![]() |
| Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO) @2023 |
Sabtu, 30 September 2023.
Petang sudah berlarian ke pantai BNO (Bagan Nakhoda Omar).
Tapi mee udang special habis.
Terpaksa pesan mee udang biasa. RM12
![]() |
| This table top is actually a rubber carpet @2023 |
Jumaat, 29 September 2023.
Pagi tadi wak berlarian ke kedai restoran Melayu Bukit Indah itu.
Mula2 mahu makan mee atau mee hoon goreng.
Tapi tidak kelihatan pula.
Jadi wak pesan roti telur dan roti kosong.
Tapi mamat roti itu berkata tiada telur.
Yo wes, wak pesan roti kosong sahaja - 2 keping.
Dan wak pesan teh o panas kurang manis.
Dan telur setengah masak di gerai satu lagi.
Dipendek cerita.
Adalah abam ni duduk di meja bersebelahan.
Dan wak tengok dia makan roti telur pula.
Ehh, tadi mamat itu kata takde telur.
Mungkin bekalan telur baru sampai kepangkuan.
Aiyah.
Nota harga lalat.
Roti kosong Madani tahun 2023 = rm1.30 sekeping.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| D'Laila Corner Bukit Indah @2023 |
Khamis, 28 September 2023.
Tengahari sudah berlarian ke Kuantan, Pahang.
Keadaan trafik yg macet di plaza tol Gombak.
Kemudian mulus sehingga jalan susur keluar di Gambang.
![]() |
| Dunia Auto Restaurant Pandan Cahaya @2023 |
Rabu, 27 September 2023.
Pagi ke bengkel kereta di Pandan Cahaya.
Movie lalat.
Kartini: Princess of Java 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Dunia Auto at Pandan Cahaya @2023 |
![]() |
| Dunia Auto at Pandan Cahaya @2023 |
![]() |
| Pedestrian flyover at Ampang Point @2023 |
Selasa, 26 September 2023.
Malam ke Desa Pandan.
Jalan pintas ke Jalan Ampang berdekatan Great Eastern mall pun sudah dibuka.
Tapi wak kebablasan juga.
Movie lalat.
Band of Brothers 2001
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Netflix is temporarily down @2023 |
Isnin, 25 September 2023.
Seharian menonton wayang di Netflix.
Baru satu episod boleh pula terbeku siaran internet.
Terpaksa tutup dan hidupkan semula.
Movie lalat.
The Pacific (mini series): Episodes 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10 (2010)
Broken Bad Episode 1 only. 2008
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Kedai mamak KS Maju at Taman Sungai Besi Indah @2023 |
Ahad, 24 September 2023.
Petang sudah berlarian ke Taman Sungai Besi Indah.
Berdekatan pusat beli belah The Mines.
Lepak2 di kedai mamak.
Belasah roti kosong dengan 2 telur setengah masak.
Tiba2 tertancap mata wak tengok dalam peti sejuk.
Ada air tin Geng Skyfruit yg berkuasa tinggi itu.
Tapi wak tidak beli.
Letak sini untuk rujukan masa depan.
Link di Zenith Corporate Park.
Link di Petron Dengkil hala selatan.
Movie lalat.
Spider-Man: Into the Spider-Verse 2018.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Kedai mamak KS Maju at Taman Sungai Besi Indah @2023 |
![]() |
| Jalan Dato Bandar Seremban @2023 |
Sabtu, 23 September 2023.
Tengahari sudah tiba di Terminal 1 Seremban.
Silap wak parkir diluar tempat parkir kereta.
Cikputih pun kanna saman.
Yo wes lah.
TONG GAS 15.8KG
Petang sudah berlarian ke kedai runcit Aceh.
Mahu tukar tong gas yg baharu, yakni 15.8kg.
Tapi mamat aceh kata tiada stok.
Yg ada cuma tong gas besar, yakni 16.5kg.
Mamat aceh kata takleh tukar kerana tong gas yg lain saiz.
Kalau mahu tukar kena tambah RM10.
Aiyah.
Wak pun makan nasi putih, paprik campur dan telur dadar dahulu.
Kemudian baru nampak lori tong gas baru tiba dan punggah tong gas yg baharu.
Jadi kemudian bila wak tanya lagi.
Boleh pula tukar dengan tong gas yg sama saiz, yakni 15.8kg tadi. RM25
Unrelated link: Ramai tak tahu ini harga Gas yg ditetapkan KPDHEP
DILEMMA PAK IMAM SENGAU
Malam tadi semasa solat Isyak.
Wak dengar qamat sudah dilaungkan.
Wak pun turun ke surau.
Terserempak dengan pak imam sengau.
Dalam surau sudah bermula solat berjemaah.
Dengan abam imam yg pertama wak nampak.
Tapi pak imam sengau seperti tak puas hati.
Dipanggilnya budak Syria yg qamat tadi.
Dimarahi budak itu kerana qamat tanpa imam yg sah (dia lah).
Wak sertai solat berjemaah.
Usai solat Isyak berjemaah.
Dipanggil lagi seorang budak tempatan juga.
Pasal qamat tanpa kehadirannya.
Dan kemudian dia berbincang dengan imam yg tadi.
Wak tak mahu libatkan diri.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Tong Gas 15.8kg @2023 |
![]() |
| Greens @2023 |
Jumaat, 22 September 2023.
Jam 10 pagi sudah berlarian ke warung Zarahman.
Hari istimewa untuk memesan nasi beriani.
Dan ada temujanji dengan mgr AYU pasal sisa2 kerja.
Tengahari pergi ke masjid untuk solat jumaat berjemaah.
Dengan anak lanang seng ragil.
Usai solat jumaat, terus berlarian ke kedai telco Maxis.
Kerana permohonan untuk tukar telco dari Tunetalk ke TM Unifi ditolak.
Kebetulan kedai telco Maxis bersebelahan dgn TM Unifi.
Dan wak diberitahu ada tunggakan tak berbayar. RM262
Sebenarnya sudah bertahun2 wak tukar telco Maxis.
Ke telco Celcom dan sekarang ke Tunetalk.
Selama ini tiada masalah pun.
Tengah malam pula menonton wayang.
Filem tempatan Malbatt: Misi Bakara 2023. RM20 tiket
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Malbatt Misi Bakara @2023 TGV Toppen |
![]() |
| Tasek Curry House @2023 |
Khamis, 21 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke restoran McD depan Lotus's itu.
Pulangnya wak cuba singgah di kedai mamak Tasek Curry House pula.
Terkejut juga bila tengok sudah ada lilitan tali kuning.
Tidak boleh masuk, kata misi di poliklinik Rozikin disebelahnya.
Rupa2nya kedai mamak sudah terbakar semalam.
Tapi jangan risau.
Bukan itu satu2nya kedai mamak disitu.
Movie lalat.
24hours - One Team. One Target. 2011
Matchstick Men 2003 (Dialog: For some people, money is like foreign film without subtitles).
The Trust 2016
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masai sunrise this morning @2023 |
Rabu, 20 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke pekan koboi Masai.
Makan lontong kegemaran seperti biasa.
Tengahari berlarian pula ke kedai TM Unifi.
Mahu tukar kad sim Tunetalk yg wak guna sekarang.
Baru sahaja guna sebulan lebih.
TM ada tawaran untuk tukar simkad dgn pakej yg lebih berbaloi.
Kemudian beli piza.
Movie lalat.
Siberian Sniper 2021.
Windtalker 2002.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Boh Tea (Teh Tawar) @2023 |
Selasa, 19 September 2023.
Tengahari ke Johor Jaya dan Permas Jaya.
Movie lalat.
The Equalizer 3 2023.
Monsters Of Man 2020.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masai town this morning @2023 |
Isnin, 18 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke warung lontong.
Wak makan lontong seperti biasa.
Malam pula berlarian ke Today's Market.
Mencari lastik (slingshot) di kedai barang2 logam (hardware).
Sebab baru petang tadi anak lanang mahu bawa ke sekolahnya.
Movie lalat.
Alice, Darling 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Lontong Masai, Zarahman @2023 |
![]() |
| After buying a slingshot and having dinner at EZ Seafood @2023 |
![]() |
| Tea Boba Taufa at Mydin Taman Rinting @2023 Masai |
Ahad, 17 September 2023.
Hari ini agak keletihan.
Tidur dan menonton filem sahaja sepanjang hari.
Petang berlarian mahu makan mee rebus Haji Wahid.
Tapi restoran baru sahaja ditutup pintunya.
Jadi wak singgah di medan selera Mydin sahaja.
Wak pesan mee goreng mamak.
Movie lalat.
2001: A Space Odyssey (1968)
2010: The Year We Make Contact (1984)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Nasi Ayam Mafia @2023 |
Jumaat, 15 September 2023.
Tengahari sudah berlarian ke pekan Nilai.
Solat jumaat berjemaah di masjid pekan.
Terlelap di pojok masjid selepas solat.
Kemudian singgah ke restoran ditengah jalan.
Wak pesan nasi ayam penyet dan cendol.
Air suam gratis.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Nasi Ayam Mafia @2023 |
![]() |
| Nasi Ayam Mafia @2023 |
![]() |
| MKN Techzone Embassy @2023 |
Khamis, 14 September 2023.
Hari ini ke kantor potong rumput seperti semalam.
Hari terakhir bertugas kalau mengikut kontrak.
Tengahari keluar bersama bro ASY.
Teringin wak mahu menjamah nasi dagang disitu.
Yakni nasi dagang di restoran Makang.
Tapi kecewa tiada parkir.
Setelah tiga kali terpusing2.
Langsung terus ke mall D'Pulze.
Mgr AYU sertai kami kemudian.
Lepak di Sepiring.
Petang wak berlarian ke mall Wangsa Walk pula.
Balik ikut lebuhraya SUKE dan DUKE.
Tiga kali kanna tol di SUKE highway yg baharu itu.
Menyesal pula tidak ikut lebuhraya MRR2.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sepiring at D'Pulze @2023 |
![]() |
| Sepiring at D'Pulze @2023 |
![]() |
| MEX highway |
![]() |
| SUKE highway @2023 |
![]() |
| SUKE highway @2023 |
![]() |
| SUKE highway @2023 |
![]() |
| Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023 |
Rabu, 13 September 2023.
Pagi tadi ke kantor potong rumput.
Esok adalah hari terakhir ke kantor mengikut kontrak yg ada.
Sebab hari Jumaat (15hb) adalah hari cuti ganti.
Sempena hari Malaysia yg jatuh pada hari Sabtu.
Sebelum ke kantor singgah mencari nasi lemak viral.
Nasi lemak Myvi Merah di Cyberjaya.
Wak cuba pesan nasi lemak rendang kerang.
Dan juga mee goreng telur goreng.
Bila wak makan di kantor.
Rasanya nasi lemak MakLong di Itik Salai Masthar Bangi itu lebih mancongkam.
Petang hantar cikputih cuci bodi dulu.
Harga masih murah berbanding di pekan Masai atau di pekan Dengkil.
Ooh.
Berita terkini dari Batam.
Ada rusuhan orang2 Melayu.
Punca dari penjualan tanah orang2 kampung di pulau Rempang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023 |
![]() |
| Cyber 10, Persiaran Bestari, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor @2023 |
![]() |
| Jalan Aman Car Wash @2023 |
Selasa, 12 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak makan nasi lemak sotong.
Movie lalat.
Run All Night 2015.
I Want to Be Killed by a High School Girl 2022.
Headhunters (Norwegian: Hodejegerne)2011.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
Isnin, 11 September 2023.
Pagi2 wak sudah berlarian ke ladang Saudagar Nanas itu.
Wak pesan nasi lemak telur goreng dan lempeng.
Telur setengah masak dan air suam sahaja.
Ooh.
Sebelum balik.
Sempat lagi beli secawan plastik nanas berharga rm5 itu.
Movie lalat.
John Wick Chapter 4 2023.
Nocebo 2022.(Filipino - Irish)
Honest Thief 2020 (Liam Neeson)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
![]() |
| Saudagar Nanas Agrofarm @2023 Bangi |
![]() |
| Pulasan at Jalan Bukit Dugang @2023 Sungai Merab Bangi |
Ahad, 10 September 2023.
Pagi2 sudah berlarian mencari nasi dagang.
Tapi kedai makan Makang Cyberjaya tutup pula hari Ahad.
Petang berlarian pula ke pekan Dengkil.
Pulang singgah beli apam balik (murtabak manis) - tiada foto.
Dan beli setangkai buah pulasan (rm10).
Fakta lalat.
Buah Pulasan - nama saintifiknya Nephelium mutabile ialah sejenis buah tropika yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan (Nephelium lappaceum). Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina. Buah pulasan ini tidak terdapat di pulau Jawa termasuk kota Jakarta atau Surabaya. Ianya terkenal di kerajaan Johor, Riau Lingga.
Movie lalat.
Wake in Fright 1971.
Half & Half 2022.
Gold 2022.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
Sabtu, 9 September 2023.
Pagi2 tadi wak berlarian ke pekan Semenyih.
Singgah di kedai mamak.
Wak pesan roti canai, kuah kari kambing.
Telur setengah masak 2 biji dan air teh 0 kurang manis.
Kemudian berlarian ke pekan Mantin pula.
Ikut lebuhraya Lekas.
Tiba2 mgr AYU panggil wak.
Mula2 wak tak jawab sebab merajuk.
Ada kah patut disuruh kerja bilamana sedang bercuti.
Sejarah lalat.
"Mantin, Negeri Sembilan - Menurut cerita orang-orang tua di kawasan Pekan Mantin, asal nama pekan ini ialah 'Many Tin'. Nama ini diberi oleh penjajah British berikutan banyaknya bijih timah di kawasan ini. Ketika itu, ramai imigran dari negara China telah berhijrah ke sini untuk menjadi buruh di lombong bijih timah."
Movie lalat.
1. The Dive 2023.
2. The Old Guard 2020 - (note. unfinished watching)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
![]() |
| Mantin is a town in Seremban District, Negeri Sembilan, Malaysia. @2023 |
![]() |
| Liksterine 750ml @2023 |
Jumaat, 8 September 2023.
Hari ini kerja di kantor potong rumput.
Setengah hari.
Ada kecelaruan di pihak pengurusan dan Jabatan Sumber Manusia (HR).
Tiada notis mengatakan syarikat akan bayar baki cuti yg tinggal.
Ooh.
Semalam ke pasaraya Hero itu.
Harga 2 botol Listerin ialah RM45.70.
Tapi bila periksa harga atas talian cuma RM30.
Aiyah.
Movie lalat.
Slow West 2015.
Fetih 1453 2012.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A new Transcend external hardisk @2023 |
Rabu, 6 September 2023.
Pagi tadi sebelum ke kantor potong rumput.
Wak singgah beli nasi lemak Maklong di Itik Salai.
Selepas itu berlarian ke Bandar Puteri Puchong.
Petang wak berlarian ke bandar Dengkil.
Singgah isi minyak di Petron Dengkil Elite Highway.
Tiba2 ada budak berbaju vest.
Mohon derma melalui waqaf buku.
Selalunya wakaf al-quran kan.
"Dah banyak sangatlah wak orang wakaf quran nih,"
"Banyak dah lambakan quran di seluruh negara,"
Membuatkan wak terfikir 2 3 minit.
"Bukankah kita wakafkan wang ringgit, bukan naskhah buku yg sebenarnya?"
Hmm.
Sejarah lalat.
"Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar."
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Donation RM20 to waqafbuku.com @2023 |