Dec 15, 2020

CATTLEYA ORCHIDS

Please hover your mouse to see before and after edit. If you are on a smartphone, please tap other place to revert to the edit.


Aduhai, penulis pun susah juga hendak sebut bunga orkid ini dengan tepat.
Bunga orkid atau anggerik ungu.
Cattleya orchids.
Bunga Orkid Dendrobium.

Ehh. Penulis ada pantun.
Angerik bunga golongan bangsawan,
meskipun berasal dari hutan,
cerdik pandai majulah ke hadapan,
memimpin bangsa membawa kemajuan.

Semoga negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.
Aminn ya robbal alaminn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 14, 2020

NASI GORENG KAMPUNG BUAH BIDARA


Petang sudah berlarian ke tefian fantai.
Tanjung Bidara dan fantai Pengkalan Balak sahaja.

Ehh. Ada fantun fasal Bidara.
Nasi lemak buah bidara.
Sayang selasih hamba lurutkan.
Buang emak buang saudara.
Kerana kasih hamba turutkan. Ammvoiii.

CERITA LALAT LAIN.
TIDAK SUKA IBU KAHWIN LAGI.
Soalan. SAYA anak sulung dalam dua beradik. Sejak arwah bapa meninggal, kami rapat dan banyak berkongsi cerita. Baru-baru ini, ibu beritahu ingin berkahwin lagi dan meminta pandangan saya mengenai teman lelakinya. Saya tidak menyukai teman lelaki itu disebabkan ada alasan tertentu. Perlukah saya beritahu ibu hal sebenar?

JAWABAN.
Anak berperanan menggembirakan hati ibunya. Jika sesuatu tindakan anda sebagai anak mengguris atau mengecewakan hati ibu, hukumnya berdosa besar. Ia termasuklah dengan isu ibu anda ingin berkahwin lagi dan anda tidak berhak menghalangnya.

Rasionalnya, hak ibu anda untuk berkahwin lagi. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan, demi keperluan dirinya sebagai seorang wanita dan ibu tunggal. Fitrah wanita yang normal, selagi dia masih muda dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai isteri, wajar memilih pasangan hidupnya sendiri.

Pada hemat saya, anda hendaklah berfikiran terbuka. Jangan buruk sangka dengan bakal bapa tiri anda. Berdoa supaya hidup ibu anda bertambah bahagia dengan perkahwinan baharunya itu.

Sekurang-kurangnya, anda masih ada ibu kandung yang penyayang dan taat kepada ajaran agama. Ibu anda tidak berdosa pun jika dia berkahwin atau mendirikan masjid sekali lagi. Dia sedang menuju alam kehidupan yang memberi peluang bagi dirinya menambah pahala amalnya sebagai wanita, ibu dan isteri yang bertanggungjawab.

Apabila anda berasa kecewa atau marah dengan tindakan ibu anda untuk berkahwin lagi, maka ingatlah pengorbanan ibu anda yang menjadikan anda bersikap ihsan dan meyakini wibawa dan haknya untuk membuat keputusan kendiri seperti berikut;

* Ibu yang mengandungkan anda.
* Ibu yang mengasuh dan mendidik.
* Ibu menyediakan segala keperluan.
* Ibu yang paling hampir dengan anda.
* Ibu tempat rujukan dan tempat bergantung.

YAKIN DENGAN IBU.

Oleh itu, perkahwinan ibu anda dengan lelaki itu wajarlah didoakan agar akan meringankan beban dan tekanan hidup yang dialaminya sebagai ibu tunggal.

Islam menggariskan panduan supaya setiap anak bertanggungjawab, sentiasa menyokong dan memberi kekuatan kepada ibunya dalam menghadapi sesuatu perkara.

Ingat, jika anda gembira dan percaya akan kekuatan, keputusan dan kebijaksanaan ibu, maka ia akan mengelakkan anda daripada dosa dan konflik dengan kepentingan dan haknya.

- sumber internet. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 13, 2020

KITA NI BAGAIMANA


Bagaimana Untuk Jujur Berterus-terang (Tanpa Melukakan Hati)

Perkara yang paling menakutkan adalah:

Memberitahu kebenaran pahit secara jujur kepada seseorang yang mungkin sukar menerima kenyataan.

Sama ada memberitahu sahabat baik dia telah dikhianati, memberitahu bos bahawa ideanya teruk, atau menyampaikan sesuatu perkara yang pahit untuk diterima oleh setiap orang.

Kerana kita pasti tidak mahu membuatkan seseorang bersedih.

Kita tidak tahu bagaimana reaksi dan tahap penerimaan mereka.

Mereka mungkin merasakan anda iri hati dan mula menjauhkan diri dari anda. Perkara ini juga anda pasti tidak mahu.

Jadi kadangkala anda menyembunyikan kebenaran untuk mengelakkan mereka berkecil hati.

Kadangkala, demi menyelamatkan diri sendiri, kita ‘berbohong sunat’.

Ohh. Gambar pancuran diatas di masjid penulis bersolat jumaat kelmarin.
Masjid al-Rahmah, Bukit Rambai Melaka.

Ohh lagi. Semalam penulis sempat berlarian ke galeri lebah Ayer Keroh Melaka 2020.
Tiada yg menarik di tempat jualan madu lebah ini.
Cuma terpaksalah membeli beberapa botol madu yg asli.

Firman Allah swt dalam surah an- Nahl ayat 68 & 69.
وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (٦٨)ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (٦٩)
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang didirikan manusia” (68),

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu), dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.” (69)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 12, 2020

HOTEL TINGGAL


Petang penulis ke tepian pantai puteri.
Awan pun mendung dan tebal.
Matahari tenggelam di balik awan nun jauh disinun.

Ooh. Pasal hotel tinggal itu berhantu kah?
Sila meremang di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 11, 2020

TO LAMB OR NOT TO LAMB


Kelmarin penulis dapat makan percuma.
Daging kambing, lamb rack di Me'nate Melaka.

Penulis bukanlah penggemar daging kambing.
Tapi layan sahajalah.
Bukan selalu kannn.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 10, 2020

PKP WITH NO ROADBLOCKS


Perjalanan rentas negeri sekarang tanpa sekatan jalanraya.
Walaupun kes baharu Covid 19 masih tinggi.

Gambar. Kesesakan lalulintas di jalan Masjid Tanah ke Sungai Udang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dec 9, 2020

SIAPA DATO SIAMANG GAGAP

 

Untuk jenguk entri lama (2013), sila terjah di SINI.
Untuk bacaan siapa pendekar Siamang Gagap, sila lawat sejarah di SINI.

Dato Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang bertanggungjawab memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Ooh. Gambar pancuran dibulatan berdekatan perpustakaan negeri (baca, 森美兰州图书馆 Seremban State Library) di waktu malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LELAKI GELANDANGAN DEPAN KFC BANDAR BARU AMPANG MASIH ADA DISITU

  Bandar Baru Ampang @2024 Selasa, 23 April 2024. Tengahari sudah berlarian ke Bandar Baru Ampang. Dengan menunggang Fatariss yg genap 3 bul...