Aug 18, 2025

TONIGHT I SLEEP HERE - ALONE MATCHAM BIASA

 

Mornington Hotel Bukit Permata @2025

AHAD, 17 Ogos 2025.

Pagi bersarapan di warung mak Long.
Medan selera Itik Salai Mashtar.
Nasi lemak sambal kerang.

Kemudian singgah di masjid al Hasanah.
Dan keluarkan duit juta² di ATM Maybank.
Juga aktifkan secure2u.
Sebelum hantar produk A di kedai JnT. Rm 21.50
Untuk dikirim ke Kulai sebab terlupa mahu singgah.

Kemudian berlarian ke Hobbitland di Presint 2.
Alahai, indah khabar dari rupa.
Tapi sempatlah juga ambil 2 3 gambiran.

Selepas itu berlarian ke Taman Saujana Hijau.
Konon mahu tangkap serangga dan ootd.
Seperti di taman Hobbitland tadi.
Parkir di taman ini juga berpalang dan berbayar.
Masalahnya problem.
Bila wak keluar dari mobil tadi, tiba² tercari² beg sailang wak.
Baru teringat wak tanggal dan tinggalkan di taman Hobbitland tadi sbb nak ambil gambiran.
Aduhai.
Ya Allah.
Panik ya amat banget.
Dahlah wak keluarkan duit juta² kat Maybank tadi.
Tapi yg paling merisaukan adalah mykad fan kad² bank.
Lagipun cadangnya esok mahu berurusan di pejabat kwsp Manjung.
Mestilah perlukan mykad.

Mahu keluar dari parkir situ pun ambil masa juga.
Sebab kena antri mobil² lain yg berduyun2 mahu keluar dgn gate berpalang. 

Berbekalkan bacaan ayat yasin 36:9 berulang2.  
وَجَعَلْنَا مِنْۢ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَّمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُوْنَ

Maksudnya: “Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding (penghalang) dan di belakang mereka dinding (penghalang), lalu Kami tutup (mata hati) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.” 

Sebab tadi masa keluar dari taman Hobbitland.
Perasan ada satu keluarga yg baru masuk.
Harap mereka tidak jumpa beg sailang wak.
Tapi macamana kalau mereka terjumpa dahulu?
Dengan duit juta² dan kad kredit yg boleh diswipe tanpa nombor pin.
Apalah dosa wak hari ini.
Terbayang2 kena buat laporan polis.
Dengan urusan nanti mahu perbaharui mykad, kad kredit, kad debit yg hilang. Parah.

... Bersambung

Petang sudah berlarian ke Lumut.
Tiba di Lumut pun sudah maghrib.

Sebelum itu singgah di Kampung Sungai Haji Dorani.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see the fake of winter.
Tihani Contessa at Hobbitland @2025

5 comments:

  1. Penatnya jadi wak, berlari ke sana ke mari.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan urusan Wak.

    ReplyDelete
  3. Apa yang berlaku, turut kecut perut membacanya..semoga ditemui ..Ya Allah mudahkan urusan sahabat kami wajk ..berikan perlindungan kepada wak sentiasa ,..aamiin

    ReplyDelete
  4. Allahuakbar...dahlah baru keluarkan duit tu, semua kad ada. Aduh, risau...Menantikan sambungan ceritanya. Harap dapat semula lah tu.
    Jauh perjalanan wak. Alhamdulillah selamat sampai.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.