Showing posts with label BO. Show all posts
Showing posts with label BO. Show all posts

Jul 23, 2017

HI KLCC

Sila goyangkan inul untuk lihat gambar lama (2012) dan gambar tengahari tadi (2017). Lokasi: Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur 2017.

Untuk baca entri lama Chili's Grill & Bar Restaurant, Midvalley 2014, sila meratah di SINI.
Untuk baca entri lama Seputar Malaya: Day 2 State 6 KLCC 2012, sila diri tegak di SINI.

Kelmarin, isteri penulis (yang itu) telah berguling-guling mengajak ke Key Ell. "Dinda nak makan kat Chilis lah," pujuknya. Weh, saperlah tak sayang bini, tapi ada kan, makcik kannns. OTL

Pagi-pagi Sabtu tadi sebelum subuh sepi-e, penulis pun berlarian ke Key Ell. Makan di restoran Chilis Mid Valley sudah. Sempat lagi anak lanang remaja itu mengepaw penulis. "Nak beli laptop baru lah bah," pujuknya juga, "laptop anaknda yg lama dah nak mampus."

Usai makan tengahari, beli laptop di Midvalley, sebelum pulang ke gagang, penulis sempat lagi singgah menangkap gambiran di taman pelancongan KLCC. Tangkap 2 3 gambiran sudah.



Penulis tiba di rumah pun hari sudah senja.

Nota lalat. Tujuan penulis berlarian ke Key Ell dan pulang pada hari yang sama adalah kerana esok hari bersekolah. Tidak boleh cuti lama-lama sekarang ini, tidak seperti zaman dulu-dulu. Sistem keluarga sudah rusak. Nak singgah jenguk kat rumah merpati Bukit Belacan penulis yang itu pun tak sempat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Renault Captur | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Classic Ribeye medium rare | Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Fajita | Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Volcano dessert (molten chocolate cake) | Chili's Grill & Bar Restaurant | Midvalley | Kuala Lumpur 2017

Going home sweet home | Malacca Melaka - Johor border 2017

Happy boy with his new Dell Inspiron i5 7000 Gaming laptop

Jun 4, 2017

MASAI BLUE LAKE SUNSET

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Petang Sabtu tadi, penulis berlarian ke Tasik Biru dengan anak lanang bocah cilik. Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Untuk baca entri Tasik Biru Masai Revisited tiga bulan lepas, sila meniarap di SINI.
Untuk baca entri Laguna Seri Alam Sunset 2013, sila mendaki di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sila goyangkan inul untuk lihat gambar Yaasir 2013 (I ♥ Cambodia) dan Yaasir 2017 (I ♥ Sarawak).
Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017



Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Tasik Biru (Blue Lake) Masai | Laguna Seri Alam | Johor | Malaysia 2017

Updated. Hari ini, 3 Jun 2017, harijadi anak wedok remaja yang ke 16 tahun lah. Malam tadi selepas berbuka puasa, penulis bawa kaum kerabat makan eskem di Aeon Permas Jaya sudah. Tapi anak wedok tidak mahu pesan eskem lah pula. "Masih kenyang lah bah," katanya.

Untuk baca entri lama harijadi aBo yang pertama 2002, sila tiup lilin di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang keenam 2007, sila doa bersama arwah atuk di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang ketujuh 2008, sila makan kek di SINI.
Untuk baca entri lama harijadi aBo yang kesembilan 2010, sila wish di SINI.
Untuk lihat foto lama harijadi aBo yang keduabelas 2013, sila hitamputih di SINI.

Raspberry Cherry Icecream | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

Happy 16th Birthday my dear aBo | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

The brothers | Baskin Robbins | Aeon Permas Jaya | Johor 2017

Apr 2, 2017

KANDA NI ASEK KUAR BERJALAN SAJE

7.31am - Pantai Lido sunrise lah sangat... ;p

Pagi Ahad usai Suboh, penulis pun berenang-renang ke tepian Woodlands. Sebelum itu, singgah dahulu di projek Pantai Lido yang terbengkalai itu. Alone matcham biasa.

Selepas membeli suratkhabar dan sebongkah berlian di seberang tambak itu, penulis pun berenang-renang kembali ke tepian.

Sempat lagi penulis menghadiri majlis anugerah anak wedok remaja itu. Tahniah my dear aBo.

Petang pula, penulis berlarian ke Litar Pasir Gudang untuk menonton perlumbaan motorsikal. Alone matcham biasa. Masuk adalah gratis percuma, tapi bila balik hendak keluar dari tempat parkir kereta pun bercinta selama setengah jam.

Bila sampai dirumah, dengan kelaparan tahap sederhana, penulis pun bertanya kepada isteri penulis (yang itu) samada beliau memasak atau pun tidak. "Tak!" bentak sang permaisuri dengan ringkas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7.34am - Pantai Lido and Bukit Timbalan, Johor Bahru Waterfront.

7.29am - on clear causeway heading Woodlands...

7.56am - Woodlands old cinema. No showing movies anymore.

8.08am - no more interested to watch Malay movies?

8.35am - heading home, looking at the rear side mirror...

11.50am - at the daughter's school.

11.51am - today you make me a proud father... ;p Congrats dear aBo.

3.17pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.18pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.21pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.22pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.27pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.29pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.34pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.35pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

3.35pm - at the Litar Pasir Gudang circuit.

7.36pm - my youngest son showing off his latest medal for his art's class.

Mar 20, 2017

SIX THINGS TO DO WHEN YOU'RE RUNNING OUT OF GAS

Boy on a bike mural, Leboh Ah Quee, Georgetown, Penang.

Penulis baharu sahaja tiba di rumah. Manis rumah manis (baca, home sweet home ya ;p )

Pagi-pagi tadi sudah periksa keluar dari Grand Inn Hotel Jalan Macalistair. Terus penulis berlarian ke Leboh Armenian. Penulis jentik dua tiga gambiran sudah. Sempat juga penulis membeli 20 keping poskad dan diceritakan di SINI. Selepas itu, singgah di muzium emas Public Gold (PB) Museum. Jam 10.33am sudah keluar dari pulau ikut Jambatan Sultan Abdul Halim terus menghala ke selatan.

Mar 19, 2017

17 TEMPAT MAKAN YANG SEDAP DI PENANG PATUT PERGI TAHUN 2017

aQi at Kolej Mara Kuala Nerang after one year doing foundation science.

Untuk baca entri lama PENDAFTARAN ANAK KE KOLEJ MARA KUALA NERANG 2016, sila selak di SINI.

Tengahmalam tadi penulis tiba di Bukit Belacan.

Jan 17, 2017

NO MERCY

Nasi goreng kampung, Warung Kampungku, Tesco Seri Alam.

Tadi malam, anak wedok penulis tiba-tiba datang kepada penulis dan menunjukkan dua borang dari sekolah.

1. Borang memohon derma untuk hari maulud rasul. "Sekurang2nya lima hinggit ye bah," kata anak wedok.
2. Borang kebenaran melibatkan diri aktiviti kokurikolum. Bila ditanya, anak wedok menjawab, "boleh je, tapi tuari balik dari merentas desa masih sakit2 belakang."

Kedua-dua borang haruslah ditandatangani oleh ibu/bapa/penjaga.

Nota lalat. Anak wedok itu bukan anak bongsu ya. Kalau hendak mengetahui maksud anak wedok sila baca komen dibawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 5, 2016

AFTER DAWN



PAGI tadi selepas pulang berjalan kaki dari masjid, penulis terus berlarian bersama anak wedok untuk bersarapan di restoran makanan pantas (baca: fast food restaurant) itu. Pagi ini juga ada majlis mesyuarat PIBG dan penyampaian anugerah cemerlang untuk anak wedok dan anak lanang yang baru mendapat keputusan SPM kelmarin.

Jun 15, 2015

OLE OLE LANGKAWI



MINGGU lepas anak wedok penulis yang remaja itu telah mengikuti rombongan sekolahnya ke Pulau Langkawi. Kelmarin malam baru beliau sempat memberikan hadiah ole ole dari sana.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 5, 2015

UDIN DAH KAHWIN



HARI Ahad kelmarin penulis sempat menghadiri jemputan abang kandung penulis di Felda Tenggaroh 2 itu untuk majlis perkahwinan anak keponakan penulis juga. Bagi abang penulis, ini adalah anak lanang ketiga yang sudah mendirikan rumahtangga. Tinggal anak dara beliau yang masih cilik lagi yang masih bujang.

Ayahnda mendoakan semoga jodoh Udin dan isteri berkekalan. Amin ya robbal alamin.




Blog bukanlah hakmilik kekal.










Jun 4, 2015

WHEN MOM IS NOT HOME

When your mother is not in the house. Tesco Seri Alam.

CUTI sekolah selama 2 minggu pun sudah bermula. Kaum kerabat ada rancangan masing-masing. Anak wedok yang baru meningkat remaja yang bakal menyambut harijadinya pada bila bila masa ini hendak mengikuti rombongan ke Langkawi katanya. Anak lanang remaja juga ada kelas tambahan. Isteri penulis pula telah pulang beraya ke rumah panjang untuk meraikan hari gawai.

Nota lain lalat. Henfon cap aiYam penulis yang ini pun rasanya hendak ditukar sarung badannya. Tapi sarung baru Cube rasa lebih keras dan tiada ciri-ciri keselamatan jika terjatuh ke lantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A beautiful Cube iphone casing, but no no thank you.

May 17, 2015

TEACHER'S DAY, LOST CHILD



Kelmarin, 16 Mei adalah hari guru sedunia. Dan harijadi anak lanang penulis. Sudah suku abad usianya dan tahun depan nak kahwin katanya. Ayahnda doakan semoga anakanda sentiasa diberkati usiamu, dirahmati Allah swt dan cemerlang dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Jadilah contoh kekanda yang baik kepada adinda-adindamu semua. Amin ya robbal alamin.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.