Ahad, 10 Ogos 2025.
Pagi sudah berlarian ke Ampang Point.
Lepak kedai mamak Pelita.
Minum air teh 0 kosong sahaja.
Tidak lama di kedai mamak itu.
Terus berlarian mencari laman madu kelulut sekitar Putrajaya dan Sepang.
Mengikut informasi dari sosmed spt Tiktok, FB dan Youtube sahaja.
Hampir kesemua laman kelulut sudah ditutup.
Tiada sambutan atau tidak bernilai lagi.
Ehh - tiba2 wak baru teringat.
Minuman di kedai mamak tadi belum dibayar- aiyah!
Meskipun cuma air teh 0 kosong sehinggit setengah sahaja.
Takkan dari Putrajaya mahu pusing semula ke Ampang?
Tapi sekarang kan zaman canggih.
Telefon nombor (03) dalam google maps sahaja.
Nombor telefon kekal dalam kedai tapi boleh dihantar mesej whatsapp.
Siap mamak kirim QR code.
Gampang (mudah) - tidak perlu patah balik semula.
Lega disitu.
Petang singgah di rukan (rumah makan) Bakso Jawa Dengkil.
Punyalah ramai pelanggan.
Ooh - rukan (rumah makan) sudah bertambah besar.
Ditambah dengan bahagian kedai bersebelahan.
Tapi servis agak kelam kabut.
Mungkin tidak cukup pekerja.
Wak makan nasi ayam penyet seperti biasa.
Petang sedikit terasa mahu jalan2 kaki di belakang rumah.
Ambil 2 3 keping gambiran sudah.
Dan petang tadi juga.
Dapat mesej dari kedai IT Point di Plaza Pelangi JB.
Kata skrin monitor laptop yg wak pesan sudah tiba.
Blog bukanlah hakmilik kekal.



Kalau kena patah balik naya π
ReplyDeleteCantik semua gambar wak.... rumah tu siapa punya wak? cantik
ReplyDeleteKucing tu rupa ghimau laaa Wak!
ReplyDeleteJujur wak ni... Mujur boleh kirim qr
ReplyDeleteMujurlah wak ingat. Senang boleh QR je. Kalau takde, payah gak nak kena patah balik. Kejap area KL/Selangor, kejap JB. Macam jiran je wak buat. Padahal jauh tu. Wah, test handphone baru ke tu wak? Cantik-cantik gambar wak tangkap.
ReplyDeleteLega dah bayar kan..wak ni jaga kesihatan, madu kelulut tu sihat kan badan, semoga wak sihat hendaknya.Aamiin
ReplyDeletelega la dpt byr, senang zmn sekrg, boleh google2 ajer segala info dan contact numbernya
ReplyDeleteSkr dah mudaaah memang. Cukup kirim barcode selesai.
ReplyDeleteBagus2 sangat hasil foto Wak ππ