|
Sunset yesterday evening @2022 |
Ahad.
Doha, Qatar.
SECOND CLASS WORKER
Malam tadi, si SAU tergesa2 cari wak.
Sebab mahu menukarkan wak ke bilik lain.
Sebab ada Deputy Manager mahu masuk.
Bilik lain penuh, katanya.
Disuruhnya wak ke bilik sebelah.
Dan dia akan pindah ke bilik lain.
Kecoh kann.
Tapi pagi tadi wak sudah riki2 bilik sebelah.
Mulanya wak tak perasan siapa yg tinggal di bilik ini.
Tapi kadang2 terdengar juga bunyi dengkuran dari bilik wak.
Pagi tadi juga si SAU kata wak tidak perlu pindah.
Dia sahaja yg akan pindah keluar.
Disuruhnya wak tinggal disitu dengan Deputy Manager yg baharu.
Wak rasa tidak selesa pula.
Tidak tahu perangai Deputy Manager yg baharu seperti apa kann.
Jadi, wak beritahu si SAU.
Wak yg akan keluar ke bilik sebelah.
Dia pun tidak kisah.
THE FIRST FIRE DRILL
Usai breakfast pagi tadi.
Tiba2 bunyi siren kecemasan.
Ada fire drill pula.
Selepas fire drill.
Bila wak masuk ke bilik yg baharu.
Baru tahu uncle yg tinggal di bilik baharu ini.
Ialah Mgr ESH.
STILL SURVIVING
Hari ini sudah 2 minggu, yakni hari ke 16.
Kalau ikutkan kontrak asal, wak kena berada di tengah lautan ini paling lama 56 hari.
Ada lagi 40 hari dan 40 malam sahaja.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn.
Dan ini masih entri 10 hari terkebelakang ya kawan2.
THE IMPORTANT T-CARD
Selepas fire drill tadi juga.
Si SAU masuk bilik wak.
Disuruhnya tukar T-Card.
Wak pun pergi lah ke kotak di Lifebuoy 3.
Wak tengok T-Card wak sudah tertukar hijau (dari merah).
Wak pun masuk ke bilik.
Tapi masa wak nyenyak noon nap.
Tiba2 si SAU masuk bilik lagi.
Dia kata radio-man beritahu wak belum tukar T-Card.
Ooh. Rupanya kena ambil T-Card lama dan tukar ke T-Card baharu.
Nasib baiklah juga si SAU cakap sorry.
Sebab wak kan sudah tukar bilik.
Terkejar2 wak pergi ke Lifebuoy 3 tadi.
Dan ke Gangway untuk ambil T-Card lama.
Dan pergi jumpa dengan radio-man untuk tukar nombor bilik yg baharu.
Kamus lalat.
Riki2 - ushar atau lebih advancenya "a local survey" atau "explorasi mengenal keadaan tempat yg hendak diriki"
Blog bukanlah hakmilik kekal.