 |
| To see the BIG ship, please hover your mouse! Jangan cakap wak tak payung. |
Salam pagi
Sabtu kawan-kawan penulis semua-semua lah.
Penulis kena kerja potong rumput hari ini. Tiada kerja tiada gaji
maa.
Nampaknya hari ini penulis bertugas
seorang diri sahaja di tempat
jin bertendang ini. Kerana rakan-rakan sekerja lain kan
suami mingguan (baca,
weekend husband) terpaksalah mereka pulang kepangkuan
isteri sambil membayar
bil air masing-masing
ya. Lol.
Cerita lain lalat.
Untuk baca entri terdahulu tentang
suami jangan jadikan isteri seperti orang gaji, sila terjun di
SINI. Jadi, penulis telah memesan
beg habuk untuk penyedut hampagas di laman sesawang
Lazada itu dengan segera. Tapi apakan daya,
buah cempedak dah menjadi nangka, kesilapan penulis sendiri yang
tergesa-gesa (
gelojoh) dan kurang periksa, maka penulis telah memesan
beg habuk yang salah. Padan muka penulis. OTL
Kelmarin, penulis sekali lagi memesan
beg habuk untuk mesin pembersih hampagas,
Panasonic MC-CG333, selepas membaca
buku manual yang dilampirkan.
Beg habuk yang betul hanyalah
Type C-13 berharga
RM34 sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
 |
| Original Dust Bag ordered from Lazada. |