KELMARIN penulis telah berlarian ke beberapa stesen minyak Shell untuk mencari kereta dan minifigure Lego. Esoknya adalah hari pertukaran Lego yang baharu, maka penulis merasa tercabarlah juga. Akhirnya di stesen minyak yang baharu dibuka dibelakang rumah hinggap penulis akhirnya berjumpa.
KELMARIN penulis telah mengisi minyak di stesen minyak petrol Shell dan mendapatkan kereta mainan Lego Ferrari 250 GTO warna biru pula. Selalunya anak lanang bocah cilik yang akan memasang kereta mainan Lego yang didapati, tapi kali ini penulis sudah menggatalkan jari jemari untuk mencuba memasang sendiri. Percubaan yang agak mencabar walaupun ada kertas arahan yang dilampirkan bersama.
Nota lalat. Updated. Gambar Shell Lego dibawah ini (sebagai rujukan) sebenarnya penulis telah beli bulan lepas (21/11/15). Semuanya telah dipasang oleh anak lanang bocah cilik.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 20/30 Post of the Day: 1/4
KELMARIN usai dari tugasan memotong rumput, penulis terus merempit ke Chow Kit. Tiadalah apa-apa tujuan, kecuali merakam gambar sekeping dua sudah. Tiadalah penulis menunggu hingga larut malam dan melakukan sesuatu yang sumbangsih disitu.
Nota lalat. Pasal nama jalan Lorong Haji Taib,
Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925). Kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah Kuala Lumpur berikutan terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang beroperasi di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk menjalankan kegiatan mereka di kawasan ini. Keadaan ini mencemarkan nama seorang bergelar haji di sini. - wikipedia
Nota lalat lagi. Pasal tajuk lagu Perawan atau Janda nyanyian Cita Citata,
♪ ♪ Abang pilih yang mana perawan atau janda Perawan memang menawan, janda lebih menggoda Abang pilih yang mana perawan atau janda Perawan memang cantik, janda lebih menarik
Kalau abang pilih perawan Masih muda masih segelan Belum disentuh orang belum berpengalaman
Kalau abang pilih janda Sudah pasti lebih dewasa Sudah bermain cinta Banyak pengalamannya
♫ ♫ Abang pilih yang mana perawan atau janda Perawan memang bohai, janda lebih aduhai ♫ ♫
Lego robber and young girl painting by Ernest Zacharevic.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 19/30 Post of the Day: 4/4
SIAPALAH tidak kenal pelukis dinding seni jalanan (baca: street art), encik Ernest Zacharevic yang melukis banyak lukisan dinding di Pulau Pinang. Tapi bila beliau melukis dinding di bandar Johor Bahru, pihak majlis bandaraya telah memadam dengan mengecat putih akan lukisan beliau kerana lukisan beliau menggambarkan wajah Johor Bahru yang penuh dengan jenayah, ragut, kaki penipu, dan kaki perempuan. Perkara tersebut dicebekkan sahaja oleh negara jiran liliput yang anti-grafiti yang bersih, kiasu dan berdaya maju.
Nota lalat. Semasa pembikinan drama sketsa diatas, tiadalah dinding di kawasan majlis tempatan yang tertampal dengan pelekat lukisan. Harap maklum.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 19/30 Post of the Day: 2/4
DULU penulis tidak meletakkan markah air (baca: watermark) pada gambar-gambar yang dipaparkan dalam blog lama penulis. Maka banyaklah gambar-gambar penulis itu diambil, dicuri, disunting (baca: edited) tanpa kebenaran dari penulis. Sedih kan? Sakit dalam hati siapalah tahu. Tapi penulis kagumlah juga, ada setengah blogger tanpa letak markah air pun tiadalah siapa yang berani mengambil dan mengaku hakmilik mereka.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 16/30 Post of the Day: 1/4
TIADALAH menariknya pekan koboi Masai untuk penulis ceritakan dalam blog penulis yang biasa-biasa ini. Takkanlah penulis selalu hendak merungut kerana catuan air terus bersambung untuk bulan ketiga pula? Walaupun hujan turun anjing dan kucing setiap hari, air tempayan dibuang jangan.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 10/30 Post of the Day: 2/4
DUA minggu lepas, bila staf di Pejabat Tanah Galian Daerah Johor Bahru di Larkin menyuruh penulis ke Pejabat Tanah Galian Negeri di Kota Iskandar, beliau ada menyebut tentang bangunan rekabentuknya (baca: architecture) seperti tiada berbumbung. Minggu lepas bukankah sudah diisytiharkan cuti peristiwa dan semua pejabat kerajaan negeri ditutup. Dan kelmarin penulis sekali lagi ke Nusajaya, dan tiba di bangunan macam takde bumbung itu bersebelahan dengan bangunan Pejabat Perumahan Negeri yang penulis pernah datang dulu.
Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month Day: 10/30 Post of the Day: 1/4
DIAM tak diam sudah sepoh hari penulis menyahut cabaran Daily Photo Challenge. Setakat ini alhamdulillah, penulis masih lagi bertahan. Ada lagi 20 hari hingga hujung bulan. Semoga dipermudahkan amin ya robbal alamin.
Nota lalat lain. Sekarang ini sedang berlangsung promosi dari stesen minyak Shell untuk mendapatkan patung mainan Lego setiap minggu. Kelmarin masa singgah di stesen minyak itu, ada abang Bangla bilang hari terakhir untuk mendapatkan model kereta Ferrari kerana esoknya akan ditukar model lain. Beli minyak Ron 95, harga model Lego itu ialah RM14 sahaja.
SALAM. Hee dalam kesibukan tugasan pun saya sempat lagi menyahut cabaran menulis entri dengan tulisan tangan saya yang buruk ini. Cabaran dari blogger lekatlekitgurl. Maafkan saya kerana membuat entri yang poyo sebegini.
Nota lalat. Sila lawat blog cikpuan [lekatlekitgurl] untuk menyahut cabaran. Tiada paksaan dan tiada hadiah ya. ;D
GAMBAR diatas ketika melayan anak lelaki bermain lego saja.
Cerita tajuk lalat. Wah! Tajuk boleh mengundang periuk belanga UFO terbang melayang-layang hinggap dibelakang. Sebenarnya malam kelmarin tiba-tiba saya saya ada bermimpi bos besar pasal kerjaya juga. Nama bos besar saya itu Nurul dan bos besar saya itu seorang lelaki. Dalam mimpi yang sebentar itu dia tidaklah marah-marah, jeling-jeling saiko saja. Tapi kesannya sampailah berhari-hari. *Bongok punya mimpi mainan tidur saja kan.