Sabtu, 30 Ogos 2025.
Pagi sudah berlarian ke pulau Pangkor.
Tidaklah jauh dari hotel inap.
Beli tiket PP (Pulang Pergi) atas talian rm22.
15minit naik feri sudah sampai ke pulau.
Sewa motor dengan apek yg jadi ulat berkerumun di jeti.
"rm50 sebab holiday maa," apek kata tegas.
Pusing pulau limpas Tasik Bogak Teluk Nipah, Teluk Air Dalam dan terus ke Sg Pinang Kecil.
Kali terakhir ke Pangkor.
Dikenakan bayaran langganan setahun - rm10.
Tapi kali ini tiada bayaran lain pula.
Tapi bila keluar.
Makcik kastam india kata.
"Wak kena bayar cukar sebab tak tidur semalam disini,"
"10 persen je wak,"
Malam pula makan nasi ayam penyet Jawa Timur.
Kemudian cari kasut getah untuk mendaki bukit.
Mula2 ke pasaraya biasa - tiada.
Kemudian cari di emporium dan kedai Sakan - pun tiada.
Baru teringat mungkin ada dijual di kedai Mr DIY.
Memang ada pun.
Cuma saiz tidak berapa sesuai.
Blog bukanlah hakmilik kekal.




Mahal juga sewa motor nyaaa..kalo bukan peak season berarti lebih murah Wak?
ReplyDeleteAikkk..tak stay sana pun kena bayar jugak ek. Okay jugak wak jalan-jalan dapat juga ambil gambar yang menarik.
ReplyDeleteJauh berjalan luas pandangan..banyak sekali pengalaman..alhamdulillah..
ReplyDeleteSaya dah lama tak ke Pangkor, walaupun dekat. Jadi, tak tahu tentang cukai cukai di sana.
ReplyDeleteWak beli kasut potong getah yang warna hitam tu ke? Saya pun pakai kasut tu naik bukit. Daya cengkaman yang kuat, tak yah beli kasut trail mahal-mahal.