Nov 9, 2025

PENGALAMAN NAIK FERRIS WHEEL TERBESAR DAN TERTINGGI DI RAWANG 2025

 


Sabtu, 8 November 2025.
Part II.

Petang tadi sudah berlarian ke Rawang.
Ada jemputan pekerja DBKL baru buka kedai makan.

Kemudian berlarian ke Funpark Luge Gamuda di tepi lebuhraya Plus.
Pertama kali sampai di sini. Selalu nampak sahaja dari tepi Plus highway.

Mula2 mahu beli tiket di kaunter.
Tapi ada mamat gendut pekerja disitu sudah tarik tangan wak.
Naik ferris wheel secara gratis.

Ferris Wheel terbesar dan tertinggi di Selangor.
Perlahan sahaja pusingan.
Selama 13 minit. 

Kemudian terus ke kaunter beli tiket naik cable car.
Skyride sahaja rm30, turun pun sama.
Tanpa naik pushcar yg guna gravity.

Tiada tempat nongkrong diatas.
Sempat tengok orang naik Skyhigh atau Flyfox gitu.
Nampak menarik tapi wak kan kaki gayat.

Beli jeruk sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




3 comments:

  1. menarik sungguh tpmt ni waktu mlm..so far saya dh ke sini 2x utk naik luge tu cuma both waktu siang la (panas terik!)

    ReplyDelete
  2. Untunglah wak dapat naik ferris wheel percuma je. Bayar skyride je. Tak pernah jejak sini lagi. Tengok dari highway je lah. Malam-malam pun meriah juga ramai orang ye.

    ReplyDelete
  3. Saya kalau ferris wheel Ini kurang suka, sebab lambat sangat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tp suami suka. Jadi kadang saya hanya temankan dia. Pernah bilang ke suami, saya akan suka ferris wheel kalo dia berputar cepat 🀣

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

DALAM DEMAM KU GAGAHI KE PANTAI REMIS, PANTAI SEGARI DAN TELUK SENANGIN

  A hawksbill sea turtle (Eretmochelys imbricata). Pusat Konservasi Penyu Segari, Lumut Perak @2025 Sabtu 6 Disember 2025. Part II. Pagi tad...