Nov 8, 2021

BEEF CURRY + WHITE RICE

Beef curry from al  Kaladi restaurant @2021

 

Ahad.
Doha,  Qatar.

Tiada aktiviti menarik hari ini.
Wak pun sibuk dengan tugasan potong rumput.

Dan tengahari tadi, tiba2 tiada talian wifi dan internet dalam bilik apartment.
Aduhai, kutu wak mati.
Dekat 3 jam juga baru wifi bermula semula.

Ooh, pasal gambar makanan delivery diatas.
Hari ini wak pesan beef curry (QR12) dengan nasi putih (QR5) sahaja.
Selalu pesan telur rebus dua biji.
Tapi telur Carrefour masih ada dalam bekalan.
Harga telur pun lebih kurang sama sahaja, yakni satu riyal  (rm1.14) sebiji.

Ooh, kari daging ini memang power pedas giler.
Bikin terjurai2 peluh atas dan bawah.

Nampak tak portion makanan itu memang banyak.
Jadi wak bahagikan dua untuk dimakan esok.
Bukan kedekut, tapi berjimat cermat kan amalan mulia.
Letak dalam refrigerator.
Esok keluarkan dan panaskan dalam microwave oven.

Movie lalat  πŸŽ₯ Yesterday (2019) - separuh saja wak tonton sbb cerita yg bosan dan tak masuk akal.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

FIRST SIGNS OF THE FLUE, LUCKILY IT'S NOT INFLUENZA A VIRUS

  On a COVID-19 rapid antigen test, the "C" stands for the control line. @2025 Jumaat, 5 Disember 2025. Hepi besday untuk yang ikh...