 |
| Panasonic vacuum cleaner, MC-CG333. |
Sudah hampir 3 bulan, pembantu rumah (baca,
bibik) penulis telah pulang ke
Lombok. Jadi kesemua kerja rumah dibuat oleh
kaum kerabat sendiri. Malam kelmarin
bukan malam jumaat ya para pembaca, isteri penulis (yang itu) telah memerintah penulis memasang
pembersih hampagas (baca,
vacuum) dari dalam kotak asalnya. Selepas beliau siap
menyedut habuk didalam bilik tuan (baca,
master bedroom), disuruhnya penulis membukanya kembali dan diletak kedalam kotak asal yang sama. Tapi sebelum itu, bila diperiksa,
mesin pembersih hampagas itu tiada beg habuk (baca,
dust bag) didalamnya. "Dah lama takde la plastik habuk tu kanda," kata isteri penulis yang itu. Aiyah. Jadi, penulis pun bertungkuslumus menggeledah
laman sesawang Lazada dan terjumpa juga beg habuk tersebut. Dan siang tadi, penulis sudah memesannya dengan segera. Harap-harap tidaklah penulis menerima
lesung batu dalam bungkusan pula. OTL
Nota lalat. Lazada, 1 set of 5 dust bags costs
rm34 only.
Updated. Oops! Penulis
tersilap pesan beg habuk yang salah!
Entri terbaharu di
SINI.
Nota langau. Suami, jangan jadikan isteri seperti orang gaji. Dan jangan jadikan orang gaji seperti isteri sendiri. OTL
Blog bukanlah hakmilik kekal.