Showing posts with label BISCUITS. Show all posts
Showing posts with label BISCUITS. Show all posts

May 29, 2017

SALAM PERANTAUAN

#sukesukiraya #jgnkecam #kebosananmenciptakelainan

Salam dari perantauan ya makcik pakcik datuk datin puan tuan saudara saudari ustaz ustazah kak long abang long mak ucu mak ngah semua-semua lah. Penulis dan rakan-rakan penulis yang jauh dimata ini mengucapkan salam ramadhan dan aidilfitri kepada pembaca-pembaca blog penulis yang biasa-biasa ini.

Biar iman sekental DODOL, jangan senipis REMPENYEK. Biar jiwa selembut BAULU, asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA. Senyumlah semanis WAJIK agar Hari Raya disambut lebih bermakna. SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 19, 2016

CREAM-O TART



KELMARIN lapar tahap sederhana ketika bertugas memotong rumput, penulis pun berlarian ke kedai mudah dan senang tujuh sebelas (baca: 7-eleven) itu untuk membeli jajan dan air minuman jus oren. Bila penulis usai membeli biskut itu dan mula menjamahnya ketika sedang memotong rumput barulah penulis perasan bahawa biskut itu bukan jenama Oreo yang terkenal yang selalu penulis beli. Tapi rasa kedua-duanya (Oreo dan Creamo) itu pun lebih kurang sama manisnya potong kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 19, 2015

POCKY



KELMARIN dalam perjalanan untuk bersolat jumaat, penulis ternampak ada budak-budak jurujual mempromosi produk stik biskut Pocky yang popular ini di stesen LRT. Bila pulang dari surau Tabung Haji itu, penulis pun membeli 6 kotak dengan harga RM10 sahaja. Gadis jurujual itu berkata, "wak, beli 4 dapat percuma 2." Penulis tidaklah pasti samada harga itu betul-betul murah berbanding harga di kedai biasa. Tetapi tujuan penulis membelinya kerana teringatkan anak lanang bocah cilik (baca: anak lelaki) yang itu yang penulis sudah 2 minggu tidak berjumpa. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak, kannns. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 11, 2015

MY FIRST EXPERIENCE DONATING BLOOD



KHAMIS. 10 September 2015.
Tengahari kelmarin penulis sudah merelakan diri untuk diambil darah berdekatan premis tempat penulis memotong rumput ini. Ini adalah pertama kali penulis menderma darah.

A NEW GANGWAY WAS INSTALLED TO MANAGE HEAVY TRAFFIC

  Khamis malam Jumaat, 4 Disember 2025. Part II. Rasanya baru semalam jejantas ini dipasang. Sebab memang jadi sesak. Terutama ketika makan ...