Selasa, 29 April 2025.
Tengahari sudah berlarian ke Taman Perling.
Ahad, 27 April 2025.
Pagi tadi sudah lompat mula (jump start) cikbibah pepel.
Pakai bateri cik maibee biru.
Kemudian hantar cikbibah ke bengkel cina Taman Rinting.
Apek suruh anak dia buat dan tukar alternator.
Dan tukar minyak hitam dan penapis minyak (filter).
Jumaat, 25 April 2025.
Tengahari bawa konsultan muslim dari India.
Beliau tiba minggu lepas.
Solat jumaat di surau an-Nur Nusa Perintis.
Khamis, 24 April 2025.
Pagi tadi sebelum ke kantor potong rumput.
Singgah di rukan Zarahman.
Tapau lontong masai.
Rabu, 23 April 2025.
Pagi ini cuti setengah hari.
Tujuan untuk membida rumah lelong di Gelang Patah. Nusa Perdana.
Ahad, 20 April 2025.
Pagi jam 9am sudah mengajar anak lanang sing ragil.
Belajar memandu pakai cik maibee biru.
Sabtu, 19 April 2025.
Pagi tadi sudah ajar anak lanang sing ragil belajar memandu kereta.
Guna cik maibee.
Sebab cik bibah pepel kan sudah kong bateri dia tadi malam.
A hawksbill sea turtle (Eretmochelys imbricata). Pusat Konservasi Penyu Segari, Lumut Perak @2025 Sabtu 6 Disember 2025. Part II. Pagi tad...