Jumaat, 28 November 2025.
Petang tadi sepatutnya wak balik tumpang kapcai bro Wan.
Tapi hujan masih turunlah pula dari pagi.
Walaupun tidak deras.
Terpaksa panggil mgr Ayu untuk tumpang keretanya.
Sebab kantor yg agak jauh nun ke belakang limbungan.
Janji dgn mgr Ayu jam 7.15pm.
Lepas solat maghrib di surau.
Tapi biasalah janji melayu.
7.30pm pun masih tidak nampak bayang kereta X50 itu
Wak berjalan kaki sahaja ke luar pintu gate.
Adalah dlm 10 minit.
Sempat lagi keluarkan duit juta2 rupiah kat Atm itu.
Masih tidak nampak bayang kereta mgr Ayu.
Tiba2 bro Wan pun tiba.
Wak terus naik motor kapcainya.
Sebab hujan sudah reda.
Tapi beritahu mgr Ayu.
Mgr Ayu sempat lagi ajak makan roti canai depan kuboq.
Tapi hari ini kan hari Jumaat - warung tutup.
Malam cuci pakaian kotor ke kedai dobi berdekatan.
Cuci - rm6, pengering - rm5.
Sabun detergent bawa sendiri.
Info lalat. Black Friday. Ya, terdapat Black Friday di Malaysia, dengan peruncit dalam talian utama seperti Lazada dan Shopee, di samping kedai fizikal seperti Sports Direct dan pelbagai pusat membeli-belah, mengambil bahagian dalam jualan. Walaupun ia berasal dari Amerika Syarikat, acara itu kini merupakan tempoh membeli-belah yang penting di Malaysia, terutamanya untuk jenama antarabangsa, alatan, pelancongan dan tawaran fesyen.
Pandangan Ustaz & Fatwa. Kebanyakan ustaz dan pandangan ulama mengatakan tiada masalah dgn Black Friday kerana ia cuma promosi pemasaran - bukan perayaan agama Barat. Ia tidak sama seperti merayakan Christmas atau Halloween atau Thanksgiving.
Movie lalat. Mr Os (1987). Menampilkan Mr. Os, Rima Rashidi, Ziela Jalil, Salih Yaacob dll.
Blog bukanlah hakmilik kekal.


Black market Linda tau lah.. hahaha
ReplyDeleteapa jwpn kpd tajuk entry ni yer...
ReplyDeleteAt least kalau lambat tu roger² lah kan. Tak ada wak tertunggu-tunggu. Sudahnya naik motor jugak wak. Pernah nampak black friday sale ni tapi tak pernah tahu pulak infonya.
ReplyDeleteCantik pula mesin dobi warna warni aidilfitri
ReplyDelete