Dec 19, 2015

KLCC NIGHT PHOTOGRAPHY WITH ANAK LANANG



PETANG kelmarin, anak lanang penulis yang baru merdeka dari peperiksaan SPM telah tiba di KL bersama-sama konco Cino nya. Malam pula penulis membawa mereka jalan-jalan KLCC sudah.

Nota kamus lalat. Anak lanang = anak lelaki bujang;
konco Cino = kawan Cina

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Dec 17, 2015

MY GIRL ASKED ME TO LOOK AFTER HER TORTOISE



MALAM kelmarin tuan punya kura-kura, si anak wedok penulis yang itu telah tiba ke rumah merpati penulis. Rindunya pada si kura-kura itu bukan kepalang. Sekarang, tuan punya kura-kura dan kura-kura itu sendiri sedang menaiki bas ekspres bersama-sama pulang ke gagang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 16, 2015

YUI HIRASAWA



PESTA komik pakaian ragam anime (baca: Cosplay at Comic Fiesta) akan diadakan di The Mines hujung minggu ini. Jangan nanti pembaca cakap yang penulis tidak memberitahu tentang pesta ini. Kaum kerabat penulis yang remaja itu serta rakan-rakan mereka sudah mempunyai rancangan masing-masing. Tetapi penulis tidak pasti samada ingin masuk ke dewan pameran seperti tahun-tahun lepas ataupun tidak.

Dec 14, 2015

SHELL & LEGO PODIUM AND TANKER



KELMARIN penulis telah berlarian ke beberapa stesen minyak Shell untuk mencari kereta dan minifigure Lego. Esoknya adalah hari pertukaran Lego yang baharu, maka penulis merasa tercabarlah juga. Akhirnya di stesen minyak yang baharu dibuka dibelakang rumah hinggap penulis akhirnya berjumpa.

Dec 13, 2015

SUNFLOWER SEED & PLANT: THE REVISIT



SEPERTI yang penulis jangka, makanya selepas 3 minggu penulis berlarian lagi ke kedai hiasan dalaman untuk melihat bunga matahari yang sedang mekar berkembang. Sila jolok untuk entri bulan lepas di SINI.

Dan lihatlah perbezaan saiz bunga matahari dengan anak lanak bocah cilik penulis dibawah ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Dec 12, 2015

INFLATION

Nestle's kit kat green tea ice cream with wafer chocolate stick in the center.

Assalamualaikum dan salam pagi jumaat semua kawan-kawan penulis lah.

HAMPIR separuh dari harga sarapan di bilik makanan (baca: pantry) kak Uda (bukan nama sebenar) sudah naik lima posen. Dan penulis tidak baharu tahu nama buah kak Uda (dibawah) yang selalu ada di meja tempat letak makanan ini. Namanya buah delima (baca: Pomegranate).

Nota lalat. Updated. Gambiran aiskrim Nestle diatas penulis baru beli dari kedai tujuh sebelas (baca: 7 eleven) dan ingin cuba merasa perisa Kit kat green tea dan ada sebatang coklat wafer didalamnya. Mungkin ada orang lain yang minat, tapi penulis rasa inilah kali terakhir penulis membelinya.

Blog bukanlah hakmilik kekal

*Kena order thru telephone.

Buah I dont know the name. Buah delima (Pomegranate)

Dec 10, 2015

HOW TO TURN LIMAU PURUT INTO LIMAU NIPIS



PERBEZAAN limau purut (kaffir lime) dengan limau nipis (key lime) adalah dari segi luaran kulitnya yang menggerutu. Manakala limau kasturi (calamondin) lebih kecil dari limau nipis dan popular untuk dibuat air minuman sejuk.

Sudah lama penulis tidak berpantun;
Limau purut di tepi rawa,
buah dilanting belum masak
sakit perut sebab tertawa,
melihat kucing duduk berbedak
Nota amaran lalat. Ini entri merapu. Kebosanan mencipta kelainan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Thor: "Guys, follow the flow to the right! Don't play play!"

Dec 9, 2015

DIY: HOW TO ASSEMBLE TOY CAR



KELMARIN penulis telah mengisi minyak di stesen minyak petrol Shell dan mendapatkan kereta mainan Lego Ferrari 250 GTO warna biru pula. Selalunya anak lanang bocah cilik yang akan memasang kereta mainan Lego yang didapati, tapi kali ini penulis sudah menggatalkan jari jemari untuk mencuba memasang sendiri. Percubaan yang agak mencabar walaupun ada kertas arahan yang dilampirkan bersama.

The poster sila jolok di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Nota lalat. Updated. Gambar Shell Lego dibawah ini (sebagai rujukan) sebenarnya penulis telah beli bulan lepas (21/11/15). Semuanya telah dipasang oleh anak lanang bocah cilik.

Dec 8, 2015

I WON 2 GIVEAWAYS TODAY

Continued from previous EPISODE .

PENULIS bukanlah blogger tegar yang suka sertai GA (baca: giveaways). Tapi minggu lepas penulis telah sertai 2 mini GA dari rakan-rakan blogger yang best-best itu. Walaupun sekadar suka-suki sahaja, penulis telah berjaya memenangi kedua-dua giveaways itu dan bakal mendapat hadiah cenderahati.

JOHOR PRINCE TUNKU JALIL DIES AT 25 AFTER BATTLING LIVER CANCER



KELMARIN penulis sempat lagi berlarian ke makam Mahmoodiah dan masuk untuk pertama kalinya kedalam makam diraja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 7, 2015

HUNGRY?

Hungry? Grab a Snickers.

KADANG-kadang kalau terasa lapar dan tidak mahu makan nasi, penulis akan membeli coklat bar (baca: candy bar) untuk dimakan dalam perjalanan yang agak jauh. Tapi selalunya juga, penulis tidak menyentuh pun coklat bar itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA .  Blog bukanlah hakmilik kekal.