Aug 29, 2025

TOMYAM PADU DI PINTU GERBANG VENICE LUMUT 2025

 


Khamis malam Jumaat, 28 Ogos 2025.

Cerita 1. Madu Tualang asli dijual oleh pekerja syarikat klien, bro MIN.
Wak cuba 2 sudu dari botol yg bro NAZ beli tadi.
Wak pun segera pesan.
Esok sampai kata pekerja itu.

Cerita 2. Keluar mesyuarat tadi terus mabuk.
Vertigo rasa mahu muntah.
Punca dari cahaya alat projector yg tidak stabil.
Ingatkan wak seorang sahaja yg pusing.
Rupanya ada beberapa rakan2 lain juga mengalami keadaan yg sama.

Cerita 3. Tomyam padu di pintu gerbang Venice.
Disarankan oleh pekerja syarikat klien juga, bro KHAI.
Kami pesan tomyam seafood, brocolli sambal, telur dadar.

Cerita 4. Tiba² adik ipar telefon.
Nak pinjam uang juta².
Gara² terkena scam atas talian.

Cerita 5. Akhirnya wak ada kecekalan dan semangat.
Terpaksa beritahu sijanda anak 7.
Tidak dapat tolong pinjamkan uang untuk biaya sekolah anak² beliau yg ramai.
Ehh, bukan nafkah anak2 itu tanggungjawab bapa mereka?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Faiziy Tomyam, Persiaran Venice Sutera 1 Lumut @2025


2 comments:

  1. Sedap madu tualang asli campur dengan air suam. Tambah sehiris lemon. Segar rasa tekak. Uishh mujurlah wak tak termuntah. Bahaya juga tu vertigo.
    hmm...cerita kena scam ni, mohon dijauhkan lah. Sekali hilang bukan puluhan, malahan ribuan.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah banyak urusan selagi hidup..apapun kita berdoa KepadaNya agar dijauhi perkara yang tak baik..Aamiin

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

DALAM DEMAM KU GAGAHI KE PANTAI REMIS, PANTAI SEGARI DAN TELUK SENANGIN

  A hawksbill sea turtle (Eretmochelys imbricata). Pusat Konservasi Penyu Segari, Lumut Perak @2025 Sabtu 6 Disember 2025. Part II. Pagi tad...