May 14, 2017

KUCHING THE CAT CITY: DAY 1

View of Santubong , and see the barrack of clouds exactly on top of the river - so nice kann | Kuching | Sarawak 2017

Sabtu, 13 Mei 2017. Penulis telah menghadiri jemputan kahwin besan penulis di bandaraya kuching itu. Meoww.

Penulis terbang berdua sahaja dengan isteri penulis (yang itu) kerana anak lanang telah duluan kesana pada hari Khamis kelmarin.

3.30am, bangun, mandi dan terus ke lapangan terbang Senai.
6.15am, berada didalam belon.
7.30am, tiba di Kuching. Naik Uber ke hotel Grand Margherita untuk letak bagasi.
9.30am, naik Uber ke Dewan Baitulmal.
12.12pm, majlis tamat dan bersurai. Tempah Uber balik ke hotel.

Tiada aktiviti petang kerana isteri penulis (yang itu) keletihan dan tidur sahaja dibilik hotel. Manakala penulis melayan wayang atas talian cerita "Nymphomaniac Vol 1" dan "Nymphomaniac Vol 2" hingga tamat. Wifi dalam bilik hotel amatlah laju, tidak seperti wifi atas belon Airasia yang lebih baik tiada daripada ada.

6.06pm, aktiviti menyanset (baca, sunset) di Waterfront, tepian Sungai Sarawak.
7.07pm, berenang ke seberang sungai untuk membeli kek lapis Mira dan menjamah mee kolok.
8.30pm, bali ke bilik. Tapi belumpun sampai 13min, isteri penulis (yang itu) berasa lapar pula dan menyuruh penulis membeli nuggets ayam di Mcd dalam hujan gerimis seberang jalan sahaja.

Untuk baca entri Kuching The Cat City: Day 2, sila berdayung di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Grand Marghertia hotel  | Kuching | Sarawak 2017



Toasted and burned breads and soft boiled eggs | Old Town White Coffee | Kuching Airport | Sarawak 2017

 The invitation card | Old Town White Coffee | Kuching Airport | Sarawak 2017

White flower | near Cats Statue | Kuching | Sarawak 2017

Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

A 33rd anniversary | Dewan Baitulmal | Kuching | Sarawak 2017

Sarawak tourist brochure | Grand Margherita hotel | Kuching | Sarawak 2017

Just infront of the famous cats statue | Grand Margherita hotel | Kuching | Sarawak 2017

The waterfront sunset | Kuching | Sarawak 2017

The waterfront sunset | Kuching | Sarawak 2017

Sarawak river cruise and the Grand Margherita hotel | Kuching | Sarawak 2017

The waterfront | Kuching | Sarawak 2017

May 12, 2017

SPARE TYRE COMES WITH SHORTER SCREWS

Actually my dear, it's already shown on the tyre itself to use the shorter screws. Aiyah!

Pagi tadi selepas bersarapan dengan anak wedok di warong lontong Masai, penulis pun terus berlarian ke tempat kerja. Tetapi tiba di simpang lampu isyarat Kipmart Masai, ada pemandu kereta lain sudah memberitahu tayar belakang sebelah kiri cikputih sudah penyet. Penulis sebetulnya sudah lama tahu pun dan segera putar semula ke stesen minyak Petronas berdekatan. Penulis cuba pam tayar, tapi tidak berhasil kerana angin tayar langsung tiada. Jadi penulis ketepikan cikputih dan cuba menukar tayar kereta yang pancit itu. Bila sudah tukar dengan tayar pengganti, bila mulakan enjin, cikputih tidak mahu berganjak pula. Penulis sudah mula panik. Sudahlah berpeluh atas dan bawah. Jadi, penulis menelefon pomen yang biasa. Pomen, misterGan, beritahu skru tayar terlalu panjang dan menyuruh penulis memasang dengan skru yang lebih pendek. Pada masa yang sama, penulis menempah kereta Uber untuk anak wedok ke tempat kerja beliau sebab sudah pukul 8.18am. 13 minit untuk sampai, kata Uber.



Bila penulis sudah siap mengganti skru yang pendek, pemandu Uber pun sampai. Hendak membatalkan tempahan penulis terasa kesian lah pula sebab beliau datang dari jauh untuk membeli segenggam beras. Jadi, penulis menyuruh anak wedok terus menaiki kereta Viva Uber itu.

Tengahari. Penulis berlarian menghantar cikputih ke bengkel kereta Melayu berdekatan Mydin. Budak pomen itu gigih juga menampal tayar lama yang bocor kerana ditikam paku jalanan. Jahat sungguh paku itu. Budak pomen tukar semula tayar pengganti tetapi malas untuk memasukkan tayar pengganti ke tempat boot di belakang. Penulis pula yang kena buat. Tetapi bila penulis suruh periksa kesemua tekanan tayar-tayar, beliau lakukan juga. Bila kerja-kerja sudah selesai, penulis pun bertanya harga upah dan tampal gam tayar. "Lima hinggit je wak," kata budak pomen Melayu itu.

Dari bengkel kereta Melayu tadi, penulis singgah di restoran McD membeli makanan ringan dan terus pulang kerumah. Melihat anak lanang bocah cilik yang baru balik dari sekolah cina dan abangnya yang akan pulang ke Kuching sebentar lagi. Penulis sudah tempahkan kereta Uber untuk ke lapanganterbang.

Perbualan di meja makan didapur:
Bocah cilik: Bah, last week kat sekolah ada kuiz. Ada soalan yang anaknda konpius nak jawab.
Bapak: Apa soalannya?
Bocah cilik: Soalannya, "what is the male duck called?"
Bapak: Haa?
Bocah cilik: what is the male duck called?
Bapak: Jap, abah check gugel... Haa, mollard! [click here to see what i searched ... ]
Bocah cilik: manede? Ada jawaban objektif: A = drake, B = duck, C = duckling ... anaknda jawab duckling!
Bapak: Jap, mollard tadi salahlah, kat iphone nih tak nmpk semua., hahaaa... Jap, abah gugel semula.. Oooo, drake lah jawaban...

Pengajaran lalat: lain kali kalau pun guna google mencari jawaban, sila klik artikel sepenuhnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 11, 2017

PENGALAMAN MELAWAT ANAK DI ASRAMA UNIKL MICET ALOR GAJAH

A Windmill | Freeport A'Famosa Outlet | Alor Gajah | Melaka 2017

Rabu, 10 Mei 2017. Hari Wesak.

Untuk baca entri Pengalaman Hantar Anak Latihan Praktikal di Unikl Micet Alor Gajah 2017, sila godak di SINI.
Untuk baca entri keponakan penulis, JAMPONG 2012 yang pernah datang ziarah ke rumah penulis masa mula-mula masuk UniKL ini, sila kepau di SINI. Sila lihatlah saiz sado badannya dulu dan sekarang.

May 10, 2017

BARBECUE AT D'AMBIENCE PERMAS

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

Hari ini hari Wesak. Ada syarikat yang tidak mengambil cuti umum ini.

Malam tadi, kawan-kawan sekerja penulis yang tinggal di kondo D'Ambience Permas Jaya mengadakan majlis memanggang BBQ kambing dan ayam dan sosej atas bara api dan arang.

Terimakasih semua kawan-kawan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru





D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

Thanks to Zaim from whatsapp group | D'Ambience Condo | Permas Jaya | Johor Bahru

May 9, 2017

SINGAPORE DOLLAR HITS WEAKEST AGAINST RINGGIT THIS YEAR

Pengurup Wang | Licensed Money Changer | Jalan Yahya Aldatar | Johor Bahru | Johor | Malaysia
The exchange rate: buying SGD100 = RM309.50

Untuk baca renangan penulis ke seberang tambak setiap bulan yang lepas, sila ketabrak di bawah:
April 2017 - Kanda ni Asek Kuar Berjalan Saje
Mac 2017 - Where can I Topup the Autopass Card for Malaysian Car
Febuari 2017 - Engkau Jangan Samakan Aku Dengan si Jaafar dengan si Hashim dengan si Salleh tu Pah
Januari 2017 - Jem dan Kaya

May 8, 2017

DIRTY JOB THAT NOBODY WANTS



Sekarang kerja sebagai pemotong rumput tidaklah sesibuk mana, maka penyelia memberikan penulis kerja membina paip pembentungan najis dalam kapal pula. Penulis tidak kisah kerana ianya rezeki yang halal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





May 7, 2017

LAMB CHOP BY CHEF NIZAM



Sabtu, 6 Mei 2017.
Hari bertugas separuh hari. Timekaseh bro Nizam rajin masakkan kambing bakar.



Blog bukanlah hakmilik kekal.





May 6, 2017

PERADUAN BELI KELEDEK MISTER POTATO DI 7 ELEVEN DAPAT VESPA UNGU



Sudah lama penulis tidak menyertai peraduan atas talian dan tepi talian. Sudah 3 tahun rasanya.

Tadi penulis baru beli cip kentang Mister Potato perasa keledek. Ada peraduan kalau menang boleh dapat Vespa ungu. Tapi rasa tidak berbaloi sahaja kerana pemenang berdasarkan penyertaan terbanyak.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Uuuuui ungulicious! Vespa ungu! GoPro Hero 5! Wang tunai! Uuuuui, menarik ni! Jom ke 7-Eleven berdekatan, beli 1 canister Mister Potato Sweet Potato, WhatsApp dan tunggu jadi pemenang bertuah. Jom ajak amigo sekali jom! Macam mana? Haa..

Langkah 1: Beli Mister Potato Sweet Potato crisps. 1 tin = 1 penyertaan
Langkah 2: Jawab soalan ni. Mister Potato Sweet Potato Crisps adalah kerepek keledek pertama di Malaysia. Betul / Salah?
Langkah 3: Whatsapp resit asal, jawapan, nama penuh dan no K/P ke +6017.880.0994



May 5, 2017

SELAMAT PAGI JUMAAT MASAI

Thank you dear for straight line ironing my baju melayu johor.

Jumaat, 5 Mei 2017 bersamaan 8 Syaaban 1438 tahun Hijriah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 4, 2017

TEPUK TEPUK TEPUK AMAI AMAI

On Upperdeck starboard this morning | FSO Bergading | Straits of Johor 

Untuk baca entri naik kapal bila [The Storm Is Coming], sila dayung di SINI.
Untuk baca entri penulis pernah memotong rumput [Sekangkang Kera], sila tebas di rumah lama konco penulis di SINI.

Rabu, 3 Mei 2017.

Tiada yang menarik untuk bercerita. Cuma penulis sempatlah juga naik kapal masuk ke bilik-bilik penginapan di kuarter kehidupan (baca, living quarters). Turun tangga naik tangga tujuh lapan kali, lapan lagi pun sudah mengah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 3, 2017

A CREEPY PHONE CALL FROM SCAMMER 0376268899


Tengahari tadi, penulis kena pulang ke rumah kerana terpaksa menunggu anak lanang bocah cilik pulang dari sekolah cina. Selepas anak lanang bocah cilik sampai dirumah, kena tunggu pula sehingga van sekolah agama datang memungutnya.

Sementara menunggu tadi, penulis terima satu panggilan telefon yang tidak dikenali - 0376268899. Bila jawab, suara ahmoi dalam mesin mengatakan penulis ada tunggakan bayaran berjuta-juta lemon pinjaman peribadi selama 3 bulan. Cakap melayu tak berapa nak lancar. Aiyah! Masa bila pula penulis ada urusan dengan bank Hong Leong? Untuk bercakap dengan operator manusia, disuruhnya penulis tekan butang 9. Iyelah tuh. Baca: THIS IS A SCAM!

DALAM DEMAM KU GAGAHI KE PANTAI REMIS, PANTAI SEGARI DAN TELUK SENANGIN

  A hawksbill sea turtle (Eretmochelys imbricata). Pusat Konservasi Penyu Segari, Lumut Perak @2025 Sabtu 6 Disember 2025. Part II. Pagi tad...