![]() |
| Jalan Ampang this morning @2022 |
Khamis, 30 Jun 2022.
Hari ini bermula hari kursus latihan selama seminggu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| A Beetle VW at Tropicana Garden @2022 |
Rabu, 29 Jun 2022.
Hari wak pandu cikputih terus ke pejabat potong rumput ini.
Tol = rm5.30
Minyak tuang = rm60
Parking = rm
Perjalanan mengambil masa selama 1jam 17 minit.
Seperti semalam-malamnya.
Mgr EIN suruh wak datang pukul 10.30am.
Bila wak sampai 10.17am, dia kata mesyuarat tingkap disebelah petang pula.
Jadi, wak pun berlarian ke pusat beli-belah sebelah pejabat.
Beli-belah tingkap (baca, window shopping) hingga tengahari.
Banyak sungguh kedai makanan aka restoran.
Medan selera (baca, food court) pun ada ditingkat atas.
Wak tak makan sebab wak puasa hari ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| MRT Kajang @2022 |
Selasa, 28 Jun 2022.
Hari kedua bertugas memotong rumput di Kota Damansara.
Tapi mgr EIN suruh wak masuk kerja disebelah petang untuk mesyuarat sahaja.
Parkir di stesen MRT pun sudah penuh. Kajang - Surian
Terpaksa parkir cikputih diluar sana.
Parkir gratis percuma bersebelahan masjid India.
Tambang MRT masih gratis percuma.
Mgr EIN kata mesyuarat jam 2.30pm.
Tapi kemudian Mgr EIN gesa dipercepatkan mesyuarat jam 2.00pm.
Bila wak sampai jam 2.05pm pun Mgr EIN masih tidak kelihatan.
Menunggu itu suatu kebosanan kann. Khannns.
Jam 3.17pm baru mesyuarat bermula.
Layannns.
Movie lalat.
Bury My Heart at Wounded Knee 2007.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| On the way to Kota Damansara @2022 |
Isnin, 27 Jun 2022.
Pagi2 wak sudah berlarian naik MRT.
Dari Kajang ke Surian.
Tambang MRT masih gratis percuma.
Tapi bila sampai di pejabat.
Masih tiada lagi kemudahan meja dan komputer.
Pejabat yg kecil dan padat.
Pejabat yg baru berpindah dari Bukit Jelutong.
Ini adalah pejabat sementara.
![]() |
| Masjid all-Hussain Kuala Perlis @2022 |
Ahad, 26 Jun 2022.
Pagi semalam dari KL wak sudah berlarian ke Ujung Bukit. Perlis.
Petang sempat singgah ke pantai. Kuala Perlis.
Makan seafood yg murahan.
Lesson learned : jangan booking Familia Hotel sbb bilik kecil. Nak solat pun xde rang.
Pagi tadi sudah sarapan di Warung Tepi Sawah.
Jam 10.00am sudah berlarian ke puncak Gunung Jerai.
Selepas itu ke Tanjung Dawai menghadap pantai Merdeka.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Masjid al-Husna Sunway Lagoon @2022 |
Jumaat, 24 Jun 2022.
Tengahari tadi wak sudah berlarian ke masjid Sunway Lagoon.
Untuk solat Jumaat minggu ini.
Olehkerana wak datang awal, sempat menghadiri majlis ilmu juga.
Qariah membaca surah al-Khafi (Penghuni Gua).
Ustaz berceramah tentang pentingnya merapatkan saf.
Khutbah jumaat berintisari "bila Izrail datang memanggil."
Selepas itu terus berlarian ke Chilis Subang.
Pekena steak classic masakan medium rare gituu.
Kali terakhir wak makan steak di Chilis Doha sempena harijadi wak yg ke ehem.
Ooh.
Sebenarnya masjid al-Husna ada juga kenangan.
Sebab masjid satu2nya yg ada tulisan surah Yasin, al-Waqiah dan al-Mulk di dinding.
Wak pernah berazam pada 2018 dalam masjid ini.
Untuk dapat hafaz surah2 popular ini.
Dan alhamdulillah sekarang sudah berjaya.
Walaupun masih tergagap2.
Movie lalat.
Bad Lieutenant 1992.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Chilis Empire Subang Jaya @2022 |
![]() |
| Sungai Merab this morning @2022 |
Rabu, 22 Jun 2022.
Melalui lebuhraya MRR2 diwaktu pagi ke pusat bandaraya.
Memang kena sertai kemacetan juga.
Movie lalat.
Geronimo: An American Legend 1993.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| 2 White Cars Outside the Condo @2022 |
Isnin, 20 Jun 2022.
Hari yg mendung dan suram.
Movie lalat.
The Last of Mohicans 1992.
Hostiles 2017.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Pantai Cheras Hospital @2022 |
Ahad, 19 Jun 2022.
Malam semalam, anak lanang sudah panggil wak.
"Dada sakit lagi lah bah," katanya.
Mula2 dia mahu ke hospital esok pagi.
Tapi kemudian dia pun bergegas ke Pantai Cheras Hospital.
"Tak tahan lah bah," beritahunya.
Tapi sebelum itu dia ke klinik 24 jam Maluri untuk minta surat rujukan.
Wak sampai di hospital pun sudah tengah malam.
Anak lanang pun di x-ray sahaja.
Sebab kelmarin sudah diperiksa nadi dan urin di HKL.
Doktor pun tidak boleh masukkan dia ke dalam wad.
"Kami tidak boleh justifikasi sebab takde simptom pada anak wak ni," kata doc lelaki muda itu.
"Lagipun anak wak ni masih muda," bebel si doc.
"Dan tadi klinik itu pun tulis sebab anxiety je," sambung doc.
Jadi tidak boleh bayar guna insurans.
Wak suruh sahaja anak lanang claim segala bil pada syarikat dia nanti.
AUTISM FRIENDLY MALL
Malam tadi wak pun berlarian ke Sunway Putra Mall.
Pusat beli belah yg menyedarkan masyarakat tentang ASD.
ASD ialah Autism Spectrum Disorder.
Movie lalat.
The Apartment 1960.
The Ice Storm 1997.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Sunway Putra Mall @2022 |
![]() |
| Autsome at Sunway Putra Mall @2022 |
![]() |
| Sunway Putra Mall @2022 |
![]() |
| The Leaf infront of Mandarin Oriental Hotel KLCC @2022 |
Jumaat, 17 Jun 2022.
Masalahnya problem.
Surat tawaran kerja belum diterima lagi.
Tapi disuruhnya menghadiri mesyuarat2 pula.
Seperti biasa ejen EIN janji mesyuarat jam 10.30.
Tapi jam 11.03 pun masih tidak kelihatan.
Jam 11.45 masih dalam perjalanan.
Aduhai.
Sempat bersolat jumaat dimasjid KLCC.
Blog bukanlah hakmilik kekal.