Jan 11, 2025

ANNUAL DINNER 2025 DURING HEAVY RAIN STORM

 

The early bird @2025

Jumaat, 10 Januari 2025.

Seharian hujan lebat bukan sahaja di kantor potong rumput.
Sehingga tidak boleh ke tapak binaan.

Tengahari keluar dengan rakan2 sekantor.
Makan nasi campur di Selera Nasi Ulam Gelang Patah.

Kemudian bersolat jumaat di surau asshabul Jannah.

Petang kami dibenarkan pulang awal - jam 4 sore.
Untuk persiapan ke makan malam di hotel Grand Paragon JB.
Hujan turun anjing dan kucing lebatnya.
Sepanjang lebuhraya Pasir Gudang dan jambatan Permas Jaya.

Acara makan malam syarikat.
Makan sajian chinese seafood.
Harap tidak terkena gout.
Atau penyakit setaraf dan sewaktu dengannya.

Ooh.
Ada 40 cabutan bertuah.
Sebenarnya sudah lama bebienor wak tak menang lucky draw.
Malam tadi wak dapatlah no 23 - angpau bernilai RM100 sahaja.
Rujukan - hadiah no 1 angpau duit cash RM1000.

Blog bukanlah hakmilik kekal.










Good night JB! @2025


2 comments:

Comment at your own risk.

ATTENDING CENTRE HAN JB AND MISS THE MORNING VISIT TO KELAPA SAWIT NEW HOUSING PROJECT

  Sabtu, 11 Januari 2025. Jam 10 tadi sudah berlarian ke Ponderosa JB. Bersama anak wedok, aBo. Layan lebih 2 jam acara Amway sebagai pember...