing dgn lori dan petang bila waktu puncak ramai balik dari resort Desaru dan Rapid Pengerang. Pada masa tu tak ramai yg guna RFID so lorong tu memang tiada kenderaan..Apa2 pun kad T & G sentiasa ada untuk back up. Bagi aku lebih mudah guna RFIDni sebab aku boleh check balance dlm E Wallet dan top up siap2 pastikan duit cukup untuk Toll etc. sebelum perjalanan. Tapi saya hairan kenapa Malaysia tidak guna sistem ERP ( Electronic Road Pricing) macam Singapore...cuma scan dari gantri palang atas. Tak perlu bangunan,palang dan kakitangan boleh di minimakan jimat kos. Malaysia ni ketinggalan dlm sistem ... harap bangunan jer tinggi... tapi benda2 dibawah banyak yg tak settle...
Jadi wak letak commentlah begini.
Biasalah kita kagum dgn negara yg lebih maju dgn kita, begitulah juga org indon kagum dgn sistem TNG kita dan mereka pelik sbb motor bisa masuk hiway #DontLookUp
Tak sampai 5 minit, mesej wak kena banned. Hahaha. Wak sengaja letak sini untuk kenangan sahaja. Harap tuan punya post FB diatas tidak baca blog merapu wak ini. ;p
Sambil itu. Untuk Unknown (silent reader) - terimakasih daun keladi. ;p Lain kali jangan buat lagi .. taww
Hari ini suasana cuaca diluar agak muram. Wak pun rasa merundum sahaja sebab pembatalan keberangkatan ke tengah lautan.
Tengahari, EPH (mamat India Logistik) itu sudah suruh buat ujian Golden Rules. Ujian Safety HSE online yg harus mendapat markah 100 peratus.
Setelah melayani slides online. Wak pun terus buat ujian.
Pertama - 95% Kedua - 90% Ketiga - 90% Keempat - 95% Aiyah!
Wak sudah rasa putus asa. AWI suruh wak hubungi cewek LLA (Safety admin) itu. LLA kata dia boleh bantu. Wak kata wak akan cuba sekali lagi. Kalau tak berjaya, wak baru suruh saja LLA yg buatkan.
Kelima - 100% Alhamdulillah, kata LLA.
Usai buat ujian, wak dapat sijil online. Wak pun serahkan pada EPH.
Usai solat asar, wak terus berlarian ke Souq Waqif. Tujuan untuk tangkap gambiran sunset.
Pulang dari Souq Waqif tadi. Wak terus masuk City Center Mall. Mula2 wak nak makan burger mekdi sahaja. Kemudian terasa nak makan ayam kepci pula. Last2 wak masuk restoran Steakhouse itu. Wak order Outback Special sirloin sudah. Bila awek Filipin itu tanya pasal air minuman dan mushroom sauce. Wak katakan tak payah - sebab air tin Mountain Dew kat Carrefour cuma 2 riyal. Berbanding air tin dalam restoran berharga 14 riyal!