Showing posts with label ONCLICK IMAGES. Show all posts
Showing posts with label ONCLICK IMAGES. Show all posts

May 3, 2017

A CREEPY PHONE CALL FROM SCAMMER 0376268899


Tengahari tadi, penulis kena pulang ke rumah kerana terpaksa menunggu anak lanang bocah cilik pulang dari sekolah cina. Selepas anak lanang bocah cilik sampai dirumah, kena tunggu pula sehingga van sekolah agama datang memungutnya.

Sementara menunggu tadi, penulis terima satu panggilan telefon yang tidak dikenali - 0376268899. Bila jawab, suara ahmoi dalam mesin mengatakan penulis ada tunggakan bayaran berjuta-juta lemon pinjaman peribadi selama 3 bulan. Cakap melayu tak berapa nak lancar. Aiyah! Masa bila pula penulis ada urusan dengan bank Hong Leong? Untuk bercakap dengan operator manusia, disuruhnya penulis tekan butang 9. Iyelah tuh. Baca: THIS IS A SCAM!

Mar 12, 2017

PENGALAMAN PERGI MELAWAT ZOO JOHOR DI TAHUN 2017

After cutting my hair at Tesco Seri Alam.

Pagi Ahad yang hening, penulis telah berlarian ke Zoo Johor itu. Tiket masuk ialah RM2 (dewasa) dan RM1 (kanak-kanak). Gerimis juga tidak menghalang penulis berjalan perlahan-lahan didalam zoo yang daif itu. Melihat keadaan singa yang berkurap juga agak kasihan. Kata orang dulu-dulu, hidup segan mati tak mahu.

Updated. Cerita lalat 1. Kartu pos dari Tanjung Balai Pulau Karimun Indon yang penulis telah poskan 2 minggu lepas baru sahaja penulis terima siang tadi. Untuk baca entri terdahulu tentang Kebosanan Mencipta Kelainan: Tanjung Balai Karimun, sila debik di SINI.



Updated. Cerita lalat 2. Balik dari Zoo Johor, penulis singgah di Tesco untuk memotong rambut anak lanang bocah cilik (diatas) dan memperbaiki bingkai cermin matanya yang patah.

Updated. Cerita lalat 3. Petang pula, penulis berlarian ke Taman Tanjung Puteri Resort meninjau-ninjau kawasan perumahan disitu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.
























Hover your mouse. Camel, Zoo Johor.













Feb 20, 2017

PADAH BIARKAN ANAK BERBASIKAL TENGAH MALAM, 8 KANAK-KANAK MAUT DILANGGAR KERETA

Petronas Tower, and the skybridge, KLCC, Kuala Lumpur.

Hujung minggu di ibukota.

10.33am, penulis sudah tiba di perkarangan KLCC yang cantik dan ohsem seperti biasa yang dipenuhi pelancong luar dan dalam negeri.

11.33am, penulis makan daging panggang (baca, ribeye steak) di Chilis KLCC. Kaum kerabat yang jauh dimata telah memesan BBQ beef ribs, honey BBQ beef ribs, Fajitas mushroom and beef, Crispy Honey Chipotle Chicken.

2.33pm, bergerak pulang ke gagang.

4.13pm, kemalangan sebuah motor bersama pembonceng selepas persimpangan Ayer Keroh hala selatan di KM171.9. Sila lihat gambar dibawah (dengan amaran - jangan cakap Wak tak payung).

7.44pm, tiba di Lapanganterbang Senai untuk menyerahkan resit pindah milik PTG (Pejabat Tanah Galian) kepada bakal pembeli flat rumah murah. Sipembeli agak sibuk dengan ketibaan pesawat, jadi penulis tinggalkan resit tersebut dimeja kaunter Air Asia sahaja.

9.33pm, rumah manis rumah (baca, home sweet home).

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Petronas Twin Tower, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia.



A Coca Cola softdrink and the crayons coloring book for kid. Chilis Restaurant, KLCC.

Ribeye steak, Chilis KCC, Kuala Lumpur.

Chilis KLCC, Kuala Lumpur.

The motorcycle tragic accident on the Plus highway.

Click at your own risk:






Blue hour at Senai Airport, Johor, Malaysia.

A NEW GANGWAY WAS INSTALLED TO MANAGE HEAVY TRAFFIC

  Khamis malam Jumaat, 4 Disember 2025. Part II. Rasanya baru semalam jejantas ini dipasang. Sebab memang jadi sesak. Terutama ketika makan ...