Jan 8, 2017

JEM DAN KAYA

Tambak Johor sunrise this morning.

Pagi-pagi Sabtu penulis telah berlarian ke seberang tambak. Hanya untuk membeli suratkhabar dan sebongkah berlian. Alone matcham biasa.

Kesesakan lalulintas pergi dan balik. Layan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Straits Times today.

On the way back to JB.

Jan 7, 2017

THIS IS WHY I AM FAT

Mini banana split, Baskin Robbins, Aeon Permas Jaya tonight.

Pasal urusan kereta cikbibah pepel penulis yang terlibat dalam kemalangan semalam sudah pun dihantar ke bengkel.

Petang tadi, penulis sudah ke bengkel dan menghantar salinan fotostat nota depan insuran, geran kereta, kad pengenalan dan lesen memandu pemilik kereta (yakni penulis) dan pemandu masing-masing ketika kemalangan (yakni isteri penulis yang itu). "Kete leh siyap dua minggu lagi ye wak! Seblom raya cina," janji abang ahKuang itu.

Nota lalat. Sebenarnya hari ini adalah pertama isteri penulis (yang itu) menumpang kete buruk cikputih penulis ke tempat padang kami memotong rumput. Selama ini berbelas2 tahun lamanya, beliau lebih redha rela memandu sendiri ke pejabat beliau. Kata orang, kejadian kemalangan itu membawa rahmat kerana dapat lebih merapatkan hubungan sesama kami. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 6, 2017

WHAT TO DO IF YOUR CAR BREAKS DOWN ON THE ROAD - FOR DUMMIES

The last car.

Selepas sarapan lontong masai, penulis pun berlarian ke tempat tugasan memotong rumput.

Tiba-tiba isteri penulis (yang itu) menelefon dan berkata dia terlibat dalam kemalangan. Habislah cikbibah pepel itu - siapalah tak sayang bini, tapi ada mkcik kann, kanns. Lalu penulis pun terus ke tempat kejadian tersebut. Lima buah kereta sedang bercium bontot ke bontot, pipi ke pipi. Aduhai.

Penulis telefon balai polis masai. Balai polis telefon balik penulis.
Abang ahKuang trak tunda pun tiba, kata balai polis yang suruh datang.

Dua kereta boleh dipandu terus ke balai polis trafik seri alam.
Tiga kereta terpaksa ditunda.

Buat laporan polis. Tunggu sarjan yang tidak dapat dihubungi untuk buat siasatan.
Ahkak polis suruh balik dulu tapi kene hubungi sarjan dalamasa 24 jam.



Nota lalat. Sebenarnya penulis ingin bercerita pasal melayan kerenah birokrasi balai polis trafik juga. Dengan arahan tidak boleh membawa kereta ke dalam kawasan parkir balai walaupun ruang parkir punyalah besar semedang. "Wak bukan pegawai penyiasat kan? Wak kene parking kat luar tepi longkang, tapi jangan parkir kat line double kuning ya," perintah abam polis penjaga pintu masuk yang sedang pegang senapang m16 itu. Begitu juga dgn sarjan yang bertugas tak dapat dihubungi itu walaupun sudah hampir sejam menunggu, "mukin sedang naik motor, mukin tengah dalam dewan bicara mahkamah ada kes, dia off tefon," kata ahkak polis kaunter. "Mukin sarjan dah kene langgar lori masa naik motor tu," getus penulis dalam hati sahaja.

Abang ahKuang tunda trak ikut saja kemana kami pergi sebab berharap kereta yang rosak akan masuk ke bengkelnya.

Isteri penulis (yang itu) kehilangan iphone nya juga semasa sibuk panik kehulu kehilir tadi. Salah letak dimana kemana.

Malamnya, bila penulis bertanya kepada isteri (yang itu), beliau pun memberitahu yang abang ahKuang trak tunda akan kawtim dan minum kopi dengan sarjan polis pasal kes kemalangan itu pada malam ini juga. Good lah.

Nota lalat lain. Tajuk entri penulis sengaja tukar dari "kancil tersepit ditengah-tengah" ya.

Nota lalat lain lagi. Sebenarnya baharu minggu lepas isteri penulis (yang itu) sibuk bercerita dan berkeinginan untuk membeli kereta myvi yang baharu. Memang betullah kata orang, sehinggakan kereta viva itupun sudah pandai merajuk pula seperti meminta-meminta disondol. Kann.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



The fourth car.

The culprit is the old proton saga which engine suddenly died and stopped in the middle of the Pasir Gudang highway.

Are you looking at me?

Lanun Johor - the pirates.

Kancil yang tersepit ditengah-tengah.

Jan 4, 2017

SELAMAT PAGI MASAI

Masai this morning.

Sarapan lontong biasa pagi tadi di restoran Zarahman Masai.

Tengahari ke BSN Bukit Dahlia untuk menebus Sijil Simpanan Premium (SSP). Setelah diperiksa dikaunter, tiadalah lagi sijil-sijil SSP atas nama penulis yang menang cabutan bertuah rm1 juta. "Rejeki Wak takde lagi lah," kata cik adik manis kaunter yang bila senyum nampaklah gigi taringnya yang berlapis.

Dan bibik penulis akan kembali ke pulau Jawa minggu hadapan dan langsung ke Timur Leste. Mungkin tiada lagi bibik lain untuk menjaga rumah dan anak lanang bocah cilik selepas ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 3, 2017

CAT MAY YAWN DUE TO BOREDOM

Leo the cat. That is, when a cat starts fading away, they yawn to give their brain a “restart.” There are several explanations for this, such as the body and brain cooling down with the air intake, extra oxygen being received, and the cat paying attention to the yawning itself. Cats may yawn due to boredom. - pet-happy.

Hari ini (Isnin) hari cuti bertugas memotong rumput sempena Tahun Baharu 2017. Tetapi di negeri JDT yang aman damai sejahtera sentosa senantiasa ini, rakyatnya mula bersekolah sejak semalam (Ahad) kerana tiada cuti umum.

Sempatlah juga, penulis menghantar anak lanang bocah cilik ke sekolah agamanya. Juga, penulis sempat mengirimkan dokumen peguam menggunakan poslaju. Tetapi oleh kerana tiba di pejabat pos Tesco Seri Alam, jam pun sudah pukul 4.04 petang, jadi ahkak kaunter bilang, "kami hantar paket wak ni esok saja lah ya." Penulis angguk angguk saja.

Nota lalat. Gambar kucing Leo dalam entri ini penulis tangkap menggunakan kamera dalam aiPhone cap aiYam penulis ya. Bukan rakaman video. Dan, harap-harap tiadalah pembaca yang menguap kerana membaca entri penulis yang hambar dan biasa-biasa sahaja ini. Link: the day we bought the kitty (5/3/16) ten months ago.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Jan 2, 2017

MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI



Semalam ditengahari yang panas tapi mendung seperti mahu turunnya hujan, pembeli rumah flat murah itu menelefon selepas penulis menghantar anak lanang bocah cilik penulis ke sekolah agamanya. Pembeli sudah pening dan panik sebab surat pembatalan pindah milik rumah tersebut masih belum dilepaskan oleh jabatan perumahan negeri di nusajaya. Sepatutnya surat tersebut sudah diterima 2 minggu lepas, tetapi sekarang sudah masuk 3 minggu masih lagi berada diawang-awangan. Pembeli sudahpun menelefon pejabat tersebut tetapi ahkak yang bertanggungjawab masih belum naik bercuti sejak cuti Krismas lagi. Dipendekkan cerita, penulis pun berlarian ke SUK Nusajaya dan masuk ke pejabat dengan tenang. Bila sudah tiba didalam bilik gelas itu, abang pegawai (baju batik dan beruban) pun tidak tahu menahu tentang surat itu dan memberitahu ahkak yang bertanggungjawab baru saja naik dari bercuti. Jadi, penulis pun tunggulah disitu kehulu kehilir menanti ahkak yang menghilang entah kemana. "Mungkin sedang lena tidur disurau agaknya," getus hati penulis yang bersangka baik-baik belaka. 23 minit kemudian, penulis datang kembali ke bilik gelas yang sama, masih tiada bayangan ahkak yang MIA itu, tetapi ada abang sorang lagi (baju batik dan agak muda) sedang melayan anak lanangnya yang masih kecil bermain komputer pejabat yang akhirnya menjumpai surat pembatalan hakmilik dan segera menyerahkannya kepada penulis. Penulis amatlah berasa gumbira. Walaupun begitu, urusan permohonan pindahmilik yang baharu belum lagi bermula. Dan nampaknya penulis akan sering kembali ke pejabat yang sama melayan kerenah orang-orang yang sama untuk 6 bulan mendatang. Aduhai.

Cerita lain lalat. Petang pula, penulis terpaksa menguruskan borang-borang dari 2 orang anak penulis yang baru memulakan sessi persekolahan itu. Dan penulis terpaksa ke kedai fotostat untuk menyalin kad pengenalan yang berkenan. Alhamdulillah, urusan penyalinan fotostat selesai juga. Sebelum pulang, penulis dan anak lanang bocah cilik singgah mengeteh di kedai mamak bersebelahan. Dan sempat juga penulis membeli cd lanun terbaharu bertajuk "Moana" dan "Doctor Strange" yang "gambarnya belum jelas lah wak," kata uncle penjual cd haramjadah itu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jan 1, 2017

PANTUN MINYAK PETROL NAIK

Petron Jalan Tasik

Salam pagi Ahad. Hari ini sudah tahun baharu. Selamat tahun baharu lah.

Semalam penulis sudah terlupa hendak mengisi minyak walaupun penulis diberitahu bahawa harga minyak akan naik 40 sen. Aiyah.

Hari ini terpaksalah penulis mengisi minyak juga. Nasib baik naik 20 sen walaupun harga minyak mentah seantero dunia semakin naik melebihi paras 50 US dollar setong. Dan bila penulis mengisi sebanyak 38 liter minyak ron95, selepas dikira2, penulis kerugian rm7.60 sahaja. Padan muka penulis.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Minyak RON97 naik dahulu,
Minyak RON95 naik kemudian.

Cerita lain lalat. Pagi-pagi tadi selepas menghantar anak wedok ke sekolah menengahnya, penulis bertanyalah dengan isteri (yang itu) samada beliau hendak membuat sarapan atau pun tidak. Kalau tidak, penulis hendak keluar bersarapan di kedai mamak sahaja. "Kanda keluar lah!" titah permaisuri itu yang masih terbongkang diperaduannya sambil menekan-nekan skrin Samsung S7 edge yang masih baharu dibelinya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tasik Curry House, alone matcham biasa.

SILA PATUHI HAD LAJU YANG DITETAPKAN

  Near Ampang Point @2024 Rabu, 27 Mac 2024. Petang tadi singgah di pasaraya Lotus's Ampang . Berbuka puasa di restoran Kluang Station ....