Isnin, 20 Oktober 2025.
Cuti hari Deepavali.
Pagi tadi tidak kemana2 sangat.
Tengahari baru berlarian ke Kampung Lambor Kiri.
Petang sudah berlarian ke Kampung Telaga Nanas.
Makan mee udang banjir.
Lalat pun meriahnyerr disini.
Kemudian berlarian ke Pulau Misa Melayu.
Tengok2 sebentar acara latihan dendang dan beberapa ekor kuda yg kurus2.
Kemudian berlarian ke tepi sungai Kampung Kubang.
Hampir senja singgah di gerai bawah jambatan.
Tetapi tiada makanan yg menarik.
Terus kembali ke Seri Manjung.
Singgah makan malam di Nasi Kandar Madinah.
Cerita dongeng lalat. Pada zaman dulu, ade sekor binatang yg sungguh besar. Penduduk kampong panggil Hantu Bota. Kaki Hantu Bota panjang dan besar. Bile Hantu Bota bediri, ia suke kangkangkan kakinye. Belah kiri letak di tebing kiri. Belah kanan letak kt tebing kanan. Gitulah. Ekor Hantu Bota panjang smpi hulu sungai. Satu hari Hantu Bota jatuh sakit. Org kampung tekezot uools. Akhirnye Hantu Bota mati. Org kampong namakan kedua2 tebing sbg Bota Kanan dan Bota Kiri. Tempat ekor Bota pula bernama Kampong Ekor Bota. Gitulah citer orang dari mulut ke mulut, bibir ke bibir, hati ke hati.
Blog bukanlah hakmilik kekal.






Ooo... macam tu ya, asal nama Bota Kanan dan Bota Kiri.
ReplyDeleteMi udang banjir dekat Kampung Baru, masuk ikut simpang UniKL tu pun banyak lalat juga. Sayang sebab mi dia sedap. Banyak bebenor ladang ternak ayam tersembunyi, Wak.
Banyak tempat Wak pergi. Restoran Madinah tu, tak putus-putus orang.
Masih banyak lagi lalat di Kampung Telaga Nenas tuh ye. KSarie pergi makan mee udang di situ tahun 2018 rasanya. Jenuh bersilat dengan lalat sementara hendak habiskan makan tu
ReplyDelete