Showing posts with label MEDICINES. Show all posts
Showing posts with label MEDICINES. Show all posts

Oct 30, 2017

BERENANG-RENANG KE TEPIAN



Pagi Ahad yang biasa-biasa. Penulis telah berenang-renang ke tepian tambak untuk kali kedua pada bulan ini. Untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian.

Untuk baca entri pada awal bulan: Today I Took A Wrong Turn.

Nota kemaskini lalat. Kelmarin, penulis telah membuat pemeriksaan dara setelah 3 bulan makan ubat kolesterol setiap hari. Keputusan kadar kolesterol kembali normal.  Entri yg dulu: Blood and Urine Screening Test.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jul 8, 2017

BLOOD AND URINE SCREENING TEST

Urinex is an antibiotic that fights infection caused by bacteria. Urinex is used to treat bladder infections.

Hari Sabtu yang biasa-biasa.
Pagi-pagi Subuh sepi-e penulis ingatkan hendak memulakan Uber, tapi terlupa pula hendak mengemaskinikan dokumen insuran yang baru diperbaharui. Kena tunggu sehari lagi lah nampaknya.

Oct 25, 2015

I WAS FRAMED AT VISTA

Vista Eye Specialist, Taman Mount Austin.

KALI terakhir kami menjalani operasi pembedahan lasik mata ialah 6 tahun yang lampau. Dan 6 tahun juga penulis tidak memakai cermin mata lagi. Kelmarin kami datang lagi ke pusat pakar mata yang baru berpindah di Taman Mount Austin untuk pemeriksaan biasa.

Oct 20, 2015

#PINKMOVE



KELMARIN penulis telah berjumpa dengan doktor pakar sakit kulit (baca: dermatologist). Mungkin ada alahan ubat demam yang penulis ambil kelmarin.

Gambar diatas semasa penulis berjalan keluar dari hospital itu, bukannya sebab penulis sudah tumbuh tetek ya. [ Link: #PinkMove to spread breast cancer awareness.]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2015

UBAT NYAMUK & PREDNISOLONE



DEMAM selesema penulis belum kebah lagi. Tapi ada kulit penulis yang tiba-tiba melecet tanpa sebab yang penulis sendiri tidak tahu. Mula-mula kulit mengelembung, kemudian bila sudah masak dia pecah jadi melecet dan tidak boleh terkena air. Ini bukanlah kali pertama penulis terkena penyakit ini.

Malam kelmarin penulis sudah berjumpa doktor Bukit Belacan. Doktor kata mungkin alahan pada ubat antibiotik, sebab dia pun pernah terkena lecetan yang sama. Doktor beri penulis ubat demam dan ubat batuk, manakala ubat prednisolone 5mg (sekali makan 3 biji ya) untuk ditelan pagi dan petang.

Ubat nyamuk (baca: racun nyamuk, mosquito repellant) berwarna ungu diatas penulis baru beli untuk mengganti ubat nyamuk lingkaran berwarna hijau yang sudah kehabisan. Banyak betul nyamuk-nyamuk berkeliaran yang jahat diwaktu malam dirumah merpati penulis itu. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 12, 2015

VERTIGO

Between Pasar Satok and Jalan Semariang, Kuching, Sarawak.

ALHAMDULILLAH urusan majlis pertunangan anak lanang penulis telah selamat berlangsung kelmarin dalam keadaan aman damai sejahtera sentosa senantiasa. Amin.

A NEW GANGWAY WAS INSTALLED TO MANAGE HEAVY TRAFFIC

  Khamis malam Jumaat, 4 Disember 2025. Part II. Rasanya baru semalam jejantas ini dipasang. Sebab memang jadi sesak. Terutama ketika makan ...