Nov 27, 2015

TUBEROSE | SUNDAL MALAM



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 3/30
Post of the Day: 4/4

Malam ini jumaat malam. Penulis hendak berpantunlah satu rangkap.

Bunga melati indah bertaut,
Sundal malam harum menyengat;
Benarkah hati sudah terpaut,
Siang malam nama teringat.

Pokok bunga sundal malam yang penulis beli bulan lepas masih belum kembang bunganya. Tapi mula mengeluarkan bau yang harum. Tidak sekuat bau minyak dari jiran India dibawah rumah merpati penulis yang ini.

Nota lalat. Pontianak Harum Sundal Malam ialah sebuah filem arahan Shuhaimi Baba. Pelakon utama filem ini, Maya Karin memegang dua watak dalam filem ini iaitu Maria dan Meriam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

A NEW GANGWAY WAS INSTALLED TO MANAGE HEAVY TRAFFIC

  Khamis malam Jumaat, 4 Disember 2025. Part II. Rasanya baru semalam jejantas ini dipasang. Sebab memang jadi sesak. Terutama ketika makan ...