Nov 11, 2025

TODAY IS THE DAY I DIDN'T TAKE MY AFTERNOON NAP

The insects in the image are Hübner's Wasp Moths (Amata huebneri).


 Isnin, 10 November 2025.

Tengahari minta tolong bro Wan.
Hantar wak ke bengkel tempat cikputih dirawat.

Malam tadi wak teringin mahu makan burger ayam special.
Gerai mamat dekat hotel inap itu kurang ummmph.
Bro Wan sarankan ke Gerbang Venice.
Ada gerai jual burger yg padu.
Kelmarin dia makan burger grill

Bila wak sampai di pintu masuk gerbang.
Tidak kelihatan pula.
Yo wes lah.
Terus wak lepak di nasi Kandar Madinah

Ooh.
Wak perasan minyak cikputih tinggal separuh.
Kurang dari separuh.
Pelik.
Sebab sebelum wak hantar ke bengkel minggu lepas rasanya wak isi penuh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Imej ini menunjukkan sekumpulan individu kadet tentera berpakaian seragam tentera laut melintasi jalan di persimpangan. Pakaian seragam itu mereka sebahagian daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), juga dikenali sebagai Navy


7 comments:

  1. Apa acara semua pakai serba putih tu wak, lalu di jalan raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imej itu menunjukkan sekumpulan individu kadet tentera berpakaian seragam tentera laut melintasi jalan di persimpangan. Pakaian seragam itu mereka sebahagian daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), juga dikenali sebagai Navy

      Delete
  2. ingat ada menu nasi kandar madinah...bila tgh hari dpt nap seketika best juga

    ReplyDelete
  3. semalam pun SA didn't take my afternoon nap...hahahahaha....ramainya kadet TLDM..intake baru maybe?

    ReplyDelete
  4. Adalah tu dorang guna sampai minyak habis separuh. Ish ish ish..tak patut kan wak. Tengok gambar last tu rasa macam suasana kat Jepun lah pulak.

    ReplyDelete
  5. Ke budak bengkel tu guna kereta wak pergi mana-mana. Memacam hal ye wak.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.