Dec 23, 2021

SUNSET AT CORNICHE

Corniche sunset just now  @2021

Rabu malam.
Doha, Qatar.

Hari ini agak sibuk dengan tugasan potong rumput.
Memerap dalam bilik apartment sepanjang hari sahaja.

Petang tadi, tiba2 wak mahu berlarian ketefian fantai juga.
Tapi agak terlambat mahu tangkap matahari sebelum terbenam.

Tangkap dua tiga gambiran sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 22, 2021

THE PEARL

The Pearl during blue hour just now @2021

Selasa malam.
Doha, Qatar.

Hari ini, 21 Disember 2021, genap 3 bulan wak bermastautin di negeri pasir berdengung ini.
Setitik air hujan pun belum kelihatan lagi.
Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa2 banjir di tanahari ya.
Aminn.

Petang tadi wak sudah berlarian ke pulau buatan The Pearl. (Arabic: اللؤلؤة قطر‎, romanized: alluluat qatar)
Ini adalah pertama kali wak kemari.

"The Pearl Qatar is a man-made island near Doha's prestigious West Bay District.  Featuring Mediterranean-style yacht-lined marinas, residential towers, villas, and hotels, the area also offers a luxurious shopping experience with premium designer boutiques and showrooms. The Island is also home to modern dining spots - from refreshing ice creams to five-star culinary experiences, and stands out for its pedestrian-friendly squares and plazas along with its wide range of landscaped gardens.

The Pearl is a popular visitor attraction by virtue of its elegance, inviting descriptions such as the 'Arabian Riviera'."

Di luar stesen metro Legtaifiya, ada saja ulat teksi menunggu.
Tapi wak lebih rela berjalan kaki.
Sejauh 3 kilometer adalah biasa.
Lepas itu komplen kaki melecet. Hahaha.

Bagusnya disini ada wifi gratis dimana2.
Kapal terbang pun berterbangan rendah diatas kepala.

Sempat solat maghrib di sana.
Tempat wuduk yg canggih.
Pertama kali ternampak alat pencuci kaki.
Sekali pijak memancut2 air membasahi kaki, atas dan bawah.

Bila balik ke stesen metro Legtaifiya.
Boleh pula wak tersesat ke rumah janda hujung selatan pulau.
Sibbaik ada offline google map.
Tapi wifi kan ada. 

Jumlah jalan kaki pergi balik ke stesen metro ialah 7.9km.

Sampai di stesen metro DECC, singgah juga di Carrefour.
Sebab nak beli spender baharu.
Yg lama banyak yg sudah longgar, atau pinggang wak sudah ramping.
Tapi ada orang kata, longgar sebab telur makin mengecut sebab lama sangat jadi bujang dan tak main. 
Ammvoiii.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 21, 2021

EDUCATION CITY

The Miraculaous Journey @2021

Isnin petang.
Doha, Qatar.

Usai solat asar di apartment.
Wak berlarian ke stesen metro National Library.

Ada 4 tujuan.

1 - the Miracalous Journey sculptures. [+ Link dulu ]

2 - mencari Spider sculpture sekitar bangunan Qatar National Convention Centre. Tapi tak jumpa disebabkan pintu bangunan ditutup.

3 - masuk perpustakaan negara National Library. Ada muzium tentang sejarah arab di tingkat bawah tapi kelihatan dari atas. Dan kemudian solat maghrib di surau.

4 - bersiar2 di taman Oxygen Park, tapi kawasan taman yg sangat besar. Lagi pun hari sudah gelap guliter. Mungkin kena ripit lain kali ya.

Masa ondway ke taman tadi, wak perasan ada tram Education City yg sedang berfungsi. Jadi wak pun naiklah (FOC) dan turun di stesen al Shaqab berdekatan stesen metro. Mula2 ada gerombolan budak2 arab lelaki remaja tanya arah Oxygen Park. Kemudian sedang mencari arah ke stesen metro al Shaqab, adalah 2 awek arab ni pun tanya ke stesen metro yg sama.

Balik singgah di City Center mall, terasa mahu meratah pizza pula.
Orang kata, jangan menzalimi diri sendiri kann.
Pesan very veggie sudah.

Nota lalat. Tadi malam rakan2 sekolah lama FB wak sudah pungut derma untuk rakan yg terjejas akibat banjir kilat KL. Majlis perkahwinan anak itu yg terbabit. Dahsyat sungguh bencana banjir di KL tahun ini kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Qatar National Convention  Center @2021
National Library @2021
Basement museum at National Library @2021
National Library @2021
5 Pillars of Islam at Education City Mosque @2021
Education City Mosque Station, Education City Tram @2021
Multaqa Station, Education City Tram @2021
The two young girls who were asking direction @2021
Very Veggie at Pizza Hut Doha @2021

Dec 20, 2021

BOMBAY CHOWPATTY

Doha cityscape during dawn this morning @2021

 Isnin pagi.
Doha, Qatar.

Pagi2 subuh sepi-e wak sudah berjalan2 ke tefian fantai.
Lepak2  di Corniche waterfront sekejap sudah.

Ooh.
Pasal restoran Bombay Chowpatty itu.
Wak sudah masuk dan lihat menu.
Tiadalah yg manchongkamnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHY IS THE MALAYSIAN RINGGIT VALUE IS BECOMING LOWER AND LOWER EVERYDAY

It's much cheaper withdrawing money using you debit card comparing to the money exchanger

Ahad.
Doha, Qatar.

Hari ini tidak kemana.
Pagi pun tidak keluar berlarian ke tefian fantai.
Agak sibuk dengan urusan potong rumput macam biasa.

Tapi malam tadi lepas maghrib wak keluar juga ke City Center mall.
Ada 3 tujuan.

Tujuan 1 - nak keluarkan duit guna ATM. Bila wak guna mesin ATM di City Center mall itu tidak boleh pula. Baru wak teringat. Bulan lepas wak sudah setting dalam maybank2u untuk seminggu sahaja pengeluaran oversea. Jadi tadi wak kena update lagi setting itu. Dan berjaya keluarkan duit.

Tujuan 2 - nak tukar duit riyal yg lebih kecil untuk projek sedekah subuh yg ketiga. Tapi bila wak tanya di kaunter money changer, semua kedekut taik hidung masin dan bilang tiada wang kecil. Yo wes lah.

Tujuan 3 - nak topup simcard Ooredoo yg sudah di block. Ingatkan masih boleh diguna sehingga bulan Mac tahun hadapan. Disebabkan wak tak topup, maka restoran makanan tak boleh hantar chiicken briyani walaupun sudah  tiba didepan apartment. Juga bosskur sudah guling2 melenting siang tadi kerana henfon wak tidak dijawab. Topup 10 riyal sudah.

Tujuan tambahan - singgah di Carrefour juga sebab nak beli buah kurma, ubat Colgate, air mineral, pisang montel, potato chips dan pencuci pinggan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 19, 2021

THE LAST FIREWORKS OF THE YEAR

The last fireworks of the year 2021

 Sabtu malam.
Doha, Qatar.

Hari ini kan hari kebangsaan negeri pasir berdengung, Qatar.
Diwartakan dalam facebook, seperti tahun lepas.
Pertunjukan bungapi malam ini akan bermula jam 8pm.
Wak pun sudah berlarian ke Corniche waterfront dengan segera.
Tidak seperti semalam, hari ini wak turun di stesen metro al Bidda.
Tapi kena berjalan kaki juga agak jauh.

Seperti dijangka, wak jalan sehingga berdekatan Calligraphy Sculpture.
Sebelum jam 8pm sudah berada disitu.
Dengan umat manusia macam ulat taik ramainya.

Ooh.
Mungkin wak tersilap.
Kelmarin ada beritahu, ingatkan pekerja asing paling ramai adalah orang filipin.
Bila wak periksa atas talian, rupanya orang India lah yg paling ramai.
India (25%), diikuti Bangladesh (12%), Nepal (12%), Mesir (12%), Filipin (5.6%) dll.
Malam tadi memang terbukti.
Bukan campak batu, ni campak piano pun mesti jatuh atas kepala orang Hindi.

Tunggu punya tunggu, jam 8pm tiada bungapi.
Jam 8.15pm pun yilek.
Jam 8.30pm kēhi chaina .
Jam 8.45m jugak masih ora ono.

Sehingga jam 9pm pun nahin.
Pelik juga, jam 9.05pm pun la shayy
Jam 9.15pm tengok masih wala

Wak sudah rasa kebosanan.
Wak pun mula mengangkat sauh nak pulang ke gagang.
Tapi tiba2 jam 9.22pm, meletuplah pancuran bungapi seperti diatas.
Betul2 di hadapan mata.

Ooh.
Pasal bulan.
Malam ini sudah 15hb Jamadilawal - bulan mengambang penuh.

Dan bila balik dari Corniche waterfront tadi.
Mula2 wak nak jalan kaki sahaja.
Cuma 2 stesen metro.
Tapi tapak kaki sudah terasa melecetnya.
Tengok orangramai pun berpusu2 ke stesen metro Corniche.
Terpaksa join  jugalah gerombolan mereka.
10 kali lingkaran dalam pagar.
Kemudian tawaf stesen metro.
10 kali lagi lingkaran dalam pagar.
Tolak-tolakan memanglah haramJ.
Dengan mamat2 India pasang tangan berantai masing2.
Aduhai, memang agak brutal.

Dalam stesen metro, nasib baiklah kebanyakan mereka menghala ke selatan bandar.
Manakala wak kan pulang ke tengah bandaraya.
Jadi legalah juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WAK DAH TRY VIETNAMESE PEACH TEA KAT WARKOP KOPI SAIGON KAMPUNG BARU 2024

  Jumaat, 19 April 2024. Pagi tadi singgah di warung Mak Leha. Kampung Baru