
Semalam, bila penulis sudah tiba dirumah, hendak
berehat, hendak
beradu, sudah memakai
kain pelikat tidur, tiba-tiba
anak lanang bocah cilik merayu-rayu, bergulingan dan berlinangan air mata hendak ke
kedai buku di tengah malam yang
gelap gulita. Bila ditanya, "
nak beli buku tuisyen cina lah bah!" Aiyah. Macam percaya, macam tak nak percaya juga.
Siapalah
tidak sayang anak, tapi ada
makcik kan?
Kannns. OTL
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Updated. Cerita lain lalat. Penulis ada ternampak
buku majalah sekolah
anak wedok diatas meja belajarnya. Terujalah penulis untuk membelek-belek.
Nostalgia kembali ke zaman penulis masa bersekolah dulu-dulu. Tapi tiba-tiba juga, mata penulis
tertancap pada nama penuh penulis sebagai salah seorang
ahli jawatankuasa PIBG. Biar betik, getus hati penulis. Masa bila penulis jadi
ajk terhormat begini? Tapi, mungkin juga, fikiran penulis
yang baik-baik berpendapat bahawa mungkin juga ada orang lain
yang sama nama dengan penulis. Sebab dulu pun penulis pernah terjumpa nama yang sama, tapi abang haji yang kerja di Tabung Haji itu sudah pun bersara. Lol.