Showing posts with label GRABCAR AND UBER. Show all posts
Showing posts with label GRABCAR AND UBER. Show all posts

Jul 14, 2017

HANYA UNTUK SESUAP NASI DAN SEBONGKAH BERLIAN

Sunset on Jalan Masai - Kong Kong, before turning right to Taman Kota Masai | Johor 2017

Petang semalam, selepas berjaya memperbaharui cukai jalan dan insuran dan mengemaskini dokumen dengan Uber, penulis pun mengayuh untuk hari ketiga berturut-turut selepas balik bertugas memotong rumput.

Jun 25, 2017

BERAPA PENDAPATAN BULANAN SEORANG PEMANDU UBER DI JB

Due to the current inflation rate, suddenly the cost of carwash now is RM14 instead of RM10 last month.

Untuk baca artikel astrowani tentang Berapa Pendapatan Bulanan Seorang Pemandu Uber di Malaysia, sila pandu di SINI.

Pengalaman harian seorang pemandu uber di Jay Bee.
Sabtu, hari tidak bekerja. Kebosanan mencipta kelainan, tiba2 ingin memandu Uber.

8.50am - Cuci kereta luaran dan vakum dalaman.
9.15am - Isi minyak penuh ron95 di Petron.
9.41am - Download Uber apps terbaru di McD.

Feb 5, 2017

SUAMIKU BEKAS PEMANDU UBER



Tajuk bukanlah TELENOVELA.

Semalam tengahari, dari tempat memotong rumput, penulis terus berlarian ke pusat servis Perodua Taman Cendana. Ini adalah servis pertama kereta baharu cikMaiBee. Meter pun hampir capai 2000 km. Sebenarnya penulis masih fobia untuk menghantar kereta servis disini kerana kejadian yang berlaku pada cikBibah pepel beberapa tahun yang lepas. Tapi pusat servis ini adalah satu-satunya yang dibuka pada hujung minggu.

Olehkerana pembelian cikMaiBee tiada promosi servis, siang-siang lagi apek pomen tu sudah beritahu bahawa kos penyelenggaraan adalah RM188. Aiyah. Ingatkan ada servis percuma tiga kali.

Sementara tunggu cikMaiBee diservis selama sejam, penulis pun memanggil kereta Uber untuk ke pekan koboi Masai. Bila dapat, Uber apps memberitahu pemandu akan tiba 15 minit lagi kerana pemandu terdekat sedang berada di Tanjung Puteri. Penulis tak kisah. Tapi bila pemandu itu, bro Malim (bukan nama sebenar), telefon penulis memberitahu akan tunggu di stesen Petron diseberang jalan saja untuk mengguna mesin ATM. Tetapi setelah beberapa lama menunggu berbaris di mesin ATM dibelakang 5 orang, penulis terpaksa batalkan kerana lambat. Bila keluar saja dari kedai Petron, pemandu Uber barulah tiba dengan kereta Persona. Didalam kereta, bro Malim agak peramah orangnya dan kami berbual-bual sehingga ke destinasi di depan pejabat pos Masai. "Sekarang saya keje di Johor Port lah wak, ni keje part time saja," katanya. "Uber lebih baik berbanding Grab walaupun tambang Grab lebih mahal. Penumpang Uber tak putus2 ya wak, tapi kalau dapat penumpang Grab memey lebih lumayan dan hebat," bro Malim beriya2 bercerita.

Usai membeli barang2 di kedai Sukan dan kotak catur untuk anak lanang penulis, penulis memanggil kereta Uber sekali lagi untuk pulang ke bengkel Perodua tadi. Pada mulanya penulis lihat dalam apps, pemandu akan tiba dalam masa 5 minit. Bila pemandu telefon, penulis cadangkan supaya menunggu di pejabat pos Masai ditepi jalan besar, tetapi JASMEN (bukan nama sebenar) beritahu akan ikut gps. Lantaklah kau minah. Tetapi beberapa minit kemudian penulis lihat ketibaan pemandu menjadi 9 minit. Mungkin pemandu tersesat jalan agaknya. Penulis tak kisah dan tunggu sahaja. Bila hampir tiba, Jasme telefon, "saya kat depan pejabat pos nih, wak dimana?" Aiyah, bukankah tadi penulis sudah menawarkan diri untuk tunggu didepan pejabat pos itu? Didalam kereta, kami tidak berbual pada mulanya. Selepas 6 minit, penulis cuba memecah ais dan Jasmen membalas berbual dengan ramah juga. Olehkerana kereta Proton Saga FLX plat KL yang diguna, Jasmen memandu di JB kerana beliau kerja di Singapura. "Sekarang saya drive part time lah Wak," katanya. Penulis saja bernada pelik dan sinis kerana kerja di Singapura mestilah pendapatan yang agak lumayan. "Sekarang semua mahu dibayarlah wak, hutang piutang saya," keluhnya lagi.

Kedua-dua pemandu Uber telah penulis berikan 5 bintang. Semoga mereka terus maju jaya memandu dan hati-hati dijalanraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jan 13, 2017

GOOGLE TRANSLATOR: KENAPA SAYA MEMBERIKAN PEMANDU UBER HANYA DUA BINTANG



Ini adalah terjemahan langsung dari pakcik Google. Sila jangan kecam penulis.

Petang ini, selepas menghantar kereta saya ke bengkel di Permas Jaya untuk perkhidmatan tertunggak dan penggantian penyerap kejutan, saya membuat keputusan untuk memanggil Uber atau Grabcar untuk kembali ke pejabat. Pada mulanya saya memeriksa Uber aplikasi rider, dan ia menunjukkan pelbagai tambang antara RM12 hingga RM17. Kemudian saya memeriksa aplikasi pelumba Grabcar dan ia menunjukkan kepada saya tambang yang ditetapkan pada RM15. Jadi saya memutuskan untuk memilih pemandu Uber. Dia datang dalam 5 minit dengan penarafan 4.22 bintang! Aiyah! Saya tertanya-tanya apa yang berlaku kepada pemandu ini buruk yang pengadaran bintang adalah sangat sangat rendah. Beliau perlu diharamkan daripada memandu Uber! Kemudian saya akan mengetahui sebabnya. bapa saudara ini telah memandu sebuah myvi hitam lama. Saya membuka pintu penumpang hadapan dan duduk di sebelahnya. The plat pendaftaran adalah WBP **** dan dia memakai seluar pendek dan Chappal a. Saya tidak tahu tentang anda, diari sayang. Tetapi saya tidak berasa selesa untuk melihat pemandu yang memakai chinchai. Saya tidak bermaksud pemandu perlu memakai pakaian malam pria dan seri. Beliau berkata dia hanya 2 minggu memandu Uber di JB dan sebelum ini dia memandu di KL. Dia bukan seorang pemandu Grabcar, walaupun beliau menjangka Grabcar membayar lebih baik. Saya bertanya kepadanya mengapa dia dont memandu di KL dengan perahu tambang yang lebih baik. Katanya, beliau adalah seorang pegawai bank bersara selama 9 tahun sudah dan terpaksa mengikuti isterinya untuk menetap di sini di JB. lah yang baik. Ketika kami bercakap dan bercakap, saya perlu segera mengambil gambar dia memandu. Malangnya, saya terlupa untuk membisukan iphone saya. Aiyah! bapa saudara ini agak terkejut dan berasa tidak selesa. Dia memarahi saya, "mengapa anda mengambil foto saya?" Pundenale la bapa saudara. Saya berasa takut ayam, tapi tidak. Saya hanya diabaikan dia dan bercakap perkara-perkara lain. Lihat diari sayang, pemandu tidak perlu memarahi seorang penunggang atas apa jua sebab jika dont mahu untuk mendapatkan penarafan miskin. Well diari sayang saya, lawatan itu adalah 11.18 minit untuk 10.53km. Dia hanya menurunkan saya di luar pagar syarikat itu kerana saya memberitahunya. Apabila ditanya, dia memberitahu saya tambang adalah RM9.10. Yang jauh di bawah julat yang dianggarkan oleh Uber aplikasi tadi, yang saya menunjukkan kepadanya jalan pintas bukannya secara membuta tuli ikut bisu Waze. Saya memberinya RM10 dan meminta beliau untuk menyimpan perubahan. Dari reaksi mukanya saya menghitung beliau menghargai saya sangat banyak. Kemudian sementara menunggu isteri (yang itu) untuk menjemput saya dari dalam kawasan syarikat itu, tiba-tiba saya mendapat e-mel dari Uber untuk mengadar pemandu. Tanpa kemurahan oleh pengalaman yang tidak selesa dalam lawatan itu, saya telah memberikan kepadanya 2 bintang sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 26, 2016

KARNIVAL KERJAYA



Hari ini Sabtu, 26 Mac 2016.

Pagi pagi lagi penulis sudah berlarian ke Maeps, Serdang untuk menghadiri karnival Kerjaya. Kebanyakan yang hadir adalah lepasan universiti saja.

Tengahari penulis teruskan memandu Uber (10 trip, 5.08 hrs, RM&&) dan Grabcar (6 trip, ?hrs, RM!@%).

Seorang penumpang dari Tropical City Mall bernama Nurman Rummel yang mencuri perhatian penulis. Rupanya beliau seorang pemuda Melayu yang diberikan nama oleh bapanya seorang polis. Nama dari askar Jerman.

Penumpang terakhir dari Malgudi PJ ke Cyberjaya. Penulis ingatkan yang terakhir, tetapi ada mamat gagak dari tempat yang sama ingin ke 7 eleven Bandar Puchong.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Surau at Petronas, Damansara S22

Mar 17, 2016

10 HOURS ON THE ROAD



Dari Hotel Seri Bintang bertahi bintang itu, selepas solat Suboh, penulis terus berlarian ke utara iaitu ke Kolej Mara Kuala Nerang. Makan sarapan pagi di simpang tiga di restoran yang tidak boleh duduk makan di meja restoran sebelah sebab kepunyaan tuan kedai yang berlainan.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.