Oct 31, 2015

THEN AND NOW: AKLEH VIEW

Please hover your mouse to see latest (2015) and older (2008) view of the Akleh.

Setelah lebih 7 tahun bertugas memotong rumput tepian jalan ini, banyak perubahan baru dapat dilihat. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Ini adalah entri penulis yang ke 300 untuk hari yang ke 304 dalam tahun 2015. Hampir setiap hari penulis kemasakini blog yang biasa-biasa saja ini. Jumpa kawan-kawan di bulan yang akan datang juga. InsyaAllah.

Link: timeanddate calculation.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Oct 30, 2015

THE LONGHOUSE ON FIRE

Rumah panjang terbakar, Ustaz Kazim menjawab.

KELMARIN semasa penulis sedang sibuk ke hulu hilir melayan urusan jual beli flat rumah murah itu, penulis terperasan ada berita tentang kebakaran rumah panjang berdekatan dengan kampung mertua penulis disana. Bila pulang ke rumah, isteri penulis (yang itu) pun ada bertanya berkenaan rumah panjang tersebut yang kami pernah ziarah sebab ada kaum kerabat ipar duai disana juga. Rumah panjang tersebut semasa itu sedang dinaiktaraf separuh dengan batu konkrit, tidak seperti rumah panjang biasa yang diperbuat dari kayu hutan saja.

Semalam penulis telah membawa keratan akhbar Utusan Malaysia ke tempat penulis bertugas memotong rumput ini. Penulis tunjukkan pada rakan sekerja, akak Noor (bukan nama sebenar) yang rumahnya juga sepelaung berdekatan dengan simpang Nyabor, tempat penulis selalu membeli sarapan kuih muih Melayu disitu. Akak Noor pun terkejut juga.

Nota lalat lain. Dulu bila penulis mendengar cerita Ustaz Duke merajuk tidak mahu membuat ceramah lagi, penulis sanggup ke maktab beliau mengajar di Tanjung Rambutan dan berselfie dengan beliau. [+ Duke vs Duke.] Tapi sejak kebelakangan ini, banyak pula ceramah-ceramah beliau hampir setiap minggu berdekatan sepelaung saja dari tempat penulis tinggal. Walaupun begitu, tidaklah terpanggil hati penulis untuk menghadiri majlis-majlis ilmu beliau kerana kesibukan masa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rumah panjang 32 keluarga terbakar di Kampung Nyabor Kabong, Saratok - Utusan Malaysia.

Oct 29, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - THE CLOSE OUT REPORT

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT

Sessi entri wawancara temubual (baca: interview) penulis dengan rakan-rakan blogger sudah berakhir Isnin lepas. Tamat. Khalas.

Terimakasih pada rakan blogger-blogger yang sudi bersukan (baca: sporting) melayan wawancara biasa-biasa dari penulis yang biasa-biasa ini. Mereka terpilih kerana telah menjadi Top Commentator blog penulis Tiga Lalat yang ini untuk bulan September 2015 yang lepas.

1. Jari Manis (45)
2. paridah (25)
3. Qaseh Abadi (21)
4. iryanty ahamad (21)
5. Farrah MF (16)
6. Fidah Shah (15)
7. SalbiahM (15)
8. Shamsiah Abdul Rahman (14)
9. PeRdU cINta (13)
10. nhhas (13)

Namun hanya 8 dari 10 blogger sahaja yang penulis sempat wawancara. Penulis memohon maaf pada cik Farrah MF dan cik kak Perdu Cinta kerana penulis tidak berkesempatan untuk mewawancara mereka kerana kesuntukan masa dan kesibukan memotong rumput (untuk membeli beras dan sebongkah berlian).

Dari pengalaman penulis mengendalikan segmen wawancara ini agaklah mencabar, tapi alhamdulillah penulis telah berjaya membuat entri setiap hari Isnin dan Khamis selama sebulan penuh. Sambil itu juga, kadar trafik SEO ke blog penulis yang ini juga bertambah secara mendadak dengan 3 kali ganda pengunjungnya berbanding bulan-bulan sebelum ini. Tapi blog orang lain sudah berjuta-juta (baca: 1,272,981 dan 1,616,161 visits) lemon hitsnya kan. Diharapkan juga selepas ini, kawan-kawan akan tetap berkunjung ke sini.

Pantun budi dari penulis:

Biarlah orang bertanam buluh;
Mari kita bertanam padi;
Biarlah orang bertanam musuh;
Marilah kita bertanam budi.

Pisang emas dibawa belayar;
masak sebiji di atas peti;
lalu diambil untuk dimakan;
Hutang emas boleh dibayar;
hutang budi dibawa mati;
budi cik cik puan tuhan balaskan.

Akhir kata, penulis mengucapkan sekali lagi ribuan terimakasih daun keladi, lain hari bolehlah kawan-kawan datang-datang jenguk-jenguk komen-komen penulis yang biasa-biasa ini lagi ya. Disudahi dengan wabillahitaufik walhidayah. Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 28, 2015

PORTRAIT ME



PETANG kelmarin penulis telah merempit ke kompleks Pertama. Bila penulis tiba dan parkir motor kapcai tepian Sogo, hujan petang pun turun mencurah-curah kucing dan anjing. Air dalam tempayan dibuang jangan tapi.

Sementara tunggu hujan reda, sempat lagi penulis menegur abang Zain Ariffin, anak bugis berasal dari Pontian, yang sedang bertempiaran lari dari hujan bersama-sama pelukis dan penghibur jalanan (baca: buskers) lain dan berteduh didepan restoran the Loaf (Tun Mahathir yang punya). "Wak kalo ada gambar saya leh lukis 30 minit, tiga poh hinggit je," kata abang Zain. "Kalo kaler pastel, lima poh hinggit," sambungnya lagi. Oleh kerana hujan masih turun dengan lebat, penulis pun duduk saja didepannya untuk dipotret buat kenang-kenangan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



INTERCHANGE AT CHAN SOW LIN

Chan Sow Lin LRT station.

HUJUNG minggu kelmarin yang agak sibuk.

Urusan jual beli flat rumah murah yang masih belum selesai. Hari Ahad ialah hari bekerja bagi jabatan kerajaan negeri:
7.30 Pagi penulis telah menyuruh pembeli datang ke Skudai Parade untuk tandatangan borang pindah milik.
8.05 Pagi penulis tiba di kaunter Pejabat Tanah Galian, Larkin, bayar cukai tanah.
8.30 Pagi Penulis tiba di kaunter MPJBT, Skudai, bayar cukai harta rumah sedia ada.
9.05 Pagi Penulis mencari-cari pesuruhjaya sumpah dekat Good Hope Hotel, tapi belum buka.
9.30 Pagi penulis tiba di MPKu, Kulaijaya, bayar cukai harta flat rumah murah (yg untuk dijual).
9.45 Pagi penulis mengkopi 100 Plus sementara tungu pesuruhjaya sumpah buka pejabat atas KFC Kulai.
10.05 Pagi penulis jumpa pesuruhjaya sumpah dan tandatangan borang pindah milik. RM4.
11.00 Pagi penulis tiba di Pejabat Perumahan SUK Nusajaya, serahan dan semakan borang pindah milik. Semua dokumen lengkap, kecuali geran asal flat rumah murah dan surat pengesahan terkini pembeli (2015).
12.05 Noon penulis tiba lagi MPKu untuk mendapatkan salinan geran, rupanya penulis tersilap jabatan.
12.45 Noon penulis tiba di Pejabat Tanah Galian, Larkin lagi bertanya pasal geran, tapi selepas membuat siasatan dalam komputer, staf menyuruh penulis mengambil salinan strata di Nusajaya pula. Tapi penulis tidaklah tahu dimana Jabatan Perumahan disana. "Wak cari je bangunan yang macam takde bumbung," sampuk abang staf kat luar kaunter yang sibuk tak sabar menyuruh rakannya (yang sedang melayan penulis) dalam kaunter memeriksa PTD dalam komputer itu.
1.30 Noon penulis santap nasi ayam penyet di LC Catering yang sedap itu. Urusan disambung minggu hadapan. Sebenarnya penulis boleh saja terus pergi semula ke Nusajaya untuk mendapatkan strata geran itu, tapi rasanya penulis pun penat ke hulu hilir saja.

Gambar animasi diatas penulis rakamkan ketika menunggu keretapi di stesen LRT Chan Sow Lin. Kebosanan mencipta kelainan kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Nasi Ayam Penyet for lunch, LC Catering Jalan Tebrau. Alone matcham biasa.

Oct 27, 2015

I INTERVIEWED MYSELF: LASIK

Reading without glasses.
"Bukan Pak Maon (Mahmud June) baca buku sejarah ya ;p"

ENTRI ini penulis kemukakan soalan-soalan lazim untuk kawan-kawan menilai sendiri kebaikan pembedahan mata menggunakan teknologi laser terkini yang dipanggil lasik. Banyak maklumat boleh ditemui dalam internet. Penulis juga akan kemaskini entri ini dari masa kesemasa.

CRACKED IPHONE SCREEN BECOMES ACCIDENTAL ABSTRACT ART

Mengambil gambar iphone5C

DULU pernah rakan penulis bertanya dimana untuk memperbaiki skrin telefon pintar yang retak seribu. Berdekatan dengan tempat penulis memotong rumput ini, kedai membaiki kerosakan ada di Low Yat Plaza atau di Kompleks Pertama atau di Ampang Park, atau di Wisma Sentral.

Tapi kelmarin penulis telah merempit ke Festival City Mall Jalan Setapak. "Kena tukar barang ori lah Wak, ada waranti 3 bulan, 30 minit siap," kata mamat tukang baiki itu. Bila penulis tanya harganya, beliau jawap, "RM498 sudah!" "Aduhai, lagi dua hinggit cukup lima hatus? baik beli henpon baru," getus hati penulis. "Ahaa Wak, leh beli henpon baru jenama lainlah tapii," perli simamat tukang baiki aiPon cap aiYam itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

You Break  it We Fix It.  - i2Fix.com

Oct 26, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - NNHAS



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Oct 25, 2015

I WAS FRAMED AT VISTA

Vista Eye Specialist, Taman Mount Austin.

KALI terakhir kami menjalani operasi pembedahan lasik mata ialah 6 tahun yang lampau. Dan 6 tahun juga penulis tidak memakai cermin mata lagi. Kelmarin kami datang lagi ke pusat pakar mata yang baru berpindah di Taman Mount Austin untuk pemeriksaan biasa.

Oct 24, 2015

RUMAH AWANG ALAK BETATAR



SEBENARNYA sudah lama penulis hendak berhentikan motor kapcai dan menangkap gambiran istana hinggap Sultan Brunei di tepi Jalan Ampang ini. Hampir setiap hari kalau penulis tidak merempit dan menaiki lebuhraya AKLEH untuk bertugas memotong rumput, penulis akan limpas disini. Kata orang tua dulu-dulu, "tak dapat tengok orangnya, dapat tengok bumbung rumahnya pun jadilah." Haha, sepertilah penulis sedang bercinta dengan puteri bunian pula. Dalam hati siapa yang tahu.

Sultan Muhammad Shah merupakan Sultan Brunei yang pertama. Baginda memerintah Brunei dari tahun 1363 hingga 1402. Baginda merupakan pemerintah pertama Islam Brunei apabila menganut Islam pada tahun 1363 melalui perkahwinan dengan puteri raja Sultan Bakhei, pemerintah Johor-Temasik. Sebelum memeluk Islam, baginda dikenali sebagai Awang Alak Betatar. - rujukan dari Wikipedia

Nota lalat. Dan entri ini penulis tujukan khas kepada cikpuan Nooriahnaim, satu-satunya blogger dari Brunei yang selalu sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog penulis yang biasa2 ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 23, 2015

I ATE THIS WHOLE PIZZA BY MYSELF



SEKARANG ini diberitakan bahawa wabak penyakit demam kepialu atau demam paratifoid (baca: tiphoid fever) sedang berleluasa di Jalan Ampang. Tapi kelmarin tengahari ketika sedang memotong rumput, tiba-tiba tekak penulis hendak menjamah piza pula. Merempit ke Pizza Hut Ampang Point sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 22, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - FIDAH SHAH



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik kak Fidah Shah (White Barley) yg punya blog ‘White Barley - Focus and win‘ lah pula. Cik kak Fidah Shah adalah blogger ketujuh yang penulis temuramah untuk segmen ini. Blog cik kak Fidah Shah: http://whitebarley.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

Q1. Adakah kawan cik Fidah, cik Ell, masih menaiki LRT ke tempat kerja sekarang? Atau sudah kembali memandu kereta?
A1 : Cik Ell sekarang sudah pergi kerja dengan mambawa kereta import. Jadi, kirim salam ajelah kalau nak suruh dia naik public transport. Entri yang saya tulis tu, adalah pengalaman Cik Ell yang pertama dan terakhir (setakat ini) naik LRT pergi kerja.

Q2. Berapa lama cik Fidah sudah berblog?
A2: Saya berblogging sudah hampir 2 tahun. Sebenarnya Oktober ini adalah 'birthday' blog saya yang ke 2. Tarikhnya dah ingat-ingat lupa lah Wak.

Q3. Kenapa cik Fidah mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
A3: Saya mulakan berblogging kerana ada perasaan jeles dengan seorang sahabat saya yang ada blog…hoho..Boleh?
Tapi, kawan saya tu jugalah yang ajar saya macam mana nak buat blog berdasarkan beberapa siri tutorial tak berbayar. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan pada dia.
Saya masih berblogging sebab suka berkongsi pengalaman dan pendapat tentang apa yang saya lihat, dengar atau baca. Walaupun kadangkala pendapat tu tersasar jauh, yang penting kita bagi pendapat atau boleh juga meluahkan perasaan. Selain darpada itu, dengan berblogging saya dapat belajar dari pengalaman orang lain (yang kita tak dapat dari buku teks) dan dapat bersilaturrahim.

Q4. Cik Fidah pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
A4 : Memang pernah terfikir nak berhenti berblogging bila mood nak menulis dah sampai ke laut. Lagi satu, bila free2 aje kena kutuk atau dipinggirkan atas sebab yang saya sendiri pun tak pasti. Kalau jadi macam tu, memang semangat nak berblogging tu hilang jugak. Sedih tak cerita Mak ni?..huhu


Q5. Masa ke pejabat, ada tak satu benda yang cik Fidah selalu menyesal membawanya bersama?
A5: Rasanya tak ada. Selalunya bawak ngam2 apa yang penting aje...termasuk bag make up (penting tuuu..kannzzz ;) )

Q6. Cik Fidah rasa pernah tak suami membuat kejutan atau surprise ketika harijadi atau ulangtahun perkahwinan?
A6 : eerrrrmmm...tak pernah. Biasanya 'reminder' dah dihantar seminggu awal...haha..boleh? Jadi, tak surprise lah kann..


Q7. Cik Fidah pernah travel keluar negara bersama keluarga?
A7 : Belum. Tunggulah anak-anak besar sikit dan kalau ada rezeki lebih. In Shaa Allah. Setakat ni, saya travel ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, tak bawak family.

Q8. Pantun yang cik Fidah suka dengar?
A8 : Banyak pantun yang saya suka walaupun saya bukan juara pantun peringkat daerah atau pun sekolah. Antaranya:
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan layu layuan rindu-rinduan

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
A9 : Pernah juga terfikir apa jadi kalau harga minyak jadi sampai RM5. Mesti ramai yang naik minyak atau jadi macam orang minyak. Mungkin banyak juga perhimpunan baju oren, baju pink, baju belang-belang dan macam-macam warna dan corak lagi sebab semua orang ingin menyuarakan rasa tidak puas hati.

Q10. Cik Fidah pernah cuba makan di restoran Korea atau Jepun di Malaysia?
A10 : Saya suka makanan jepun. Mana-mana pun saya layan asalkan ada certified halal. Makanan korea pernah cuba, tapi setakat ni macam tak boleh telan lagi...huhu (mintak maaf yea pada peminat2 makanan korea)

Q11. Tiada gambar-gambar peribadi dalam blog ini. Adakah cik Fidah seorang pemalu dan mempunyai tahi lalat di hidung?
A11 : Saya memang dilahirkan sebagai seorang yang amat pemalu. Kalau jumpa kat luar, confirm Wak tak kenal sebab saya jalan tunduk (hikssss), apatah lagi nak tengok taik lalat yang ada kat hidung :D

Q12. Cik Fidah pernah ke Kundasang Sabah bah? Sempat pergi dan lawat rumah terbalik? Tahukah cik Fidah sekarang ini rumah terbalik pun ada di Melaka dan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang?
A12: Saya pernah ke Kundasang, Sabah pada tahun 2014. Tapi, tak sempat nak pergi rumah terbalik tu sebab dah terlepas jalan. Maklumlah, dalam kereta tu (kami ber 4), semunya tak tau sangat pasal Sabah. Jadi main redah aje.
Haha..Memang Mak tak tahu rumah terbalik ada juga di Melaka, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Dan jarak sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1) ke rumah cik kak Fidah ialah 15 kilometer menghala ke Batu Pahat atau menghala Pekan Nenas?
A13 : 15 km adalah dari Sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1) ke Pekan Nanas. Wak ni macam tau aja selok belok pasal Pontian. Ntah-ntah kampung Wak ni sebalah kampung saya aje. Baik Wak mengaku, Wak ni asal dari Kampung/Parit mana? :D

Q14. Selain blog ‘White Barley’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Fidah?
A14 : Ada satu lagi blog lain. Tapi untuk kegunaan peribadi. Saya sorang aja baca....huhu

Q15. Pernah terfikir untuk menulis buku resepi masakan?
A15: Tak pernah.

Q16. Kalau cik Fidah ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Fidah rasa akan lakukan?
A16: Saya nak buat amal kebajikan dan selebihnya nak buat investment supaya hasilnya berganda. Biar hidup senang lenang…aamiin.

Q17. Sekarang cik Fidah bekerja di office, ada terfikir untuk menjadi surirumah sepenuh masa?
A17: Selalu rasa macam tu bila stress dengan kerja. Tapi, walaupun sudah jadi surirumah sepenuh masa, saya nak buat sesuatu supaya ada income sendiri.

Q18. Kalau cik Fidah penggemar kopi, dirumah cik Fidah memilih kopi O, tetapi kopi apa yang cik Fidah selalu buat di office?
A18 : Kalau di opis, saya minum nescafe O atau kopi-kopi jenama biasa yang 3 in 1. Sekali layan jugak honey latte.


Q19. Antara sebab kaki tumit merekah kerana rekaan kasut yang tidak sesuai atau terlalu ketat. Pernah tak cik Fidah kehilangan kasut ketika berada di surau atau masjid?
A19 : Haha....tak larat nak gelak bila baca mukadimah soalan ni. Pernah. Tapi kejadian tu berlaku bukan di Malaysia.

Q20. Cik Fidah pernah tengok cerita hindustan sampai menangis. Cerita hindustan apakah yang cik Fidah minat sehingga menontonnya berulang-ulang kali?
A20: Khabi Khusi Kami Gham dan Kuch Kuch Hota Hai. Tak kan nak bagi tau saya minat cerita Sanggam atau Bobby pulak .….huhu klasik sangat tu.

Cik Kak Fidah Shah ada memberitahu penulis, "Ini aje lah gambar yang ada. Mak tak ada banyak koleksi gambar sendiri. Kalau kat blog nanti, Wak letak kecik2 aje tau. Mak malu. Tapi, kalau Wak sempat nak adjust jadi macam muka Neelofa okey jugak...hahaha :D"

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik kak Fidah Shah yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:

1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM Travel List)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM (Blog Ni Sal Punya)
6. 19/10/15 - Kak Sham (Shamsiah Abdul Rahman)
7. 21/10/15 - Cik Kak Fidah Shah (White Barley)

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Isnin nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 21, 2015

MY BIG BROTHER ACTS JUST LIKE MY LATE FATHER



MINGGU kelmarin bila penulis membawa dua orang kekanda penulis ke bumi kenyalang adalah pengalaman pertama mereka menaiki kapal terbang ke seberang laut. Penulis pun berasa gembira kerana mereka sekeluarga juga berasa senang hati dengan layanan rombongan kami itu.

Kekanda penulis yang kedua itu memang peramah, hampir kesemua orang yang ditemui akan ditemubualnya, termasuk tukang kebun di lapangan terbang dan pengayuh bot penambang.

Nota lalat. Minor translation. My second big brother (just like my father) is so gentle, almost all the people who he found for the first time to be interviewed, including a gardener at the airport and a boat paddler.

Alfatihah untuk arwah ayahnda penulis, Wak Sabah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 20, 2015

#PINKMOVE



KELMARIN penulis telah berjumpa dengan doktor pakar sakit kulit (baca: dermatologist). Mungkin ada alahan ubat demam yang penulis ambil kelmarin.

Gambar diatas semasa penulis berjalan keluar dari hospital itu, bukannya sebab penulis sudah tumbuh tetek ya. [ Link: #PinkMove to spread breast cancer awareness.]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 19, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - IBU SHAM



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.


Oct 18, 2015

BAJU CAP AYAM



KELMARIN ada kawan penulis sudah memberikan satu helai baju T yang ada jenama cap ayam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 17, 2015

KEJAMNYA PEREMPUAN

Me with the paperboard actors.

"Demikianlah perempuan,
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil,
dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
walaupun bagaimana besarnya."
- tenggelamnya kapal Van Der Wijck, Hamka

Semalam penulis telah merempit ke Istana Budaya untuk menonton teater setelah bertahun-tahun tidak kesana. Buku yang penulis kelmarin beli pun tidak terbaca lagi. Cerita cinta yang ringkas, tapi menjadi rumit bila ada orang ketiga. Prop yang cantik dan menarik tapi lagu-lagu yang tidak merdu.

Nota lalat. Updated. Masa melayan mencari filem "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", penulis terjumpa juga filem karya Hamka yang bertajuk "Dibawah Lambaian Ka'abah" yang sama menarik. Penulis telah menonton sehingga habis dan sekotak tisu jugalah habis. Lol.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The only play I snapped before being green-lasered.

The closing.

Oct 16, 2015

SOMETIMES I EAT NASI CAMPUR

RnR Seremban, heading south during heavy downpour.

Penulis kadang-kadang saja makan nasi campur.

Nasi campur ialah sejenis hidangan nasi dengan pelbagai lauk-pauk seperti daging, sayur-sayuran, kacang, telur dan keropok udang. Bergantung kepada tempat, lauk nasi campur boleh mencecah sehingga 100 jenis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 15, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - SALBIAHM



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Tanpa membuang masa, untuk hari Khamis malam Jumaat ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik SalbiahM (Blog Sal) yg punya blog ‘Blog Ni Sal Punya‘ lah pula. Cik Sal adalah blogger kelima yang penulis temuramah untuk segmen ini. Cik Sal is a blogger, a dreamer, food lover and movie addict. Cik Sal suka duduk rumah tengok bola tapi tak menolak kalau diajak travel. Blognisalpunya ni selalu tak tentu arah probably sebab pemilik dia pun tak tentu arah. Blog SalbiahM: http://blognisalpunya.blogspot.my/. Jom kawan-kawan, kita layan.

"Salam wak...amboi, dahsyat soalannya..saya cuba jawab sebaik mungkin ye," kata cik Sal yang kiut miut itu ketika menghulur jawapan wawancara ini. Beliau pun duduk dikerusi warna merah jambu diatas dan menjawab satu persatu:

Q1. Cik Sal yang ini sekarang bekerja kat syarikat suratkhabar NST lagi kan? Pernah dapat diskaun bila beli suratkhabar?
- Tak pernah wak, dan takkan dapat. Sebab takde share dengan Uncle jual suratkhabar tu..hehe

Q2. Berapa lama cik Sal sudah berblog?
- Saya masih mentah dalam dunia blog. Mula blogging hujung tahun 2012

Q3. Kenapa cik Sal mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?
- Mula blogging sebab tengok kawan-kawan ada blog, macam best la plak. Lagipun, saya memang minat menulis. Nak menulis secara professional tak ada bakat, jadi merapu jelah sesuka hati kat sini.

Q4. Cik Sal pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?
- Tak pernah la pulak. Makin ketagih adalah. Hahaha

Q5. Masa travel, ada tak satu benda yang cik Sal selalu menyesal membawanya bersama?
- Menyesal tak bawak, pernahlah. Saya jarang bawak barang banyak-banyak kalau travel. Cukup-cukup je. Malas nak heret beg besar-besar, saya bukan kuat sangat.

Q6. Kenapa tajuk blog ‘Blog Ni Sal Punya’ walhal semua orang tahu?
- Entahlah wak, masa nak create URL, tu je nama yang terlintas. Acah-acah comel je..Wak rasa comel tak?harhar

Q7. Cik Sal pernah travel ke Australia kan? Pernah tak sampai Kampung New Zealand di Pahang itu?
- Rasa macam pernah lalu. Entahlah wak, tak ingat..

Q8. Pantun yang cik Sal suka dengar?
- 2,3 kucing berlari. Kenapa kucing itu lari? Hahahahaha..marvellous! marvellous *pengaruh Upin Ipin*

Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5 seliter?
- Sebab kalau naik sampai RM5 boleh jadi rusuhan kat Malaysia ni. Mintak jauh la wak oiiiii

Q10. Cik Sal pernah ke Melbourne kan? Tahu tak ada restoran nasi ayam penyet di tengah-tengah kotaraya Melbourne itu?
- Harus la tau wak. Dah makan dah kat situ..hehe

Q11. Kalau menaiki kapalterbang, dikerusi manakah pilihan cik Sal, ditengah, atau ditepi tingkap atau ditepi ruang jalan?
- Mana-mana pun tak kisah. Janji boleh tido! Hahaha

Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?
- Ular lidi pun tak pernah. Takut la wak!

Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah atok cik Sal di Muar dengan replika gergasi beca disempadan Melaka itu?
- Apa canggih nau soalan..tak pernah pulak ukur. Hahaha

Q14. Selain blog ‘blognisalpunya’ ini, adakah blog lain kepunyaan cik Sal?
- Ni lah satu-satunya blog yang saya ada. Itu pun selalu terbiar.

Q15. Pernah terfikir untuk travel dan melawat Anfield Stadium, Liverpool?
- Impian dari dulu wak. Nak merasa nyanyi You'll Never Walk Alone dan bersorak kat Anfield konon-konon lahir kat situ.Tengah kumpul duit dan mencari partner yang sesuai. Wak kalau ada kawan lelaki bujang fanatik Liverpool adjustlah sorang untuk saya. Hahahaha.

Q16. Kalau cik Sal ada duit dua puluh enam juta hinggit (RM26,000,000), apa yg cik Sal rasa akan lakukan?
- Apa ek..nak bawak satu family tunaikan haji, beli rumah, beli keter, gi Anfield, gi pinang Johan Asha'ari..

Q17. Sekarang cik Sal single, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?
- Kalau ada duit dua puluh enam juta hinggit, mungkin jugak..hahaha

Q18. Apakah bunyi atau suara yang cik Sal tidak suka dengar?
- Suara bos marah bila careless dalam menjalankan tugas.

Q19. Cik Sal yang punya suara sedap itu pernah menyanyikan lagu karaoke dari kumpulan Wali Band?
- Selalu wak..Lagu 'Cari Jodoh' tu lagu wajib..hihihi.

Q20. Cik Sal pernah naik belon panas di Melbourne atau menaiki cable car di Penang?
- Belon panas di Melbourne tak pernah, cable car Bukit Bendera tu pernah. Saya dulu belajar kat USM, wak..Satu batch ngan Asmidar dan Ali.

"Terima kasih lah wak ye..sudi interview saya. Sapelah saya ni, blogger bese-bese aje..hehe," cik Sal mengakhiri wawancara bersama penulis kali ini.

Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik SalbiahM aka cik Sal yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Senarai September 2015 Top Commentators Interviews setakat hari ini:

1. 1/10/15 - Kak Yan (Iryanti Ahamad)
2. 5/10/15 - Cik Jari Manis (JM)
3. 8/10/15 - Kak Pah (Paridah Ishak)
4. 12/10/15 - Qaseh Abadi (Syidah Menulis)
5. 15/10/15 - SalbiahM

Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Isnin nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 14, 2015

PERARAKAN MAAL HIJRAH DARI DATARAN MERDEKA KE MASJID NEGARA



PAGI-pagi tadi penulis sudahpun merempit ke Dataran Merdeka untuk merakamkan perarakan sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah. Perarakan yang bermula jam 7.40 pagi ke Masjid Negara. (Total photos 45 frames)

The Hijri New Year, also known as Islamic New Year (Arabic: Ψ±Ψ£Ψ³ Ψ§Ω„Ψ³Ω†Ψ© Ψ§Ω„Ω‡Ψ¬Ψ±ΩŠΨ©‎ RaΚΌs as-Sanah al-HijrΔ«yah) is the day that marks the beginning of a new Islamic calendar year, and is the day on which the year count is incremented. The first day of the year is observed on the first day of Muharram, the first month in the Islamic calendar.

SALAM MA'AL HIJRAH 1437

Menangis depan Kaabah.
22 Oktober 2011, 11.40 malam.

Salam Maal Hijrah 1437 kawan-kawan penulis semualah.

Dengan ini penulis memohon maaf sekiranya ada salah silap terkasar bahasa dalam penulisan blog merapu ini. Semoga tahun ini akan membawa kebaikan dan semangat baharu kepada kita semua. Amin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2015

UBAT NYAMUK & PREDNISOLONE



DEMAM selesema penulis belum kebah lagi. Tapi ada kulit penulis yang tiba-tiba melecet tanpa sebab yang penulis sendiri tidak tahu. Mula-mula kulit mengelembung, kemudian bila sudah masak dia pecah jadi melecet dan tidak boleh terkena air. Ini bukanlah kali pertama penulis terkena penyakit ini.

Malam kelmarin penulis sudah berjumpa doktor Bukit Belacan. Doktor kata mungkin alahan pada ubat antibiotik, sebab dia pun pernah terkena lecetan yang sama. Doktor beri penulis ubat demam dan ubat batuk, manakala ubat prednisolone 5mg (sekali makan 3 biji ya) untuk ditelan pagi dan petang.

Ubat nyamuk (baca: racun nyamuk, mosquito repellant) berwarna ungu diatas penulis baru beli untuk mengganti ubat nyamuk lingkaran berwarna hijau yang sudah kehabisan. Banyak betul nyamuk-nyamuk berkeliaran yang jahat diwaktu malam dirumah merpati penulis itu. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 12, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - QASEH ABADI



Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

VERTIGO

Between Pasar Satok and Jalan Semariang, Kuching, Sarawak.

ALHAMDULILLAH urusan majlis pertunangan anak lanang penulis telah selamat berlangsung kelmarin dalam keadaan aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

Oct 9, 2015

BAIK-BAIK SAYANG

Bukit Belacan.

HARI ini Jumaat sudah. Hari ini penulis bercuti dari memotong rumput seperti biasa. Mungkin masa ini penulis sudah pun berangkat ke seberang lautanlah sangat. Meowwww ;p

Penulis hendak berfantunlah sikit,

Tuai padi antara masak;
Esok jangan layu-layuan., ammvoiii
Intai Wak antara nampak;kihkih2
Esok jangan rindu-rinduan., mak kanns

Nota lalat. Sila abaikan tajuk lagu Wali Band - Baik-baik Sayang itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 8, 2015

SEPTEMBER 2015 TOP COMMENTATORS INTERVIEWS BY 3LALAT - KAK PAH


Ini bukan tag atau GA atau Blog Review.

Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.

Oct 7, 2015

KARANGAN AUTOBIOGRAFI AKU SEBUAH BLANGKON

Selfie.

HARI ini penulis akan menulis karangan budak sekolah tahap SPM Darjah 6+++ sekadar suka-suka. Karangan yang agak panjang. Nota lalat: harga dalam Ringgit Malaysia dan Rupiah Indon penulis paparkan hanya sekadar rujukan semata-mata, bukan berniat takbur, riak atau menunjuk-nunjuk.


Nama aku Blangkon. Tahun aku dilahirkan aku tidak ingat. Aku berwarna merah gelap. Yang aku ingat aku telah dibawa dari pulau Jawa Indonesia oleh pemborong Malaysia ke Pelabuhan Klang dan diagih-agihkan diseluruh semenanjung Malaya. Aku dan beberapa dozen rakan-rakan aku dalam satu bungkusan plastik telah dibawa ke sebuah kedai menjual pakaian di Jalan Masjid India. Nama kedai itu ialah Kedai Jahit Tampan Tailor yang terletak

di Arked TAR Lorong TAR, Kuala Lumpur. Nombor telefon kedai itu ialah 017-2646097 untuk rujukan sesiapa yang berminat membeli rakan-rakan lama aku.

Aku adalah blangkon, penutup kepala (topi atau songkok) yang dibuat dari batik dan digunakan oleh kaum lelaki sebagai sebagian daripada pakaian tradisional jawa. Ada beberapa jenis blangkon yang menggunakan bonjolan pada bahagian belakang blangkon. Bonjolan ini menandakan model rambut lelaki pada masa itu yang sering mengikat rambut panjang mereka di bahagian belakang kepala, sehingga bahagian tersebut tersembul dibahagian belakang blangkon.

Baru minggu lepas, ada seorang pakcik datang kekedai membeli 2 orang rakan-rakan aku. Dan semalam ada seorang lagi pakcik yang hensem, ganteng dan rupawan, yang selepas ini aku panggil Wak, datang ke kedai bertanyakan tentang aku. 4 jam sebelum itu, Wak telah menerima pesanan dari rakannya di Pulau Pinang untuk mencari blangkon yang pernah dibeli Wak di Jogjakarta beberapa tahun lepas. Wak telah menggoogle dan berusaha dengan penuh gigih yang mulanya mencari kedai Toko Indonesia (yang tidak wujud lagi) di Selangor mansion yang buruk itu. Selepas itu Wak ke Malayan Mansion pula tapi tidak ketemuan. Akhirnya secara tidak sengaja, Wak bertemu juga dengan kedai jahit Tampan Tailor itu. Wak sangatlah bergumbira dan berasa amat tampan sekali.

Pada mulanya Wak mencari blangkon yang biasa-biasa saja, bukan yang ada ekor seperti aku. Tapi aku lihat Wak pun tidaklah berminat lagi untuk berlarian ke hulu ke hilir ke Wisma Yakin atau memeriksa keseluruhan Jalan Masjid India itu, maka Wak pun terpaksa juga membeli aku yang punya ekor ini. Pada mulanya budak penjaga kedai itu memberitahu harga aku ialah RM35. Tapi Wak telah menawar sambil bergulingan dan akhirnya mendapat harga kasih sayang dari cikpuan taukeh besar tuan punya kedai dengan harga RM30 saja. "Oklah harga itu," getus hati Wak. Lagipun kalau dilaman sesawang harga blangkon biasa ialah RM35, dan blangkon ekor seperti aku ini ialah RM45, dan pos penghantaran pun sudah RM10. COD Klang dan Shah Alam saja katanya.

Setelah tamat urusan akad jual beli, aku telah selamat dibawa pulang oleh Wak untuk dihantar menggunakan pos laju keesokannya (hari ini) ke alamat rakannya di Nibong Tebal, Pulau Pinang itu. Pada malam tadi, tidaklah aku diusik oleh Wak dirumahnya. Aku dibiarkan saja terperap dalam plastik dalam beg galas Wak. Aku tengok Wak asyik bebenor updet blog poyonya sehingga begadang sampai larut malam.

Tadi pagi, aku telah diletakkan dalam kotak kasut lama Wak dan kemudiannya diselotep. Pada mulanya Wak ingat nak membeli kertas pembalut hadiah untuk dibalut kotak kasut lama itu. Tapi kebetulan Wak terjumpa kotak hadiah lama yang masih elok luarannya dibilik stor tempat Wak memotong rumput itu dan kemudian kotak kasut lama yang aku berada didalamnya disumbatkan kedalam kotak hadiah yang lebih besar itu. Selain aku, Wak juga menyelitkan sekali satu saputangan Bali yang cantik untuk rakannya itu. Memang cantik aku lihat saputangan batik itu, tapi Wak tidak pernah menggunakannya walaupun sudah lama terperuk dalam laci Wak. Sungguh bertuahlah aku dapat duduk bersebelah awek yang cantik sepanjang perjalanan nanti.

Semasa sessi pembungkusan kotak tadi, ada rakan Wak yang perasan dan memberitahu Wak yang beliau telah menggunakan poslaju semalam. Tapi beliau gunakan kotak prabayar. Wak kata sebab Wak dah bungkus cantik aku dalam kotak kasut dalam kotak hadiah itu, jadi Wak akan gunakan poslaju biasa mengikut berat.

Setelah selesai proses pembungkusan kotak, Wak siapkan sekali mengisi borang poslaju warna oren. Selepas itu Wak pun merempit terus ke pejabat pos untuk urusan penghantaran. Bila Wak bersama-sama aku tiba di Pejabat Pos Ampang Park, pintu pun baru dibuka dan ada beberapa orang pelanggan yang beratur mengambil nombor giliran dari mesin nombor giliran disitulah. Wak mendapat nombor 12 - tidak cantik sungguh nombor itu, kata hatiku, "tidak secantik dan seanggun nombor 777." Sementara menunggu nombor giliran dipanggil, sempat lagi Wak mengambil gambar bangunan Trillion dari tingkap kaca menggunakan iphone cap aiYamnya.

Beberapa minit kemudian, nombor Wak pun dipanggil oleh abe tingkap 4 dihujung sebelah kanan. Wak pun membawa kotak yang aku berada didalamnya kekaunter dan meletakkan dimesin penimbang. Tapi bila Wak tunjukkan borang poslaju yang Wak telah isi sebelum itu dipejabatnya, abe tingkap 4 kata pula, “Wak, ni borang lama, nah amek borang poslaju yang baru nih banyak2 simpan! Wak isi borang baru ni dulu, pas siap leh datang jumpa saya.” Wak pun akur saja, walaupun sudah selalu borang poslaju ditukar formatnya. Dulu warna oren saiz kecik yang susah nak isi kotak-kotak kecik dalamnya, pastu borang saiz besar sikit, sekarang kaler hitam pula. Wak pun mengambil borang poslaju yang baharu dan mengisinya dengan menyalin semula maklumat pengirim dan penerima di papan tempat menulis borang.

Bila usai mengisi borang poslaju yang baharu itu, Wak pun kembali ke tingkap 4 tempat abe tadi yang sedang melayan seorang makcik Filipino. Abe tingkap 4 mula-mula menyuruh Wak tunggu saja dahulu, tetapi kemudian menyuruh Wak ke ahkak tingkap 2 pula yang baru mulakan tugas. Ahkak tingkap 2 pun mengambil borang poslaju yang baharu dari Wak dan memberitahu harga pos ialah RM42.60. “AHDOIII,” wak jerit dalam hati. Menyesal pula gunakan kotak sendiri sebab kalau Wak gunakan kotak prabayar poslaju mungkin tak sampai RM20. Tapi Wak layan saja dan berikan duit RM50 sambil bertanya,’ahkak, berapa berat kotak saya tuh?” “Saya dah tengok timbang kotak Wak tadi, saya yang baca.” Kata ahkak tingkap 2 sambil pulangkan baki RM7.60.

Tapi hati Wak rasa gusar dan tidak tenteram pula, “berapa berat kotak tu kak? Rasa-rasa ada sampai sekilo tak?” Tiba-tiba ahkak tingkap 2 pergi semula ke mesin penimbang sebelah abe tingkap 4 itu. Dan bila kembali ke kaunter tingkap 2 semula, Wak tengok ahkak tu tersengeh-sengeh dan meminta duit baki pada Wak yang berjumlah RM7.40 tadi. “Silap tengok tadilah Wak, songkok je kan memang tak sampai sekilo“ katanya masih tersengeh-sengeh. Ahkak tingkap 2 pun kembalikan duit yang berjumlah RM42.60. Rupa-rupanya harga yang dinyatakan terbalik sebenarnya. Banyak beza tuuuh. "Mangkuk hayun cinabeng punye ahkak!" mencarut Wak dalam hati. "Mukin ahkak tingkap 2 itu ada krisis rumahtangga dengan laki dia tadi mlm kot, sbb tu tak fokus buat keje," getus hati Wak sendirian untuk mententeramkan keadaan.

Semasa entri ini ditayangkan, berkemungkinan besar aku masih dalam perjalanan ke Nibong Tebal dan akan bertemu dengan tuan punya yang baharu. Semoga dipermudahkan. Amin.

.. bersambung di blog Siti Yang Menaip ya! (*siti belum update)

Nota SEO lalat. blangkon area melaka

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Blangkon Jawa berekor, RM30.

Left: Kedai Jahit Tampan Tailor; Right: The salesboy.

Batik Bali.

The new Trillion landmark view from Ampang Park.

The new pos laju form.

Oct 6, 2015

THINGS I DID LAST WEEKEND

Mini Iron Man figure and mini cikPuan Jnulekasnova in the background.

HUJUNG minggu lepas tiadalah menarik yang dilakukan oleh penulis. Selain menghantar 2 kereta untuk diservis, penulis pergi ke sekolah anak lanang yang bakal menduduki peperiksaan SPM itu. Juga mendaftarkan anak lanang bocah cilik di sekolah agama. Juga bertemu dengan penyewa flat rumah murah penulis di KFC lapangan terbang membincangkan proses pembelian rumah tersebut. JUga menonton filem The Martian (pilihan anak lanang), yang sejujurnya penulis hendak sangat menonton filem Everest juga.

Juga, tidak lupa penulis belikan kek harijadi untuk isteri (yang itu).

Semasa di kelas anak lanang itu, ada pakcik yang datang bersama isteri duduk disebelah penulis. Sekadar sembang-sembang sambil menunggu nombor giliran dipanggil, pakcik ini yang agak peramah kata:

"pemimpin sekarang dah takleh dipercayai," katanya merujuk kepada tragedi pemecatan mantan Perdana Menteri baru-baru ini.
"rejim zionis skrg dah balik mengganas," katanya. Penulis jawab, "kita takleh nak buat apa selagi Amerika beri bantuan." "Sekarang ni pon kita sama kita sendiri bergaduh camane nak tolong palestin?" kata penulis lagi.
"anak sy ada 3 semua lelaki, yg tua dah keje kat singapore, naik motor hari2 balik rumah, keje kilang buat karipap je tapi byk cawangan kat singapura, taukeh untung juta-juta,"
"masai sekarang jerebu makin teruk, bila nak tutup sekolah," katanya lagi.
"sy skrg keje kilang perabut jugak (mcm anak lanang penulis yg tua), tapi sy tengok tempat kilang anak Wak keje tu susah sangat nak parking bersepah-sepah jer," katanya sambil penulis lihat isteri pakcik tu kadang-kadang menyampuk dan senyum-senyum saja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A newly erected monument at Bulatan Senai Airport. I assume there would be more delightful light show at night on this roundabout.

Audi A3 (RM179,630 plus GST) on the display, Senai Airport.

SPM Trial Result.

Movies posters on display, TGV Tebrau.

Ooops, nakal sungguh lens kamera waklu nih. ;p

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.